Blog Komik oleh @thesharkox: November 2010

Tuesday, November 30, 2010

Masihkah korang ingat lagi kali pertama menggunakan Internet?

31 comments

Hoihoi..
Masihkah korang ingat lagi kali pertama menggunakan Internet? Aku ingat lagi kali pertama aku menggunakan internet. Masa itu umur dalam 12 tahun kot. Time tu kalau cakap pasal internet, ada satu je yang aku tau dalam kepala otak aku; chit-chat. Berchatting tu mestilah menggunakan Internet Relay Chat (mIRC). Yup. MiRC memang hit gila babis suatu ketika dulu. Aku begitu gilakan mIRC masa tu. Masa tu mana ada YM, FB chat dan Twitter lagi macam sekarang.

Channel yang paling popular masa tu yang aku selalu masuk ialah #kampung dengan #mamak. Entah kenapa nama channel tu macam tu jangan tanya aku. Aku pun tak tahu apa yang seronoknya chit-chat masa tu. Dapat chit-chat dah kira hebat sangatlah tu dalam dunia komputer. Bila bapak aku tanya buat apa pergi CC, aku dengan bangga menjawab "Pergi main chit-chat". 

Benda yang paling selalu budak-budak macam aku buat masa tengah chat itu ialah TIPU UMUR. Bila tanya ajer a/s/l, mesti aku jawab 24,m,Prk (24, male, Perak). Keji sungguh, menipu umur 24 tahun padahal masa tu baru 12 tahun. Kalau tak, siapa nak layan kalau aku cakap umur 12 tahun kan? Entah-entah orang yang aku chat tu pun sama je menipu umur. Harharhar

Untuk membangkitkan kembali nostalgia itu, aku pun download mIRC tadi. Tapi bila dah install, aku dah lupa macam mana nak pakai. Tak sampai 2 minit aku uninstall balik. Bagus jugak aku tak reti pakai mIRC ni. Kalau tak mesti aku ketagih nanti. Cukup-cukuplah dengan  FB ajer. 

Monday, November 29, 2010

Masihkah korang ingat lagi dengan akaun Friendster korang??

33 comments


Hoihoi...
Berapa lama dah korang ada Facebook dan Twitter? Lama dah? So, berapa lama dah korang tinggalkan Friendster yang suatu ketika dulu begitu hit?? Ada 2 tahun? Aku rasa aku punya dah dekat 10 bulan tak bukak. Bukan pasal apa, kat tempat aku ni dorang block FS. So, hari ni aku kasi check balik FS aku.  WOW..sudah banyak berubah beb. Dah tak macam FS yang dulu-dulu. 

Banyak gila cedok dari FB dan My____ punya function. Takpelah, nak kekal kompetitif, kena la saling tiru meniru kan? Masalahnya, masih kompetitif kah?? Hoho

Saturday, November 27, 2010

Apa rasanya bila burung di potong menggunakan gunting pokok bunga??

33 comments

Hoihoi
Haha..bila baca entry bro etomyam  dan Hamzah pasal bersunat, aku teringat masa zaman aku kena potong dulu. Aku potong masa darjah 4 ke darjah 5 entah. Aku lupa. Parent aku dah setting kawtim dengan tok aku masa tu untuk kasi potong aku dengan adik aku punya burung serentak. Masa nak tau nak kena potong tu, aku kata "Ah sudah. Mamposs aku. Saat yang paling digeruni oleh kanak-kanak lelaki ketika itu sudah muncul. 

Lepas tu mulalah kawan-kawan aku yang dah bersunat masa tu membuat psiko. Yang tipikal akan cakap "sakit macam kena gigit semut je". Sampai sekarang orang percaya mitos sakit macam semut tu. Lepas tu  ada yang kata jarum dia besar lengan, gunting dia macam gunting potong pokok bunga yang besar tu, ada kata doktor silap potong, terpotong semua terus takde burung budak tu. Ah, babis betul siapa yang cakap terpotong habis semua tu. Macam gampang!

