Apa yang aku belajar dari banjir | Blog @thesharkox

Apa yang aku belajar dari banjir





Hoihoi..
Aku nak sambung pasal banjir, episod 4 kot. Semalam (11 Nov. 2010), satu hari suntuk aku pergi tolong supervisor aku, Prof. Fadzilah kat rumah dia kat Jitra. Pergh, rumah dia jangan cakaplah. Air naik dalam 1 meter lebih kot masa banjir hari tu. Serius sheet, memang teruk gilak babik jugaklah rumah dia tu. Banyak perabot rosak. Barangan letrik macam TV, DVD, komputer boleh dikatakan 50% jahanam. Memang setel. Habis semua masuk air. 

Semalam aku pergi la tolong kemas-kemas rumah dia. Ini kira kali pertama dalam hidup aku menolong mangsa banjir ni. Sebelum ni aku tak pernah terlibat dalam banjir. Rumah aku kat Teluk Intan pun tak pernah banjir seteruk ini. Takat banjir takat buku lali tu ada la dulu-dulu. Tapi tu bukanlah kategori banjir pun.

Aku datang tolong pun kira dah lambat dah. Member aku, Shahrin, Megat dan Rajib start cuci rumah since hari Khamis minggu lepas lagi. Dia orang cakap kalau tengok hari 1st kemas hari tu, rasa nak menangis tengok keadaan rumah. Dah macam apa entah. Lumpur penuh satu rumah. Bau dalam rumah tak payah cakap la, macam-macam bau ada. Semalam pun still tak siap-siap lagi mengemas. Semalam pun sempat kosongkan 1 bilik tidur ajer. Ish ish ish. 

Nak buang sayang

Megat dan Rajib mencuci pakaian di rumah baru Prof.

By the way, setelah tengok kerosakkan yang dialami Prof., baru aku sedar satu benda. Emergency saving beb. Pernah korang terfikir pasal emergency saving korang?? Serius sheet, selama ni memang aku tak pernah terfikir pasal benda ni. Selama ni aku mengumpul duit hanya untuk mendapatkan sesuatu benda yang selalunya tak berfaedah. Contohnya macam menabung untuk mendapatkan sport rim 16 inci untuk kereta aku. Memang bongok gila ah. Simpan duit untuk membeli set lengkap sport rim untuk kereta lama adalah tidak berfaedah langsung.


Keadaan rumah setelah 4 hari di cuci


Oh, ada beberapa staf dari Fakulti datang untuk 'menolong'

Tak pernah langsung nak pikir pasal tabung untuk kecemasan macam ni. Contoh macam banjir ni lah. Sekali banjir  aku rasa beriban jugak duit nak pakai tu. Kalaulah kena kat aku, kan dahsyat gempak giler cun meletup tu. Dah la takde kerja,  kena pulak tak ada emergency saving. Bayangkan kalau tak sempat nak selamatkan harta benda macam almari, meja makan, kerusi, TV, DVD Player, pinggan mangkuk, peti ais, katil, tilam dan seluar dalam. Berapa riban nak cover tu?. Tu nasib baiklah kereta tak tenggelam. Bayangkan kalau ada 3 bijik kereta, tiga-tiga tenggelam, tak ke mampos nak korek duit pergi overhaul enjin? Aisehmakman, sebut pasal enjin, teringat pulak motor aku. Entah apalah nasib beliau yang berada di Alor Setar tu. Hukhukhuk.


Ok, yang belah kiri tu Megat, tapi yang belah kanan tu siapa?

Abang Man (suami Prof) pulak tetiba remind kami pasal insurance. Dia kata budak-budak muda macam kami ni patutnya ada insuran. Bukan apa, boleh buat back up katanya . Tak kiralah life insurans ke, insuran bencana ke atau insuran apa-apa pun,  at least kalau apa-apa boleh pakai duit insuran yang dok bayar tiap-tiap bulan tu. Aku mengaku, aku ambik remeh pasal insuran ni.hehe. Ni rasa nak pergi buat insurans.


"Hangpa pi la buat insuran oi.." Abg Man


Hari ini pergi tolong lagi. Nak kasi setel bilik anak dia pulak. Ok, siapa nak support aku bayar insurans, angkat ketiak..

Harharhar

Have a nice Wednesday

p/s: Sediakan duit sebelum banjir





35 comments:

  1. owh..banyak2 bersabar kpd yg terlibat..

