Tweet
Showing posts with label TheSharkox sembang pasal Sukan. Show all posts
Showing posts with label TheSharkox sembang pasal Sukan. Show all posts
TheSharkomikx: Salah
TheSharkomikx:
#Salah
Can i talk to you for a second?
Yeah sure. Just tell me.. I'm listening
Can u please play Hockey at another place? This is GOLF COURSE you idiot!!!
Huh, seems you are not a sporting man, mister!
Kepada pasukan Hoki Kebangsaan yang sedang bertarung dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah kali ke 20, ingatlah kalah tiga kali bukan kalah selamanya. Sedangkan Arsenal pun boleh kalah dengan Stoke.
(Good luck to Malaysia hockey team in Sultan Azlan Shah Cup Tournament. We were beaten three times in row doesn't mean we'll lose forever. Even Arsenal were beaten up by Stoke.)
Haha..
:)
p/s: Kalau bola Harimau Malaya, kalau hoki pulak apa eh?
Vote for me
Thanks
Tweet
Cucuk betis
Hoihoi
Masa mula-mula aku tengok gambar betis dia kena cucuk dengan kayu lantai velodrom tu, aku terkejut gila. Aku dok heran, macam mana kayu tu boleh tembus kat betis dia? Kemudian dia selamba je kayuh basikal dan menang nombor tiga. Cool.. Memang berhati wajalah The Pocket Rocket Man ni. Ini baru betul atlet berjiwa hero. Kalau kena kat aku, mau aku pengsan 12 hari.
Tweet
Kehadapan Encik Fernando Torres bernombor 9
Saya ucpakan tahniah kerana anda berjaya meletakkan diri anda sebagai pemain ketiga termahal di dunia selepas Christiano Ronaldo dan Kaka. Pemergian anda ke pasukan lawan di pertengahan musim memang membuatkan para peminat The Kop marah lalu membakar jersi anda.
Tweet
Astro Liga Malaysia....wohoo..
Aku antara makhluk yang agak terkejut apabila dapat tahu Astro akan menjadi penaja utama Liga Malaysia selepas TM tak nak teruskan tajaan untuk season ini. Aku teruja. Dengan tajaan sebanyak RM 55 juta setahun (sumber: Sokernet), diharapkan FAM gunakanlah untuk pembangunan bola Malaysia yang selama aku hidup selama ni, suam-suam kuku saja. Sampai player Malaysia masa main kat Final AFF SUZUKI CUP 2010 haritu pun, ramai yang tak kenal lagi (selain KFCM).
Tweet
Ramai gila orang buat entri pasal Khairul Fahmi Che Mat. Damn!
TheSharkomikx:
Edisi Menang Suzuki Cup 2010
Episod: Penalti Lembut
Kalau KFC(M) tak selamatkan penalti semalam, aku rasa Garuda Seberang menggila dah. Masa Firman 'Cannot Score Penalty' Utina tu nak ambik penalti, aku terus hantar santau laser aku ke Gelora Bung Karno. Terus Firman 'Cannot Score Penalty' Utina tu gatal-gatal satu badan, then buat sepakan lembut yang pada aku KFC(M) tangkap sebelah tangan dan pejam mata ajer..
Tweet
Pesanan kepada Harimau Malaya: Jangan Over confident dan berhati-hati dengan laser, okay...
Hoihoi..
Malam nanti adalah malam penentuan buat seluruh penyokong Harimau Malaya. Aku pun rasa berdebar-debar ni. Serius cuak pasal bermain di Gelora Bung Karno, apa-apa boleh berlaku. Dengan peminat fanatiknya, dengan laser hijau-nya, dengan baling botol ke dalam padangnya. Itu belum lagi cakap pasal bomoh, dukun, pawang. Paling tak boleh belah, nak pakai godaan artis seksi lagi tu. Macam gampang pun ada.
Tweet
Sebelah tangan dah pegang piala.
Hoihoi..
Aku suka.. Gembira aku menonton bola malam tadi sambil makan bihun sup kat kedai Siam. Walaupun tak ramai penyokong Malaysia, tapi cukup untuk membuatkan aku rasa Malaysia dah sebelah tangan pegang piala yang tak pernah di pegang tu.. Kat Jakarta nanti, kira main bertahanan sambil elakkan kesilapan individu je.
Kalau ada peluang untuk mengucapkan tahniah, aku akan ucapkan tahniah kepada RAJAgopal kerana berani bawak team muda dengan taktikal yang bagus. Tahniah kepada Pengantin Baru, Shahrul Idlan Talaha kerana assist 2 gol untuk Malaysia dengan mengelecek defend Indonesia di line belakang. Aku cukup respek dengan skill dia menggelecek kat line belakang tu. Memang dia pakar. Sejak dari Sukan SEA 2009 lagi dia buat macam tu.
Tweet
Preview Final AFF Suzuki Cup 2010: Fakta mengenai Malaysia vs Indonesia
Hoihoi..