Apakah National Conference on Rural ICT Development??

12 comments

Hoihoi
Ok. Minggu ni tak ada apa-apa yang pelik berlaku dalam hidup aku. Macam biasa bangun terus on laptop, menghadap Facebook, check emel kot-kot ada job baru yang boleh bagi duit, check komen-komen kat blog kot boleh gelak-gelak, lepas tu baca paper. Biasa. Tipikal. Kitaran hidup yang simple.

Cuma minggu ni aku pergi satu conference. Tak jauh pun. Kat luar UUM lebih sikit je. Kat Executive Development Centre (EDC). EDC ni kiranya macam hotellah. Kalau UiTM ada hotel dia sendiri, UUM pun ada hotel dia sendiri jugak. Bukan pasal EDC yang aku nak cerita. Tapi pasal Conference ni.

Conference Rural ICT Development (RICTD) ni kali ketiga fakulti aku buat. Sebelum ni tahun bila entah dorang buat, aku lupa. Aku pergi sebagai peserta ajer. Tak macam sebelum ni, aku jadi presenter di  Bali hujung bulan September (CIMSim 2010) dan Penang awal bulan ni (ICOQSIA 2010). 

Itupun pasal dorang suruh pergi. Kalau ikutkan baik aku duduk kat lab buat kerja aku sendiri. Tapi dah dorang cakap "Pergilah, free ajer. Ada makan free kat EDC",  terus aku pergi. Yelah, makan kat tempat macam hotel memang sedap kan? Sudahlah sedap, free pulak tu.

Wednesday, November 24, 2010

Apa kaitan antara Gunung Merapi dan Susu??

34 comments

Hoihoi..
Dulu entah bila, aku keluar pergi jalan-jalan dan cuci mata yang tak berapa nak bersih ni kat shopping complex mana entah dengan seorang member aku ni. Nama dia Romzey (bukan nama betul). Biasalahkan, kalau berjalan di shopping complex, mestilah ramai makhluk berjantina perempuan kan? Dan biasalah, kalau dah namanya seorang lelaki, time berjalan tu, mata mana boleh untuk tidak tertarik atau terlepas pandang menyaksikan pelbagai saiz 'Gunung Merapi' di dalam shopping complex tu kan? Got what i mean?

Then, member aku ni pun spesis mata yang boleh-tahan-jugak-keranjangnya. Eh, silap. Bukan boleh tahan dah, dah-teruk-gila-keranjangnya. Masa jalan-jalan,  kawan aku ni suka buat body scan menggunakan mata X-Ray dia itu. Tiba-tiba dia ter-scan sorang minah ni. Agak lama dia memerhati. Tak lekang pandangan mata dia kat minah tu. 

Monday, November 22, 2010

Cendawan Oh Cendawan..Khas untuk peminat cendawan goreng di luar sana

35 comments

Hoihoi..
Minggu ini ialah Minggu Cendawan. Sana-sini cendawan. Sup cendawan, cendawan goreng, nasik goreng cendawan dan macam-macam lagilah. Sampai member  Theo 'Murshidi' Walcott aku pun panggil aku Mat Cendawan. Macam gampang sungguh dia. Kalau nak kata aku ni macam Mat Rempit takpe jugak..


Mentang-mentanglah minggu ni cerita pecah panggung RM40juta tu ditayangkan, habis kecoh satu Malaya. Kecoh pasal apa. Pasal dok mengata rambut dia lebih dari mengata filem dia. Kesian dia weh. Korang mengata rambut dia. Aku tak kisah kalau korang nak kutuk atau kritik filem dia. Itu hak korang. Tapi janganlah kutuk rambut dia. Rambut trademark dia macam tu korang kata rambut cendawan. What the Hair man?? Apa salah rambut dia dekat korang?? Siap buat fanpage benci rambut dia kat Facebook tu.. Macam tak de kerja lain dah nak buat. Padahal rambut Justin Bibir pun 2X5 ajer, korang tak pulak kutuk budak tu!! 

