Day 5
Pemberton National Park - Crystal Cave - Busselton
Alright.
Hari ke-5 start dengan aktiviti memanjat pokok, yang berketinggian 53 meter dari tanah. Pokok tersebut dinamakan Glucester Tree (sebutan: Gloster Tree). Pokok ini terletak di Pemberton National Park, 5 minit dari Karri Forest Motel. Bayaran masuk, $12 per car.
Ini adalah benda yang paling best di buat sepanjang di Perth. Tak pernah2 kat Malaysia kami panjat pokok, dekat Australia mai panjat pokok. Pokok balak ni dipasang dengan tangga yang dipacakkan dengan besi konkrit. Memang kena try. Berbaloi-baloi.
|
Makcik berumur 65 tahun berjaya panjat sorang2 |
Selepas puas panjat, so ambil masa sikit trekking dalam hutan dia. Oleh kerana nak kejar masa, kami trekking di laluan paling pendek, 400 meter.. dalam 10-15 minit habis lah tawaf.
Kemudian kami terus ke Lake Cave di Naturaliste National Park. Tarikan utama di sini adalah lawatan ke gua-gua yang pelbagai. Perjalanan ke sana dalam 1 jam 30 minit dari Pemberton.
Bayaran masuk ada bergantung kepada berapa banyak gua, so kami pilih nak masuk 1 gua saja, Crystal Cave, $22 per head untuk tour ke dalam gua selama sejam, Worth it!
Setel di Crystal Cave, kami keluar menuju ke Busselton, lebih kurang sejam perjalanan. Di Busselton jetty, nothing much, just been there, done that. Solat Asar dan Zohor dan terus menuju kembali ke Perth CBD. Perjalanan ke Perth dalam 2 jam dan kami tiba di homestay kami dalam pukul 730pm..
End of Day 5
Shark & Syerry Bercuti Ke Perth