Oklah, malas nak cakap panjang. Esok punya game aku bajet Malaysia Boleh! makan Indonesia dengan jaringan 2-0. Tak kisahlah siapa-siapa pun yang score, janji menang. Kalau dah menang nanti bolehlah penyokong-penyokong kat sini bergembira sekejap sebelum battle terakhir di Jakarta. OK, meh layan sekejap trivia antara pasukan bolasepak Malaysia dan Indonesia. Penat aku buat tau.
Tweet
Bye-bye Vietnam. Cuba lagi 2 tahun yang akan datang
Hoihoi..
Tahniahlah anak buah Rajagopal. Bawak team tempang, muda dan takde import pun boleh masuk final ye. Masa 2 tahun lepas, Sathianathan bawak team terkuat pun, kantoi kat peringkat kumpulan. Masa tu banyak sangat Star kot, tu pasal tak boleh lepas. Tahniah kepada Izzat pasal ko predict tepat. Aku pun rasa Malaysia memang main untuk seri je malam tadi.
Malam tadi aku tengok kat kedai mamak sambil. Berdebar-debar rasa bila tengok Vietnam dok attack je. Nasib baik defend kental dan keeper Malaysia cekang. Aku dah agak dah, mesti Malaysia main bertahan punya. Overall, Vietnam memang pegang game malam tadi. Puji jugaklah Vietnam pasal banyak main one-two touch football. Malaysia pulak dok main dapat bola terus pump kat striker. Ada beberapa chances nak gol tak gol pulak. Takpe lah. Mainlah macam mana pun, janji menang.
Tweet
Ramalan aku Malaysia vs Vietnam
Vietnam terus terang kata nak main cara menyerang. So tak mustahil dia orang boleh menjaringkan gol. Di tambah pulak dengan sokongan puluhan ribu fans dorang (dan juga beberapa orang bomoh Vietnam serta pancaran laser hijau ke arah keeper Harimau).
Rajagopal masih lagi merahsiakan taktikal. Pada aku yang kaki bangku ni, aku rasa baik main bertahan sambil melakukan counter attack, masih juga berpeluang menjaringkan gol. Tapi main bertahan ni selalunya makan diri. Korang rasa?
Tweet
Aku dah kata dah Harimau boleh menang malam tadi
Hoihoi..
Aku agak dah, menang punya..Apa barang sangat Vietnam. Esok paper mesti puji melambung-lambung habis la. Kata permainan terbaiklah, persembahan terpujilah, bakal menjadi Raja Bola Asia lah, macam-macamlah. Biasalah, bila menang, puji la. Sanjung tinggi-tingi sampai berlubang langit. Cuba kalah macam kena lauk dengan Indonesia hari tu, aku rasa berbakul-bakul kena maki sampai bernanah telinga. Ingat lagi paper kata apa lepas kena ayam dengan Indon? Kutuk habis-habisan doh. Ah, tipikal Malaysian newspaper..
Tweet
Review Malaysia vs Indonesia: Apakah Faktor kekalahan Malaysia malam tadi??
Hoihoi..
Amacam game malam tadi? Best kan? Aku serius sheet kecewa gila babis dengan result malam tadi. Malam tadi aku tengok kat kedai Siam. Kedai tu tak ramai. Ada beberapa orang je penyokong Malaysia, termasuk aku. Sambil layan bola sambil makan megi goreng. Mula-mula bila tengok Shahrul Idlan score awal, aku seronok dah. Aku bajet boleh menang ni.
Tapi bila Gonzalez tu score, aku rasa betullah tekaan aku, seri 1-1 kot. Tapi bila Asrar tolong bubuh gol untuk Indonesia, aku rasa "Ah, sudah..takkanlah kalah kot. Sempat lagi ni". Tapi bila dah sampai kena 4 bijik, aku pun terus belah. Aku cakap dalam hati "Adeh, kena 4 bijik". Pagi tadi, bila bangun benda pertama sekali aku bukak ialah Sukan Kosmo. Nah, 5-1!!!!! What the fisherman???? Aku ingatkan setakat 4 ajer.
Mari kaji faktor-faktor kekalahan Harimau kepada Garuda semalam (menurut pandangan mata aku sambil makan megi goreng).
Tweet
Mari bertaruh siapa menang malam ni, Malaysia atau Indonesia??
Hoihoi..
Jangan lupa tengok Piala Suzuki 2010, Malaysia lawan Indonesia malam ini di saluran Star Sport pukul 8.30 malam waktu Malaysia. Depa kata Malaysia ni team bawah-anjing ajer. Ayuh Rajagopal, buktikan team kita bukan team bawah-anjing macam yang mereka cakap tu. Kita adalah team bawah-harimau! Baiklah, mari kita bertaruh secara halal, siapa menang malam ni.
Aku bajet malam ni seri 1-1. Korang rasa??
![]() |
| Laki Rita Rudaini atau pun balak Ayu Raudhah tu?? |
p/s: But dah warna warni macam coklat M&M, kalau tak boleh skor jugak aku taktau la.
p/s/s: Aku bajet Indonesia dengan Vietnam confirm masuk semi.
+Picture credited to



