    ReplyDelete
  2. mmg sekse kalau banjir. aku dah penah ade pengalaman ngeri dengan banjir. even duk s.alam dah 2 kali umah kene naik air.

    kereta aku 2 kali masuk air. sedih wo....:(

    ReplyDelete
  3. kesian kepada mereka yang kena bencana ni..harap dapat gak tolong

    ReplyDelete
  4. hmmm.baguslah tolong menolong kan amalan mulia..naseb baik la kolej kediaman kat unimap tak naik air..kalo x..I dah panggil volunteer ni utk tolong...hahahahaa... :)))))

    ReplyDelete
  5. pasni tolong pi cuci2 umah area umah tok aku plak ek!!!!! dia kat aloq staq..... =)

    ReplyDelete
  6. Haa..betul gk tu.skrg aku pun baru nak tergadah sket.thanks remind..moralnya.kna menyimpan dan berinsurans.kalau x kerana bencana alam pun..maybe kesihatan kita lak nak pakai duit.ye dak.

    ReplyDelete
  7. semalam 11 nov.
    arini baru 10 nov.
    terbaek ah !

    ReplyDelete
  8. banjir ooo banjir, insurans?
    insurans takaful ikut syariah elok,
    yang lain konvesnional lak

    http://wansiti.blogspot.com/2010/11/jom-jadi-follower-gadis-kampung.html

    ReplyDelete
  9. siannya.. mmg penting simpanan untuk kecemasan dan ambik insurance tu.. so apa lagi, mulakanlah langkah dari sekarang.. nnt esok2 senang.. nak beli sport rim lagi pun senang..

    ReplyDelete
  10. @~ PIJA ~: Shah alam pun banjir? Suruh la Ahli parlimen shah alam tu cakap kat MB selamgor..

    @ GKSB: Hehe..rajin la sikit2

    ReplyDelete
  11. @~eZmALiZa~: Haha...volunteer d\ni area jitra sahaja..masuk unimap kena bayaq la upah..haha

    ReplyDelete
  12. @..huSni...,: Hoi..betul lah, kat kedah awal beberapa hari

    ReplyDelete
  13. @Hanis Azla: Haha...sport rim tu sandarkan pada kenangan ajer la..

    ReplyDelete
  14. Memang kesian kat mangsa banjir.Moga lebih ramai insan yg menghulurkan bantuan kepada mereka..

    ReplyDelete
  15. teringin nak tolong mangsa2 banjir

    ReplyDelete
  16. oh..dugaan semua tu bro..
    bah dah surut time to clean3 la kan..hehe

    ReplyDelete
  17. betul gak tu bro.
    kang tiba2 emergency, susah gak tu.

    *bukan setakar banjir, kalau dah ada family, kalau anak ttbe sakit, pun nak pakai duit. huhu

    ReplyDelete
  18. okey jom gi buat insurans sekarang :)

    ReplyDelete
  19. @E.d.Y: Hah, balik china meh la tolong kemas

    ReplyDelete
  20. @syahril hafiz: Nak mengemas dan mencuci ni memang kena tabah bro..tension pun ada

    ReplyDelete
  21. @Affan Ruslan: Setuju!!

    @Zikery: Ha, nak sapot ke?? hehe

    ReplyDelete
  22. keadaan rumah lepas air surut memang perrggghhh!! aku tak tau nak gambarkan perasanku waktu tu..

    ReplyDelete
  23. nurul xsuke banjir...xsukeeeeeeee

    ReplyDelete
  24. Tolong menolong tu amalan mulia.

    MUdah-mudahan ko A+ lah dalam subjek yang ko amik dengan dia. hehehe

    ReplyDelete
  25. kesiannya tgk rmh2 masing2
    penat nak mengemas dgn lumpuh nye lagi,perabot rosak lagi...kesian.huhu

    ReplyDelete
  26. @shaharil: Mudah mudahan....

    @ Wanie: Lumpur ye..bukan lumpuh..hehe

    ReplyDelete
  27. relax2 slow2..tak mo tension2.=)

    ReplyDelete
  28. huuuuu teruknya...

    selamat mengangkat barang dan mengemas..

    ReplyDelete
  29. Teruk jugak kesan dia lpas kena banjir ye

    ReplyDelete
  30. tolong aku basuh rumah pun bagus sharkox oi..aku pon mangsa bnjir jugak..huhu

    ReplyDelete
  31. @cik ciput: Haha...boleh2...tapi kena bayar la..sejam rm25 hengget...haha

    ReplyDelete