//Blog @thesharkox: TheSharkox's Life// Blog @thesharkox
Showing posts with label TheSharkox's Life. Show all posts
Showing posts with label TheSharkox's Life. Show all posts

Rahsia Mendapatkan Anugerah Dekan Terbongkar!!!!

44 comments
Hoihoi..

Baru-baru ini, awek aku telah mendedahkan rahsia bagaimana beliau dapat anugerah dekan selama 3 semester sepanjang pengajian kat universiti dulu. Kepada mereka yang masih bersekolah, anugerah dekan adalah anugerah terulung dalam setiap semester yang menjadi idaman semua mahasiswa/i.

Anugerah ini sungguh sukar untuk idapati kalau anda adalah seorang mahasiswa/i yang mempunyai ciri-ciri pemalas tegar tahap keldai. Sebelum ini memang aku tak pernah tahu akan rahsia beliau ini. Mari sini aku nak kongsikan rahsia tersebut. Sesuai untuk mereka yang suka study last minit, kemudian dengan tipikalnya akan berkata "tawakal aje lah".

Panas Telinga

56 comments
Hoihoi...

Aku tidak akan memperkatakan perihal Anugerah Bintang Fofuler malam tadi pasal aku sendiri tidak menonton sebab aku pergi dengar ceramah agama kat Mesjid (tipu). Aku nak bercerita sikit berkenaan kepanasan telinga aku bersempena dengan Sambutan Hari Kelahiran TheSharkox Peringkat Antarabangsa. Ya, memang aku lahir pada tarikh semalam, 4 April. Tahun berapa aku tak mau korang tau. Dan ya, aku memang copy-paste ayat ini dari entri "Realiti Sirap di Malaysia" pasal aku taktau nak buat mukadimah apa untuk entri ini. HAHAHAHA... Mari lihat kenapa aku panas telinga hari ini..


TheSharkomikx: #Dapat Diskaun

21 comments
TheSharkomikx:
#Dapat Diskaun


Hoihoi...

Hari Rabu baru-baru ini, aku ke Kuala Kangsar. Kena handle kursus kat KISDAR. Hari Jumaat, selepas sembahyang Jumaat, aku ditugaskan untuk membawa anak-anak supervisor aku berjalan-jalan sekitar pekan Kuala Kangsar. Antara tempat yang aku bawak dia orang pergi berjalan ialah Masjid Ubudiah, Istana Kenangan dan Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri Sultan Azlan Shah tu macam muzium peribadi Sultan Azlan Shah la, Sultan Perak sekarang ni. 

Masa aku sampai sana, dah pukul 4.15 petang. So, aku cuba la nak mintak diskaun kat kaunter tu. Yelah, tinggal 45 minit je kot galeri sebelum tutup.   

Minggu sibuk dan Malaysia Technology Expo 2011..

14 comments


Hoihoi..

Minggu ni aku sibuk ya amat sikit. Sibuk pasal kena pergi KL untuk menjaga booth kat Malaysia Technology Exhibition 2011 (MTE2011) dari 17-19 hb Februari ni kat Pusat Konvensyen KLCC. Ini adalah exhibition yang pertama aku pergi untuk tahun ni. Yeah, bolehlah aku menambahkan lagi koleksi tag exhibition sambil mengumpul goodie bags dari booth lain..

Kronologi Mini Gath Utara tahun lepas

26 comments
Hoihoi..


Tahun lepas (25-12-2010) ada gathering untuk 'bloggers' utara. Ada lebih kurang 19 orang blogger tak termasuk aku, pasal aku bukan blogger. Baca header kat atas tu elok-elok. Pertemuan ini berlangsung di Bowling Apa Nama Entah di Star Parade, Alor Setar. Dianjurkan oleh Cik Gadis Kampung Separa Bandar. 

Jumpa Yuna malam semalam

34 comments

Hoihoi..

Ni nak cerita sikit. Malam semalam aku pergi mana entah. Aku tak tahu tempat tu kat mana dan aku tak tahu kenapa aku ada kat situ. Aku rasa first time aku kat situ. Ok then aku jalan-jalanlah kat kawasan tu. Tak ada orang. Sunyi semacam ajer.

Entah macam mana tetiba si Yuna ada kat belakang aku. Aku terkejutlah macam mana minah ni tetiba boleh ada kat belakang aku ni, tadi dia takde. Tetiba lagi aku berada kat tempat lain pulak. Entah kat mana aku pun tak tahu jugak. Hairan, tadi kat tempat lain, ni kat tempat lain pulak. Lepas tu Yuna ajak aku pergi rumah dia. Rumah dia sebijik macam rumah lama aku. Rumah ketika aku masih budak kecik. Eh, macam mana tetiba boleh ada kat rumah lama aku pulak ni? 

Kemudian, si Yuna ajak pergi swimming pool belakang rumah dia. Aku hairan lagi. Macam mana rumah teres ada swimming pool? Arghh...tension ni. Lepas tu selamba pulak ajak aku pergi swimming pool. Mana aku bawak spender berenang masa tu. Kemudian aku tanya Yuna.


"Yuna, boyfriend U tak marah ke keluar dengan I?"
"Boyfriend I? Siapa??"
"Qi, yang berlakon cerita Blogger Boy tu lah.."
"Oh, Qi? He is nobody-lah."
"Oh yeke....baguslah macam tu..hehehe"

Lepas tu aku taktau apa yang jadi pasal aku terbangun dari tidur tak tahan nak terkencing. DAMN, aku mimpi rupanya! Aku pun tak tahu kenapa aku boleh mimpi dating dengan Yuna. Aku mengakulah aku memang admire Yuna and all her songs. 

