P. O. S . E. R Gila! | Blog @thesharkox

P. O. S . E. R Gila!




Hoihoi..
Tadi masa aku jalan-jalan kat Facebook kawan-kawan aku, aku redah sana, terjah sini, korek sana, korek sini, haa, aku terjumpalah kawan kepada kawan aku punya kawan. Tak kenal rapat pun, nama pun taktau sebelum ni, kenal-kenal gitu ajer. Bak kata Mat, roomate aku dulu, "kenal-kenal anjing".

Bila tengok dia, aku rasa nak tergelak pun ada. Yelah..dengan dressing ala-ala budak Indie pulak sekarang ni..macam gampang. Siapa dia ni, biarlah aku rahsiakan. Dia ni memang POSER sikit dengan aliran muzik. Main ikut ajer apa yang trend sekarang ni.

Dulu waktu tahun 2002,  Too Phat tengah meletup-letup dengan Anak Ayam. Too Phat Ya aa auww, dia pun Ya aa auww jugak. Dress up bagai, dengan seluar baggy, pakai cap mesti senget, cap Bulan Sabit Merah adik dia punya pun dia tibai, baju mesti jersi Hoki Ais Amerika jenama FUBU berkilat-kilat,  kasut mesti Nike Air dan Adidas Lo-Fi yang beli dekat bundle kasut. Breakdance dekat Menara Condong, wajib, walaupun masa tu tengahari terik. Tuala putih mesti ada kat poket belakang dan leher. Ini semua terpengaruh dengan Too Phat punya pasal.

Cap Senget, Baju FUBU, Seluar Baggy, dan Kasut NIKE Air. Hip Hop habis

Tapi itu tak lama. Dalam 2 tahun lepas tu, scene hiphop ni mula slow. Masa tu skinhead tengah naik.


Ah, dia pun nak jugak jadi Mat Skin. Buang habis baggy, jersi hockey, cap, dan kasut Nike Air, tukar kepada baju Fred Perry, seluar mesti kecik kat bawah, lepas itu mesti ada suspender yang boleh gantung seluar dekat bahu tu, kasut mesti kena pakai yang brand Doctor Martin (Docmart) , tali kasut mesti warna merah, tali pinggang mesti ada paku-paku, buku lima mesti bawak,  paling wajib, kepala mesti botak. Kalau tak botak, tak skin la namanya woih. Lepas tu zine mesti beli tiap-tiap bulan, lagu-lagu dari ACAB dan Roots and Boots mesti kena hafal. Lepas tu kalau bergaduh dekat depan supermarket, kira otai habis.

 Fred Perry, seluar mesti kecik kat bawah,
 suspender yang boleh gantung seluar, kasut DocMart.
Skinhead habis


Itu pun tak lama. Lepas setahun dua, budak-budak Grunge naik. Dah dia pun ikut budak-budak jadi Mat Grunge pulak. Lepas itu, ikut Bad Chemical Romance pulak, pakai celak macam lepas itu entah apa pulak. Sekarang dia jadi ala-ala Mat Indie pulak. Rambut mesti macam Noh Hujan. Ah...ini semua POSER beb. POSER semata-mata.

Poser ni, kalau dalam kamus mana entah maksudnya ialah berpura-pura dalam sesuatu perkara. Tapi pada aku, poser ialah POYO. Poyo gila. Apa orang buat, dia pun nak follow jugak, Kalau tak follow, takut di cop "ko ketinggalan kereta api". Kejap tukar kejap tukar. Takde pendirian. Poser-poser macam ni jangan dipuji sangat, nanti dia orang bertambah poser. Bila bertambah poser, nanti kita bertambah meluat.

Paling tak tahan, dia pernah mengaku yang dia ni budak PEKIDA. Kalau berani, usiklah dia, nanti dia panggil abang-abang PEKIDA dia tu hentak korang baru korang tahu. Ini memang betul POSER PEKIDA. Macam gampang. Siapa-siapa tak tahu apa itu PEKIDA, korang carilah dekat internet. Jangan malas-malas.



Harharhar

Cheers,
Have a nice Tuesday


p/s: Poser "aku tahu segalanya pasal komputer"

+Pictures credited to

tags: Poser, skinhead, budak skinhead, budak grunge, budak EMO, PEKIDA, budak PEKIDA, PEKIDA pukul budak, hujan, Noh Hujan, Too Phat, Anak Ayam, budak poyo, poyo gila, thesharkox, teluk intan, menara condong teluk intan, Budak Indie, Indie Band, Indie

25 comments:

  1. aku suke tau tengok gelagat poser ni.seboleh - boleh dia nak follow supaya x ketinggalan walaupun tu bukanlah lahir dari kehendak jiwa dia sendiri..

    aku? universal..hehehe

    ReplyDelete
  2. Aku dulu pernah pakai macam too phat.. Adus.., Malu rasanya dikenang kembali zaman tengah2 naik dulu..