Biarlah rambut dia macam tu. At least dia nak sikat rambut dia macam tu tak mintak sikat korang kan?? Aku cukup tak paham dengan orang Malaysia ni. Kutuk cukup kuat, memang nombor 1. Padahal korang sendiri tak tengok lagi filem tu kan?? Cis, memang dasar Tipikal 'Malaysian' People sungguh. 

Dato', saya backing Dato' ni. Takkan tak dapat tiket free tengok 2 Alam kat panggung Aneka Mall, Jitra kot. Minggu lepas saya memang nak pergi. Tapi masa tu Raya Haji, susah la sikit. Bertambah susah bila full house dekat Aneka Mall tu. Hampa saya..

Saturday, November 20, 2010

Tips untuk mengelakkan motor hilang

32 comments

Hoihoi..
Baru je kejap tadi tengok Buletin Utama berita pasal motor kena curi dengan 2 mangkok. Seorang mangkok pakai baju Melayu. Kerja dia 'cover line'. Seorang lagi mangkok pakai seluar pendek, jolok master key, lepas tu lesaplah motor YAMAHA 12Z kaler merah macha tu dalam masa 30 saat. Serius sheet, 30 saat je beb! Takziah aku ucapkan kat macha tu. Baru beli katanya. Sorry to say la macha, ko tak kunci tayar motor ko siapa suruh. Kan dah lesap.


Ok, aku ada satu tips paling mudah dan teramatlah murah bagi MENCEGAH kes kehilangan motor macam macha tu tadi. Tak perlu security lock yang mahal-mahal. Pencuri ni bijak, ko taruhlah kunci macam mana pun, kalau dah namanya pencuri, tau la dia nak hack kunci tu. OK, tips aku ialah...

Friday, November 19, 2010

Apa itu Politik??

18 comments

Kalaulah dalam subjek sejarah Tingkatan 3 ada soalan "Apa itu politik?" aku tak tau nak jawab ke tak menggunakan jawapan aku. Pasal dalam kepala aku politik ialah:

Hari ini kita kawan, esok kalau kita bergaduh sikit, 
kita terus jadi lawan

Hari ini kita jadi lawan, esok rasa kalau rasa nak berbaik balik, 
kita jadi kawan balik.

Kalau kau tak nak jadi kawan balik, takpa
aku buat parti baru.

Harharhar

Cheers,
Selamat berhujung minggu


p/s: Pura-pura jadi lawan, padahal sebenarnya dalam diam depa berkawan

Reference:
Heywood, Andrew. Key concepts in politics. London, Macmillan, 2000

Wednesday, November 17, 2010

Kisah tragis seorang budak semasa Raya Haji 13 tahun yang lalu

28 comments

Hoihoi..
Selamat Hari Raya Haji tahun 2010 mengikut kalender Gregorian. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat duit raya haji? Eh, ada ke orang bagi duit raya haji? Ok, tukar soalan. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat daging korban percuma? Dah dapat tu korang nak buat lauk apa? Aku cadangkan korang buat daging masak kurma. Lepas tu silalah hantar ke rumah makcik aku kat Alor Setar tu ye. Terima Kasih banyak-banyak. 

Lepas sembahyang raya tadi, apa yang korang buat time raya haji biasanya? Kalau balik-balik terus baca blog sampah-merapu ini, takpe.  Tapi lepas baca tu, jangan lupa tinggalkan komen. Nak tinggalkan duit pun bolehhh..Lepas tu terus tolong mak korang ye. Tak pun tolong pergi ke masjid. Tolong pergi melapah daging. Tak kiralah daging lembu ke, kambing ke, unta hatta zirafah sekalipun. 

Oh, bercakap pasal melapah daging pada hari raya haji ni, teringat satu cerita masa aku raya haji time kecik-kecik dulu. Ceritanya berkaitan seorang budak yang 1st time dalam hidupnya pergi tengok orang sembelih lembu korban. Masa tu budak tu umur dia 11 tahun. Baru darjah 5. 

