Dah lama dah.... | Blog @thesharkox

Dah lama dah....



Hoihoi..

Hari Isnin hari tu, team Riuh Pagi Era bawak seorang pemanggil bertuah dia orang jumpa dengan Tun Mahathir. Bertuah sungguh budak nama Nabila tu pasal permintaan dia nak jumpa Che Det dipenuhi oleh Era hasil bantuan orang dalam yang rapat dengan Che Det.

Tapi bukan pasal pertemuan tu aku nak highlightkan. Yang aku nak highligtkan di sini ialah apabila Aznil tanya Che Det; "Tun ada tak cerita lawak tak?". Che Det pun dengan selamba menceritakan lawak dia. Lebih kurang macam ni lah;

Ada seorang ni datang pi kedai juai kuih nak beli cucur udang tapi dia marah. Dia kata; 
"Cucur Udang apa macam ni? Udang pun takdak" 
Lepas tu si penjual tu balas balik. Dia kata;
"Laa, selama ni awak beli cucur badak, takdak badak pun dalam tu"


Kahkahkahkah.. 


Aku pun tergelak guling-guling atas lantai. Si Aznil, Ray, Hanif dan semua yang ada kat situ tergelak terbahak2 dan terguling-guling sampai keluar buih (Ok ini aku tipu). Pandai jugak Tok Wan ni buat lawak. Memang kelakau macam tupailah orang tua tu.  Then aku pun post la dekat Facebook pasal lawak cucur udang dengan cucur badak itu. 

Tak sampai 5 minit, adalah langau-langau pergi hinggap kat wall aku lalu melemparkan kata-kata busuk seperti; 
"Lawak dah lapok kot." -Aben
"Macam pernah dengar je lawak tersebut." -Pengantin Baru, Ira
"Aku sejak dlm perut mak aku lagi aku dah dengor lawak ni."Pijit
"Lawak ni bukan dah lame ke?" -Esah
"DAH LAMA DAH lawak tu.. Lawak king pun dh pernah buat lama dah.. Itu pun dia org ambik lawak dari zaman bile ntah..hahaha" -Paeh



APA NAMA??? Lawak cucur udang ni pun aku tak pernah dengar?? Memang sah aku ni ketinggalan zaman. DAMN! DAMN!! DAMN!!!


Cheers,
Salam 1Cucur Badak


p/s: Raja Lawak? Lawaking? Sory, not my type. 
p/p/s: View video Riuh Pagi Era bersama Tun Mahathir di sini
p/p/p/s: Siapa rasa nak join Mini Gathering kat Alor Setar 25-12-2010, sini jugak ada klik

25 comments:

  1. haha.. aku pun tak pernah dengar gak.. so jangan down..hehe

    ReplyDelete
  2. haha, hang mmg lewat sket la bro.xpe2, bkn sume org penah dgr;p

    ReplyDelete
  3. penah dengaq KOT kecik2 dulu. KOT. haha

    ReplyDelete
  4. haha..tu belum beli kuih "puteri mandi" lagi..
    leh dapat puteri wooo.. :p

    ReplyDelete
  5. laaa...xpernah dengar ke?? HAHAHA
    kasihannn..BRO...buat tutorial typography please...assignmnent asyik kena reject je ni HAA...damn damn damn :p

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. ak juge. x penah dgr

    ReplyDelete
  7. uit xpenah dengar pon, raja lawak pon xaku xtgk

    ReplyDelete
  8. la.. x kan x pehah dgr kot.?? lawak dh basi dh... silap2 bila org sebut time nih, org x gelak dh....

    ReplyDelete
  9. kin pon xpernah dgr gak.tp mmg lawak!

    ReplyDelete
  10. hahahaha...mmg lawak tu dah lame laa..

    ReplyDelete
  11. @Mr.Usop: Kuih Puteri Mandi tu ada puteri ka dalam tu? haha

    ReplyDelete
  12. @fatin shahar :): Hehe..tunggulah kalau ada idea nnti buat la ye..hehe

    ReplyDelete
  13. @Jebat Malaya: jangan la begitu..kesian cucur badak tu nanti orang tak gelak

    ReplyDelete
  14. ada dengar gak pg isnin tu..lawak2^_^

    ReplyDelete
  15. "yer..lawak tu mmg dah lama..kitew pon penah dgr" -Ezmaliza

    hahahaha... :D

    ReplyDelete
  16. hahahaa...mmg da lame da en sharkox uii...ok xpe..sy assume mcm baru dengar jgk oke..kehkehkee

    ReplyDelete
  17. lawak tu memang dah lama,,
    tapi tak bley bla la ayat ko bro..
    "kelakau macam tupailah orang tua tu. "
    yg ni baru aku tergelak sampai berbuih..
    ngeh3x..

    ReplyDelete
  18. @Fariq: HAHAHA..ko jangan kuar buih lebih2 fariq..aku taknak bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  19. xpa lawak lama skali pun...at least Che Det pndai jg ambil hati...masih lg mampu nak jumpa org2 biasa...bersembang..berborak..berjenaka...

    ReplyDelete
  20. @Anonymous: Hui ini siapa ini memberi komen paling positif ni

    @EDY:.hukhuk

    ReplyDelete
  21. Lame! Ni memang lawak lama la Sharkox. Ko baru lahir semalam ke apa? Hahaha.

    ReplyDelete