Sebab mengapa Filem Tamil Perlu di Pantau | Blog @thesharkox

Sebab mengapa Filem Tamil Perlu di Pantau




Tadi masa baca paper pagi tadi, aku rasa tergelak guling-guling kat ruang tamu
Pasal baca satu berita dalam Utusan Malaysia, tajuk Filem Tamil Dipantau
Jabatan Perdana Menteri kata filem tamil berunsur ganas mempengaruhi  masyarakat india di Malaysia
Harharhar..

Aku tanya adik aku, Kuat sangat ke pengaruh filem tamil tu?
Ganas sangat ke filem tamil?
Aku tak tau, pasal aku tak layan filem tamil, adik aku layan..
Dia kata ganas gak la, cuba cari kat youtube, mesti ada punya

Bila aku search kat Youtube, baru aku sedar
betul kata adik aku,  memang banyak unsur dalam filem tamil ni sangat ganas!!
Brutal! Kejam tak ingat!!
Memang tak sesuai untuk masyarakat India di negara Malaysia kita ni

Bawah ni ada video filem tamil yang ganas aku jumpa kat youtube
Lepas tengok ni baru la aku berenti gelak, sebaliknya aku bersetuju supaya dipantau
Patutlah Jabatan Perdana Menteri suruh pantau filem Tamil berunsur ganas ni
Memang ganas sebenarnya

(video di bawah)






"Saya tidak menolak andaian yang mengatakan adegan ganas menerusi drama bersiri di televisyen dan filem Tamil dari India sebagai faktor utama punca berlakunya kegiatan jenayah dan gangsterisme di kalangan masyarakat India,"
                                                          Datuk T Murugiah 
                       (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)


Kah Kah Kah.. 

p/s: layan upin & ipin ajer lah..

11 comments:

  1. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr: itulah namanya 'Ganas'...hahaha..tendang tak kena, tapi terpelanting sampai ke bumbung..haha

    ReplyDelete
  2. hahaha..jangan main2 filem tamil wehh..padaiyappa tu,selak rambut pun ade bunyi zassss...zaaaass...belom lempang orang lagi tu.berdesyuuum bunyi nye..memang ganas..blog ko ganas,follow!

    ReplyDelete
  3. @Mimie.Candy Cane: Itu baru paddayappa..belum lagi filem2 kamal hassan dan seangkatan dengannya..haha..

    ReplyDelete
  4. @Ir.Ladybird: Over is tamil films, without over, tamil films are 'game over'...haha

    ReplyDelete
  5. maybe sbb tarian dia kot
    kalah gerudi inul
    hehe

    ReplyDelete
  6. @shark: Huih, gerudi inul lagi ganas....haha

    ReplyDelete
  7. aku ingat bunyi je ganas?? haha

    ReplyDelete
  8. @kyle: Bunyi ganas dalam filem tamil adalah WAJIB...gedebush gedebush!!!

    ReplyDelete