Wednesday, November 10, 2010

Apa yang aku belajar dari banjir

35 comments




Hoihoi..
Aku nak sambung pasal banjir, episod 4 kot. Semalam (11 Nov. 2010), satu hari suntuk aku pergi tolong supervisor aku, Prof. Fadzilah kat rumah dia kat Jitra. Pergh, rumah dia jangan cakaplah. Air naik dalam 1 meter lebih kot masa banjir hari tu. Serius sheet, memang teruk gilak babik jugaklah rumah dia tu. Banyak perabot rosak. Barangan letrik macam TV, DVD, komputer boleh dikatakan 50% jahanam. Memang setel. Habis semua masuk air. 

Semalam aku pergi la tolong kemas-kemas rumah dia. Ini kira kali pertama dalam hidup aku menolong mangsa banjir ni. Sebelum ni aku tak pernah terlibat dalam banjir. Rumah aku kat Teluk Intan pun tak pernah banjir seteruk ini. Takat banjir takat buku lali tu ada la dulu-dulu. Tapi tu bukanlah kategori banjir pun.

Aku datang tolong pun kira dah lambat dah. Member aku, Shahrin, Megat dan Rajib start cuci rumah since hari Khamis minggu lepas lagi. Dia orang cakap kalau tengok hari 1st kemas hari tu, rasa nak menangis tengok keadaan rumah. Dah macam apa entah. Lumpur penuh satu rumah. Bau dalam rumah tak payah cakap la, macam-macam bau ada. Semalam pun still tak siap-siap lagi mengemas. Semalam pun sempat kosongkan 1 bilik tidur ajer. Ish ish ish. 

Friday, November 5, 2010

Kesian, motor jadi ikan

26 comments




Hoihoi..
Ah, banjir di utara makin teruk. Serius. Hari tu mula-mula pekan Changlun tenggelam. Lepas 2 hari, banjir di Changlun sudah surut. Nah, banjir pindah pulak ke Pekan Jitra. Habis pekan Jitra lumpuh, air naik menggila. Rumah Prof. Fadzilah pun habis setel. Anak dia kata nampak bumbung ajer. Banjir kali ni memang serius sheet lebih teruk dari banjir tahun 2005 dulu. Banjir di Kedah makin buruk, banjir di Alor Setar, Alor Setar tenggelam, tenggelam kerana banjir, banjir besar 2010 di kedah, Kedah tenggelam kerana banjir, banjir 2005 berulang, gambar banjir di alor setar, gambar ketika banjir, gambar banjir
Kalau tahun 2005 dulu pekan Alor Setar tak kena sangat. Tapi tahun ni, sorry to say lah, Alor Setar sudah jadi Alor Banjir Setar. Semalam, dalam tak hujan, tetiba air naik. Sedar-sedar dah paras lutut. Itu yang sepupu aku, Syahirah bagitahu la..Wah, memang gilak ah dingdong lah banjir kali ni. 

Kebetulan pulak, semalam aku ada conference ICOQSIA 2010 kat P. Pinang. Rancangan Malaysia ke 10 asal, aku nak ajer pi P. Pinang naik bas dari UUM terus ke sana. Tapi bila jalan di kawasan Jitra tutup, pasal air naik takat pinggang pun ada, bas mana yang nak lalu kawasan tu?

So, aku pun tukar plan, pergi naik Motor Rempit aku ajer ke P. Pinang. Ah, steady ajer. Kalau Gadis Kampung Separa Bandar boleh bawak motor dia dari A. Setar balik ke USM naik motor, aku pun boleh apa. Setakat P. Pinang apa sangat, aku pernah berulang alik dari A.Setar- Teluk Intan Perak dulu naik motor yang sama jugak 

Tuesday, November 2, 2010

Kesian, konvo kena tunda..

