Shark & Syerry Bercuti ke Melbourne: Hari Pertama (Bahagian 1) | Blog @thesharkox

Shark & Syerry Bercuti ke Melbourne: Hari Pertama (Bahagian 1)


Incoming keywords: Bercuti ke Melbourne, Percutian di Melbourne, bercuti di Melbourne, Berapa jam dari KL ke Melbourne, Tiket skybus, cara nak beli tiket skybus, dari airport melbourne ke bandar.


Assalamualaikum..

Kami ke Melbourne dengan menaiki pesawat AirAsia dan bertolak dari KLIA2 tepat pada jam 1.30 petang waktu Malaysia. 

Berapa jam dari Kuala Lumpur  ke Melbourne?
Penerbangan dari KL  ke Melbourne mengambil masa selama 8 jam. Kami selamat mendarat
di Tullamarine Airport tepat jam 12.10 pagi waktu tempatan. Untuk pengetahuan anda, waktu
di Melbourne adalah 3 jam lebih awal dari waktu di Malaysia.


Pemandangan Bandar Melbourne dari tingkap pesawat. 


Setelah selesai sesi bersama kastam, kami terus keluar menuju ke Terminal 1 untuk menunggu SkyBus yang telah kami tempah secara online (http://www.skybus.com.au) beberapa hari sebelum kami bertolak. Untuk pengetahuan anda, SkyBus  merupakan perkhidmatan bas yang digunakan untuk mengambil penumpang secara berulang-alik dari Tullamarine Airpot ke Southern Cross Station, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan akan berada tepat di terminal setiap 10 minit. Harga tiket SkyBus adalah AUD18 sehala. Pembelian tiket boleh dibuat secara online ataupun di kaunter.


Penulis sedang menunggu bas di Terminal 1 Tullamarine Airport. 

Pihak SkyBus juga menawarkan servis penghantaran (SkyBus Hotel Transfer Service) ke hotel-hotel terpilih di sekitar bandar Melbourne secara percuma (termasuk dalam tiket AUD18), tetapi servis ini hanya beroperasi dari pukul 6.30 pagi - 10.30 malam (Isnin - Jumaat) dan 7.30 pagi - 5.30 petang (Sabtu & Ahad). 

Oleh kerana kami tiba di Tullamarine Airport pada jam 12.10 dan selesai sesi bersama kastam pada jam 12.45 pagi, maka kami tiada pilihan lain melainkan menaiki Skybus pada jam 1 pagi menuju ke Southern Cross Station dan seterusnya menaiki teksi dari Southern Cross Station menuju ke hotel kami; Tune Hotel Melbourne yang terletak di Swanston Street.

Peta perjalanan dari Southern Cross Station ke Tune Hotel


Harga tambang teksi dari Southern Cross Station ke Tune Hotel sepatutnya dalam AUD10 sahaja, tapi kami kena game dengan driver teksi yang berasal Pakistan tu. Dia kata dia tahu jalan tapi last-last dia sendiri tak jumpa jalan maka kami kena ketuk sampai AUD15 walaupun bukan salah kami. Kejadian seperti ini bukanlah permulaan yang kami mahukan.

Kami check-in pada pukul 2.00 pagi dan terus tidur sebelum memulakan hari pertama kami di Melbourne.

Bilik kami untuk 5 hari 4 malam di Tune Hotel Melbourne.
(bersambung..)

p/s: untuk sebarang pertanyaan, boleh terus PM saya di Facebook: Blog TheSharkox atau di Instagram (@thesharkox)


Laman web rujukan:

SkyBushttp://www.skybus.com.au/
Tune Hotel Melbourne : http://www.tunehotels.com/my/en/our-hotels/melbourne/



Incoming keywords: Bercuti ke Melbourne, Percutian di Melbourne, bercuti di Melbourne, Berapa jam dari KL ke Melbourne, Tiket skybus, cara nak beli tiket skybus, dari airport melbourne ke bandar.









8 comments:

  1. OOo... sir sir, mana cerita jalan jalan ke Korea... skip ya?.. koh koh koh

    ReplyDelete
  2. Salam..camne nk apply kt malaysian hall?

    ReplyDelete
  3. Hi, i like your post above, im planning to go australia. It will be helpful if you can share your itinenaries with me. My email salinikasee@gmail.com

    ReplyDelete