//Blog @thesharkox: The Sharkox Seriyes// Blog @thesharkox
Showing posts with label The Sharkox Seriyes. Show all posts
Showing posts with label The Sharkox Seriyes. Show all posts

Air Gas

47 comments
Hoihoi..

Aku adalah orang yang jarang minum air gas. Ini semua pasal masa kecik-kecik bapak aku tak bagi aku minum air gas. Tapi aku minum jugak pasal air gas sedap. Tambah lagi kalau minum time tengahari lepas balik sekolah. Bapak aku cakap minum air gas banyak penyakit, tapi masa tu aku peduli apa dengan penyakit. Kena penyakit la best, tak payah pergi sekolah. HAHAHAHA.

Tapi bila dah besar, aku jadi orang yang paling kurang minum air gas. Seriusly. Sampai member aku sendiri terkejut kalau tengok aku minum air gas. Kenapa aku tak minum air gas sangat? 


Realiti Sirap di Malaysia

45 comments
Hoihoi...

Aku tidak akan memperkatakan perihal SPM pasal aku sendiri tak ingat SPM aku dapat berapa. Aku nak bercerita sikit perihal sirap bersempena dengan Sambutan Hari Kelahiran Sirap Peringkat Kebangsaan. Ya, memang sirap lahir pada hari ini, 24 Mac, tapi tahun berapa aku tak tau. Dan ya, aku memang antara peminat sirap. Mari lihat pengalaman aku bersama Sirap. Oh Yeah



Supermoon 2011

28 comments

Hoihoi.

Dalam 3-4 hari ini, aku dok follow pasal Fenomena Supermoon yang bakal berlaku pada 19 Mac 2011. Esok malam le tu. Ingat, Supermoon, bukan Superman, bukan Sailormoon. So, what is Supermoon actually? Supermoon ialah satu fenomena dia mana bulan berada paling hampir dengan bumi. Tahun 2011 ni (to be exact, 19 Mac 2011), jarak antara bulan dan bumi ialah sekitar 360K km. Kira dekat lah tu. Ini adalah jarak hampir dalam masa 20 tahun. Oleh dengan itu, kita sebagai makhluk bumi MUNGKIN dapat meyaksikan bulan mengambang paling besar pernah terjadi. MUNGKIN. Yeay! Apa yang Yeay?

Baju special untuk mereka yang rasa dari Utara

26 comments


Siapa dok ghasa dia tu dok kat utagha la ni, ni aku nak habaq mai. Ada baju spesel untuk hangpa-hangpa semua. Apa yang spesel sangat? Ni nak bagitau, kalu kata dah hensem, dah segak, dah cun tapi nak bagi lagi hensem, lagi segak dan lagi cun melecun, mai dapatkan baju ni. Baju khas Kami Blogger Utagha yang telah didesign oleh siapa entah, aku taktau. Confirm akan bergaya bila pakai baju ni pi gathering mana-mana. Jangan kata gathering, pi pakai kat kenduri tahlil pun orang tak marah aih.

Aku yang Ketidak-fahaman dengan servis di Kaunter perkhidmatan Kerajaan

43 comments


Hoihoi..

Kadang-kadang aku sendiri pun tak faham dengan sesetengah servis di kaunter kerajaan. Bukan aku nak mengata kat semua kaunter kerajaan kat 1Malaysia ni, cuma 'sesetengah' servis kat kaunter kerajaan ni sangat pasif. Datang pukul 12.50 tengahari dah takdak orang dah kat kaunter. Jenguk sikit kat dalam, adalah sorang dua. Itu pun pura-pura sibuk, pura-pura tak perasan ada orang dok tercongok kat kaunter tu. Bila tanya "Person in charge mana?". Dengan selamba kodok menjawab "Awak datang balik pukul 2.30 petang nanti.."

Dear TheSharkox readers,

26 comments

Terima kasih kerana menyokong aku. Kalau takde korang, aku pun tak bersemangat nak merapu. Teruskan sokongan anda supaya aku boleh merapu lebih lagi pada tahun ini. Kalau rasa nak klik-klik iklan pun apa salahnya..

Hahahahahahruan

Hidup Ikan kerapu masak stim...!! 

p/s: Aku nak pergi jogging, bye-bye

Masihkah korang ingat lagi dengan peristiwa 1432 tahun yang dulu??

18 comments

Salam..(Wah, bagi salam! Sebelum ni hoihoi ajer)
Adakah korang masih ingat lagi peristiwa penghijrahan Rasulullah (SAW) dari kota Mekah ke kota Madinah yang sering diceritakan oleh Ustaz dan Ustazah masa korang pergi sekolah agama rakyat dulu? Ingat lagi ke tak? Kalau tak ingat, meh aku lempang laju-laju se-das dua. Benda-benda macam ni lupa, lirik lagu Lady Gaga korang ingat pulak kan? 

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...