14 comments



Hoihoi.
Yeah, cerita konvo episod ke 3. Mungkin episod yang last pasal konvo. Atau mungkin episod second last. Ah, tak kisahlah. Kalau episod sebelum ni aku ada bagitahu pasal konvo dalam hujan+banjir, tapi yang hari ini punya (2 November 2010) lagi ganas; Konvo Batal Terus.  Ye, batal terus. Settle. Langsung tak ada apa-apa majlis hari ke 3 ni. Kalau hari pertama dengan kedua majlis still berjalan walaupun hujan lebat, tapi hari ke 3, sorry to say lah. Hai hai bai bai..

Aku sendiri tak tahu langsung pasal kes konvo ni batal sebenarnya. Bangun pagi tadi dalam pukul 8, roomate aku, Kuan tanya:

"Ada dengar berita pasal konvo batal??"
"Ha, tak tahu pulak." aku
"Junior saya kata konvo batal, dia dah siap ambik transkrip dah."

Wohooo.... terus aku tanya member aku yang nak datang teman awek tunang dia (Zura) konvo. Nama dia Dzul Azzwan, orang yang paling  'disayangi' oleh UUM suatu ketika dahulu..Harharhar. Dia cakap "A ah, dah tunda, dia orang bagitahu dalam TV"

Sebelum tu, member aku dari KL, Zaini dan awek tunang dia jugak (Wani) tanya keadaan banjir di Pekan Changlun. Eh, macam aku ni penyampai berita cuaca pulak dah rasanya. Dari malam tadi orang tanya aku pasal perkembangan hujan dan banjir di changlun. Padahal aku tau cerita pun dari fesbuk orang lai.n  Aku reply mesej Zaini agak lambat. Tak lama lepas tu dia reply balik "Teman udah patah balik chor...deme kate udoh kensel konvonye..". Uih, pekat betul loghat Perak. 

Secara resminya, memang tundalah konvo UUM hari ke 3 ini. Ish ish ish...kesian. Tu la, siapa suruh korang konvo time-time macam ni. Budak-budak yang patut konvo hari ni confirm frust menonggeng dan meronggeng sehingga jatuh berguling-guling. Maunya tak frust. Cuaca pada hari ini adalah baik, tidak hujan, cuma mendung ajer.  Penat datang jauh-jauh katanya. Nak buat macam mana makcik, ah dia orang kata tunda, tunda ajer la..

Zura kata tak dapat ambik skrol kat atas pentas hari ini pun takpe lah, janji ada gambar pakai jubah. Ada jugak gambar, dari takde kan. Ok, mari bergambar...Oh Yeah..

Monday, November 1, 2010

Mereka Konvo dalam hujan

20 comments



Hoihoi
Cerita pasal konvo lagi. Masa aku konvo tahun lepas, tengahari tu hujan. Ada yang masuk dalam Dewan Muadzam Shah (DMAS) dalam keadaan basah lencun. Aku terlepas dari keadaan tersebut, kerana aku seorang yang suka datang awal. So, orang datang awal berhak untuk tidak kena hujan. konvokesyen UUM ke 23, konvokesyen uum dalam hujan, banjir di UUM, konvo dalam banjir, UUM tenggelam, banjir di UUM 2010, Gambar banjir di UUM 2010

But in the end, lepas kami keluar dari dewan petang tu, hujan dah berhenti. Jadi sempat la bergambar beramai-ramai depan DMAS masa tu. Tapi tak lama, kami hanya sempat ber-camwhore  beramai-ramai dalam 20-30 minit saja, pasal lepas tu, hujan balik.

Perkara yang sama berlaku bila konvo kepada budak-budak tahun ni. Hujan. Hujan kali ini ya amatlah lebat. Hujan dari semalam (31 October 2010) start pukul 10pagi lebih kurang sampai la sekarang ni (1 Nov 2010, jam 1.30 pm) tak berhenti-henti. sudah lebih 24 jam beb. Roomate aku, Mat pun konvo jugak semalam. Tapi tak sempat nak pergi jumpa dengan dia pasal hujan tak berhenti langsung. Dia pun ada urusan lain lepas tu. Ok, takpalah Mat.  

"Selamat konvo dalam hujan aku ucapkan".

Harharhar..