//Blog @thesharkox// Blog @thesharkox

#LifeAsABapak: Dukung

0 comments
Lily (adik) selalu menangis. 


Kejap kejap menangis. Biasanya menangis sebab lapar. Kalau tak lapar, nak berak. 

Kalau dia lapar, susu lambat sampai, habis melalak. Maka, bapak kena la dukung-dukung kejap. Mami tak suka bapak dok dukung-dukung adik kerap sangat, takut nanti budak tu terbiasa dengan dukung.

Tapi bapak dukung jugaklah. Dalam dok dukung adik tu, kakak mana nak bagi chance. Dia pun nak mintak dukung jugak. 

Mesti dia datang, peluk kaki bapak, tengok muka bapak sambil angkat kedua-dua belah tangan, mintak dukung.

 


Sebelah kanan 11kg, seblah kiri 3.8kg. 



G2G Animal Garden, Seri Kembangan.

0 comments

Bosan-bosan, mem suruh aku bawa Dahlia pergi ke sebuah petting zoo G2G Animal Garden, Seri Kembangan. Nak bagi Dahlia belajar pasal binatang katanya. G2G Animal Garden Seri Kembangan, farm in the city, petting zoo di Seri Kembangan, Petting zoo di malaysia, Seri kembangan
Aku tak pernah dengar G2G Animal Garden ni sebelum ni, sebab ramai orang lebih tahu satu lagi petting zoo di area Seri Kembangan juga, Farm in The City.  

G2G ni berada di dalam kawasn MARDI Seri Kembangan. Ianya Buka setiap hari bermula 10am - 6pm, tutup setiap hari Selasa.

Harga tiket (as per November 2019).
Dewasa: RM20
Warga Emas : RM15
Kanak-kanak : RM15
Budak bawah 90cm : FREE

Harga tiket G2G Animal Garden


G2G ni taklah besar sangat, sederhana saja. Tapi kawasan bersih, binatang sihat dan diuruskan dengan baik.

Ada rumah burung, rumah kucing, rumah arnab, rumah reptilia, kandang kambing, kandang rusa, ada kuda padi, ada kura-kura gergasi,  raccoon dengan apa entah lagi.


Burung Kakak Tua

Sejenis ayam di Bird Aviary
Kandang Rusa

Cat House


Haiwan-haiwan di G2G Animal Garden

OK jugaklah nak bawak anak-anak. Kira alternatif kepada Farm in The City, mesra poket.  Makanan untuk binatang pun murah.

Cuma tak ada beruang.


Cara mendaftar kelahiran anak baru lahir di JPN

0 comments
Hari ini aku pergi JPN Putrajaya untuk daftar kelahiran si Lily. Dah dekat sebulan si Lily lahir, aku baru nak daftarkan kelahiran dia. Alasan, sibuk.
how to register newborn in malaysia, how to register baby in malaysia, baby birth registration with JPN,  Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak, Cara Buat MyKid Anak, Cara Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Baru Lahir, Keperluan Untuk Daftar Sijil Kelahiran Anak
JPN Putrajaya

Macam mana nak daftar anak yang baru lahir? Kacang saja.

Kena standby:
  1. Borang pendaftaran kelahiran (JPN.LM01).
  2. IC ibu bapa bayi (Ori & fotostat).
  3. Sijil nikah (atau dokumen perkahwinan) ibu bapa bayi.
  4. Dokumen bukti kelahiran (ori & fotostat) seperti:
    • Surat Pengesahan kelahiran
    • Kad pranatal / buku rawatan ibu mengandung (buku pink).

Checklist dokumen yang perlu disediakan sebelum ke JPN.

Pendaftaran anak ada 3 kategori;
  1. Biasa (dalam tempoh 14 hari selpas tarikh kelahiran, PERCUMA)
  2. Lambat (hari ke 14 - hari ke 42) - kena denda RM5
  3. Lewat (selepas 42 hari)- denda macam-macam boleh mencapai RM70.

Pemandangan dari Aras 3 JPN Putrajaya.
Pengalaman mendaftarkan anak di JPN Putrajaya:
  1. Bangunan senang cari.
  2. Parking dekat dan banyak.
  3. Orang boleh tahan ramai walaupun aku pergi time hari Rabu.
  4. Waiting time untuk selesai, 1 jam. 

Waiting time lebih kurang sejam, atau kurang.

OK la. Senang. Tak ada apa yang nak di komplen.

CARIAN YANG BERKAITAN :

how to register newborn in malaysia, how to register baby in malaysia, baby birth registration with JPN,  Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak, Cara Buat MyKid Anak, Cara Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Baru Lahir, Keperluan Untuk Daftar Sijil Kelahiran Anak

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...