Siapa Watak Sesame Street Pilihan Kamu? | Blog @thesharkox

Siapa Watak Sesame Street Pilihan Kamu?




Hoihoi...

Siapa yang tak pernah tengok Sesame Street (mulai sekarang hingga habis entri ini akan di sebut sebagai SS), angkat ketiak cepat! Kalau kamu tak pernah tengok SS, maknanya kamu bukan manusia dari bumi. Kamu ialah Alien dari Planet lain. Memang sungguh tidak bermakna kehidupan kamu sekiranya kamu tak pernah menonton SS di zaman kanak-kanak. Aku adalah antara hardcore fan SS ketika aku di zaman kanak-kanak dulu.

Dalam SS ada beberapa watak yang aku sangat suka. Watak yang aku suka ialah seperti yang tertera dalam illustrasi di atas, Big Bird, Bert dan Ernie. Hey Sharkox, kenapa kamu suka 3 ekor watak tersebut?? OK, mari aku cerita kenapa aku suka 3 ekor watak tersebut 

Big Bird


Masa kecik-kecik dulu, kalau bukak je SS pagi-pagi, mesti burung besar warna kuning bermata kuyu ni keluar dulu. Aku sampai sekarang tak tahu beliau burung dari spesis apa. Aku bajet beliau ialah burung kasawari. Aku suka beliau kerana beliau ada ciri-ciri seorang abang besar, tahu mencari penyelesaian kepada satu masalah, suka buat orang rasa happy, suka menyanyi, suka bercerita dan yang penting, beliau takkan marah setiap kali bergaduh dengan Oscar (binatang hijau dalam tong sampah tu) 


Ernie

Bagi aku, Ernie merupakan watak paling lucu dalam SS. Beliau merupakan roomate kepada Bert. Ernie merupakan seorang yang trouble-maker yang naif. Seriusly, beliau adalah watak nakal dalam cerita ni pasal selalu buat Bert tak dapat tidur malam. Aku akan gelak setiap kali dia dengan selamba membuat Bert marah. Dia ada toy kegemaran dia, anak-itik-kuning yang selalu orang main semasa mandi tu.. Quack!!


Bert


Ok. inilah Bert, yang selalu tension dengan Ernie. Aku sampai sekarang masih ingat beliau ni setongkol jagung. Kalau Ernie suka buat lawak, tapi Bert adalah sebaliknya. Beliau adalah seorang yang serius. Aku suka tengok reaksi dia kalau dia gaduh dengan Ernie. Dia akan marah dan jadi macam FFFFFUUUUUUUU... 

Hahaha..

Yeah, itu masa kecik-kecik dulu. Kalau aku sekolah petang, bangun pagi-pagi benda pertama sekali aku buat ialah bukak TV, dan tengok SS ni. SS ni menjadi platform aku belajar angka dan Bahasa Inggeris. Tapi sekarang dah tak lagi. Aku tak tahulah budak-budak sekarang masih menonton lagi atau tidak.

So, apakah watak kegemaran kamu pulak??

p/s: Cookie Monster...om nom nom nom


20 comments:

  1. Siapa yang tak pernah tengok Sesame Street (mulai sekarang hingga habis entri ini akan di sebut sebagai SS), angkat ketiak cepat! Kalau kamu tak pernah tengok SS, maknanya kamu bukan manusia dari bumi.

    ReplyDelete
  2. seriusly sharkox, aku tahu pasal kewujudan SS tapi aku tak suke tgk..hihiiii

    ReplyDelete
  3. masa kecik pun aku selalu bayangkan ernie tu jagung. hahah

    and aku punya fav ialah elmo!

    aku ada 2 3 helai t-shirt elmo ori dapat kat bundle. yeah!

    ReplyDelete
  4. suka tgk bert SS, da lama tak tgk hihi! ha..suka jugak tgk barney and friends~

    ReplyDelete
  5. @gabanMorka: aku paling tak berapa nak suka dengan oscar

    ReplyDelete
  6. @~ PIJA ~: Ish ish... mesti bangun lambat masa tu

    ReplyDelete
  7. hey, nice laa blog kau,graphic designer rupanya, sponsor header blog utk business aku boleh?;D

    ReplyDelete
  8. haiyoooo dah berzaman kartun ni,dah xingat pun...ingat si kuning tu je..haha

    ReplyDelete
  9. aku suka big bird sebab bird dia big . kah kah kah :p

    ReplyDelete
  10. @Azra Rahman: sponsor berbayar..hehe

    @Rosso: Haha..kuning tu kan ikon

    @Fadz: EH, tak perasan pulak i pasal bird dia yang big masa tu.. tajam sungguh penglihatan mata u eh

    ReplyDelete
  11. Cookie Monster & Elmo!

    lama tak komen sini. been busy hehe

    ReplyDelete
  12. aku suka yang dalam tong sampah tu

    ReplyDelete
  13. hoho..kenangan manis ni bila teringat SS zaman kecik2 dulu. aku suka ernie ngan elmow :)

    ReplyDelete
  14. LG suke gile ngan bert tu!!!!!

    terngiang ngiang di telinga sebab ernie selalu sebut "albert....."

    pastu selalu panggey my bf name macam tu. rase sweet je. hahahaha...

    rindu nak tengok kartun ne. T_T

    ReplyDelete
  15. ak suka yg drakula SS tuh
    lukislah watak der skali weh
    hohohoh

    ReplyDelete
  16. aku suka watak elmo. cookie monster pon best gak. dulu kalau makan biskut mmg buat gaya dia. hahaha. kiranya aku masih lagi penduduk bumi la kan?

    ReplyDelete