Blog Komik oleh @thesharkox: September 2010

Road to Bali: Nak Sembahyang pun kena bayar...haha

7 comments

Hahaha...ini memang tak boleh belah.
Nak sembahyang pun kena cas sampai 2000
Mentang2 lah kat Bali tak ada masjid 
(tak nampak lagi masjid setakat ni)
Nak lebih lawak, makcik yang jaga 'surau ni' beragama Hindu
Harharhar

Road To Bali: Yippi!!!..Presentation is Done..

6 comments



Yippi..presentation aku sudah setel
Lega...boleh pi merayau-rayau kat Bali ni esok
Nak cari buah bali sekali
Harharahar

Mari tengok apa aku buat hari ni
Oleh kerana ini adalah blog aku
maka dengan sukahatinya dimaklumkan, entri kali ini akan penuh dengan muka aku..
Harharahhar

Hari ke-2 di Bali


Road To Bali: Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Bali

6 comments



Yeahh, akhirnya aku sampai jugek ke Bali..
Alhamdulillah, penerbangan Air Asia AK 366 sampai ke Bali pada jam 9malam waktu buah bali
Penerbangan selama 2 jam setengah yang berlepas lewat 20 minit dari jadual asal
Serious sheet, sangatlah membosankan! 
Dah la kabin crew 2 orang laki..lagilah bosan

Ni aku kat hotel
Hotel Green Garden
Hotel ni aku ingatkan besar, kecik ajer, 
Tapi decoration dia menarik, memang sungguh authentic!
Ada banyak patung2 perempuan bogel
Sungguh, aku tak tipu ni..betul

Tapi aku tak sempat snap dengan patung bogel tu
Takpe, banyak hari lagi boleh snap
Har har har

Dah, tak guna taip panjang2
Mari, tengok beberapa pic yang sempat aku snap dan upload ke sini hari ini..
Day 1
Road To Bali: Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Bali

Suatu hari bersama Aziz

9 comments



Suatu hari, member aku nama dia Aziz dari Ethiopia tanya kat aku

"My friend, i want to buy a motorcycle, how much?"
"U can get a quite good condition 2nd hand motorcycle at price range from RM2000-RM2500"
"WOW...it's expensive!"
"U still can get a motorsikal price below than that, but the condition is not so good"
"I think better i kensel my niat to buy motorlah" kata aziz
"WHY??"

Pictures of Today: Les' Copaque [2 years ago]

8 comments



Ni korek2 dalam pendrive mana entah aku terjumpa pulak gambar-gambar ni
2 tahun yang lalu aku pernah menghabiskan 3 minggu dalam hidup aku di Shah Alam
To be exact, di Les' Copaque Production (LCP), kompeni yang bikin 2 budak botak, Upin dan Ipin
3 minggu bertapa di LCP ini untuk menuntut ilmu batin dalam jurus permodelan 3D
Ni saja aku nak share beberapa gambar yang ada

Mari lihat  "Pictures of Today: Les Copaque"

Pictures of Today: Teluk Intan

20 comments



Lebih kurang 20 tahun aku hidup kat pekan kecil yang bernama Teluk Intan
Dulu orang panggil Teluk Anson
Dulu pekan teluk Intan ni taklah hebat mana, harapkan Menara Condong tu dengan KFC ajer
Sekarang ni dah hebat dah, dah ada Pizza Hut, McD, Giant, dan jugak TF
Dan, Menara Condong tu masih berdiri dengan sengetnya di situ.

Mari lihat  "Pictures of Today: Teluk Intan"

Road to Bali: Jadual CIMSim2010

5 comments


27hb ni kena pergi Conference Computational Intelligence, Modelling and Simulation (CIMSim2010)
CIMSim tahun ni dorang buat di Bali, Indonesia.
Tadi check kat website dia, dah keluar dah jadual presentation
Oh, aku kena present hari pertama rupanya


Sebab mengapa Filem Tamil Perlu di Pantau

11 comments



Tadi masa baca paper pagi tadi, aku rasa tergelak guling-guling kat ruang tamu
Pasal baca satu berita dalam Utusan Malaysia, tajuk Filem Tamil Dipantau
Jabatan Perdana Menteri kata filem tamil berunsur ganas mempengaruhi  masyarakat india di Malaysia
Harharhar..

Aku tanya adik aku, Kuat sangat ke pengaruh filem tamil tu?
Ganas sangat ke filem tamil?
Aku tak tau, pasal aku tak layan filem tamil, adik aku layan..
Dia kata ganas gak la, cuba cari kat youtube, mesti ada punya

Bila aku search kat Youtube, baru aku sedar
betul kata adik aku,  memang banyak unsur dalam filem tamil ni sangat ganas!!
Brutal! Kejam tak ingat!!
Memang tak sesuai untuk masyarakat India di negara Malaysia kita ni

Bawah ni ada video filem tamil yang ganas aku jumpa kat youtube
Lepas tengok ni baru la aku berenti gelak, sebaliknya aku bersetuju supaya dipantau
Patutlah Jabatan Perdana Menteri suruh pantau filem Tamil berunsur ganas ni
Memang ganas sebenarnya

(video di bawah)

Bila masing-masing ada laptop dan internet

26 comments



Selamat hari raya, hari ke berapa entah..tak bilang dah
Ok, kelmarin mak aku dah sound dah kat kita orang adik beradik
Katanya

"Budak2 kat rumah ni dah takde komunikasi, dok mengadap laptop ajer masing-masing
Nasib baik le mak takde laptop, kalu tak, pakat tak makan nasik lah korang..."

Kah Kah Kah..

Itulah budak-budak zaman sekarang
Kalau dulu takde laptop, takde internet, takde henset
kerja menghadap TV ajer

Selamat Hari Raya: Pokok ni 'famous' kat Perlis

7 comments



Selamat Hari Raya, hari ke 4
Masa hari raya ke-2 hari tu, mak ajak aku pi ziarah sedara
Serius sheet, aku langsung tak pernah kenal, panggil apa entah dia tu
kiranya adik beradik sepupu sepapat nenek aku

Rumah dia memang tipikal style melayu kampung punya rumahlah
betul-betul kat tengah bendang
nak masuk dengan kereta pun tak berani
takut kereta tergolek dalam bendang, pasal jalan dia kecik ajer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...