Hoihoi
Hoyeah.. SPM dah habis bagi sesetengah student (kot). Aku dah 7-8 tahun tinggalkan dunia SPM ni. Dulu masa sekolah, tau nak bagi SPM cepat habis ajer, lepas tu masing-masing menanam cita-cita nak cari kerja. Yeah, mencari kerja lepas SPM memang popular. Macam-macam kerja boleh buat.
Aku dulu pun sama jugak. Lepas ajer habis SPM mulalah aku mencari kerja. Macam-macam kerja yang aku cari. Mula-mula aku nak cari kerja kat KFC. Biasalah, pemikiran tipikal budak-budak lepas SPM mesti dia nak kerja kat fast food joint. Tempat aku masa tu, KFC memang legend-lah. Ramai berebut-rebut apply nak kerja kat sana. Bila aku tengok ramai sangat apply, lepas tu ada interview yang belum tentu dapat, aku pun jadi malas nak apply. So aku beralih ke pasaran kerja yang lain dalam sektor minyak dan gas; jawatan pump attendance di stesen minyak.
Malang bagi aku, tiada kekosongan sebagai pump attendance di stesen minyak. Mungkin kerana aku mempunyai wajah Melayu asli. Kalau aku ada iras-iras Mat Bangla atau pun Mat Nepal, aku rasa aku dapat dah. Kecewa dengan sektor minyak dan gas, aku apply di sektor industri makanan; Kedai Mamak.
Tweet