    ReplyDelete
  3. hahaha I ada doe baju fred perry sehelai x bermakna aku minah skin kan ? *muntah* org poser mcm tu mmg tade pendirian . sikit2 ikot org . org makan taik pun dia makan gak kot HAHAHA

    ReplyDelete
  4. @Mimie.Candy Cane: Universal? Aku pulak poser maher zain..haha

    ReplyDelete
  5. @fairus:Aku memang fans toophat, tapi takde le sampai nak dress up macam dorang..sikit2. je..

    ReplyDelete
  6. @wannurfazrini:Agak2 la makan taik pun nak follow..tu bukan poser, itu HARDCORE!! haha

    ReplyDelete
  7. Poser ni orang yang xdak pendirian je...xdak identity sendiri...muzik yang diminati tidak melambangkan perilaku dan gaya yang mesti ditonjolkan...selalunya menda2 ni kita leh lihat dekat budak2 sekolah menengah sahaja...slalunya time ini diorang masih mencari identiti masing...kita pon camtu gak dulu... cuma level of poserness orang lain2... tapi kalau lepas skolah menengah pon dok camtu susah gak la... ak minat Metallica...ak minat muzik rock... xkan sluar slack ak gi kerja pon nak kena koyak rabak berlubang2...aurat tu...haha...tepuk dahi tanya otak... peace ya aa' aww...

    ReplyDelete
  8. @Yan @ Yano: Hey Syahiran..Hang memang rockers yang tak tergolong dalam posers ni...

    Betul yan, aku sokong hang punya point. Biasanya budak2 sekolah menengah skg ni, esspecially yang baru nak up, dorang ni poser pasal just untuk menrik perhatian saja. In fact, dorang bukan tau pasal sejarah skin, punk, emo semua tu..just follow kawan2 yang taktau apa2 pun...lepas tu kalau tau sikit, bajet yang dorang tu tau segala akar umbi la konon2...sheet man..haha

    ReplyDelete
  9. paling takleh blah aku ade tengok yg pakai baju tebal2 tengah panas.. bodoh!! style ape dia aku pon tak tau.. dok ikut mat saleh watpe.. negara diorang sejuk bleh la pakai baju kot ke sweater ke baju tebal2 ke.. kat malaysia ni panas.. kelakar~ kelakar~ nk poser pon agak2 la kan..

    *aku steady je dgn imej mat skema.. Weezer FTW! haha..*

    ReplyDelete
  10. ada gak org yg dah layak jadi bapak/mak budak masih lagi ikut trend2 macam ni.. tak paham betul aku.. baik pkai jubah+kopiah, ade gak faedahnya.. silap2 bleh jadi menantu pak imam yg ade anak dara cun.. keh3..

    ReplyDelete
  11. salam ..
    haha.
    aku pun nak post pasal benda ni..
    tapi kalau aku susun ayat nanti diorang nages.


    aku pun ade kawan macam tu.
    sedeh :(

    ReplyDelete
  12. bai, jgn macam tu. aku poser jgk. hahaha.
    anyway, aku pun tak suka lalang.

    baca lah aku punya pulak.>>

    http://fontonk.blogspot.com/2010/09/scene-budak-budak-kat-malaysia.html

    ReplyDelete
  13. @Fontonk: BRO, aku baru lepas baca bro..terbaiklah bro...

    Bukan apa, bukan aku nak menghentam orang, tapi mata aku semak tengok budak2 sekarang ni yang sebenarnya POYO je lebih, bajet je..

    Aku tak kesah kalau nak jadi skin, tapi jadilah pure skin..skin sampai tua..

    Macam yang YAN cakap kat atas tu..

    Pepehal pun, cantek bro, at least ko ada pengalaman semua ni..peace!

    ReplyDelete
  14. buat apalah nak ikut2 trend sgt. ikut trend yang baik takpelah jugak

    ReplyDelete
  15. saya minat m.jackson...the earth, ...tapi sayangnya paul sotong sudah mati

    ReplyDelete
  16. @Amirez: Budak2...

    @Tengku Yusri: Ni apa kaitan dengan sotong paul lak ni..haha

    ReplyDelete
  17. i dont think poseur's the right word. kami dulu pangge dak2 camni trendy ja. apa org bt, semua nk ikut.

    sorry klu komen sy ni agak kontra. peace ^,^

    ReplyDelete
  18. poser?
    everybody is poser.me too.
    dont blame others.
    see inside yours b4 blame others:)
    ikt cara nabi s.a.w->absolute non-poser:)

    ReplyDelete
  19. Hip Hop & Rap Till I Die

    ReplyDelete