Aku memang hafal lagu-lagu Yuna (walaupun lirik selalu salah) macam Dan Sebenarnya, Greek Goddess, Backpacking Around Europe, Lie To Me With Style, Super Something, Gadis Semasa dan lagu apa lagi entah aku lupa. Tapi takkan la benda tu boleh masuk dalam mimpi kot?? Oh, mungkin aku set-kan lagu dia dalam folder Layan Tidur dalam SONY MP3 player aku kot sehingga membuatkan aku termimpi-mimpikan dia. 


Nasib baik tak basah tilam aku. Kalau tak, kena mandi berniatlah jawabnya..

Harharhar

Cheers,
Salam 1Mimpi.

p/s: Ingat nak angkat iPad lah




Adakah korang pernah bercita-cita menjadi seorang konduktor bas?

33 comments

Hoihoi..

Apa macam dengan hujung minggu korang? Penuh dengan kenduri kan? Mesti perut penuh dengan nasik minyak dengan air sirap. Samalah macam aku. Aku minggu lepas pergi kenduri best friend aku. Selamat pengantin baru kepada IRA dan laki dia, HANIF. Tapi bukan pasal kenduri aku nak cerita, aku nak cerita pasal konduktor bas muda. 

Korang pernah jumpa konduktor bas umur 20-an? Aku sebelum ni memang serius tak pernah jumpa sebelum ni. Biasanya konduktor ni berumur tahap pakcik-pakcik. Paling muda pun 30-an. Tapi Jumaat lepas masa aku naik bas nak balik ke Alor Setar, konduktor dia seorang remaja. A TEENAGER! I think he's just  around 18-20 years old something-lah.

Masihkah korang ingat apa yang korang buat lepas habis SPM??

27 comments

Hoihoi

Hoyeah.. SPM dah habis bagi sesetengah student (kot). Aku dah 7-8 tahun tinggalkan dunia SPM ni. Dulu masa sekolah, tau nak bagi SPM cepat habis ajer, lepas tu masing-masing menanam cita-cita nak cari kerja. Yeah, mencari kerja lepas SPM memang popular. Macam-macam kerja boleh buat. 

Aku dulu pun sama jugak. Lepas ajer habis SPM mulalah aku mencari kerja. Macam-macam kerja yang aku cari. Mula-mula aku nak cari kerja kat KFC. Biasalah, pemikiran tipikal budak-budak lepas SPM mesti dia nak kerja kat fast food joint. Tempat aku masa tu, KFC memang legend-lah. Ramai berebut-rebut apply nak kerja kat sana. Bila aku tengok ramai sangat apply, lepas tu ada interview yang belum tentu dapat, aku pun jadi malas nak apply. So aku beralih ke pasaran kerja yang lain dalam sektor minyak dan gas; jawatan pump attendance di stesen minyak.

Malang bagi aku, tiada kekosongan sebagai pump attendance di stesen minyak. Mungkin kerana aku mempunyai wajah Melayu asli. Kalau aku ada iras-iras Mat Bangla atau pun Mat Nepal, aku rasa aku dapat dah. Kecewa dengan sektor minyak dan gas, aku apply di sektor industri makanan; Kedai Mamak. 

Masihkah korang ingat lagi kali pertama menggunakan Internet?

31 comments

Hoihoi..
Masihkah korang ingat lagi kali pertama menggunakan Internet? Aku ingat lagi kali pertama aku menggunakan internet. Masa itu umur dalam 12 tahun kot. Time tu kalau cakap pasal internet, ada satu je yang aku tau dalam kepala otak aku; chit-chat. Berchatting tu mestilah menggunakan Internet Relay Chat (mIRC). Yup. MiRC memang hit gila babis suatu ketika dulu. Aku begitu gilakan mIRC masa tu. Masa tu mana ada YM, FB chat dan Twitter lagi macam sekarang.

Channel yang paling popular masa tu yang aku selalu masuk ialah #kampung dengan #mamak. Entah kenapa nama channel tu macam tu jangan tanya aku. Aku pun tak tahu apa yang seronoknya chit-chat masa tu. Dapat chit-chat dah kira hebat sangatlah tu dalam dunia komputer. Bila bapak aku tanya buat apa pergi CC, aku dengan bangga menjawab "Pergi main chit-chat". 

Benda yang paling selalu budak-budak macam aku buat masa tengah chat itu ialah TIPU UMUR. Bila tanya ajer a/s/l, mesti aku jawab 24,m,Prk (24, male, Perak). Keji sungguh, menipu umur 24 tahun padahal masa tu baru 12 tahun. Kalau tak, siapa nak layan kalau aku cakap umur 12 tahun kan? Entah-entah orang yang aku chat tu pun sama je menipu umur. Harharhar

Untuk membangkitkan kembali nostalgia itu, aku pun download mIRC tadi. Tapi bila dah install, aku dah lupa macam mana nak pakai. Tak sampai 2 minit aku uninstall balik. Bagus jugak aku tak reti pakai mIRC ni. Kalau tak mesti aku ketagih nanti. Cukup-cukuplah dengan  FB ajer. 

Apa rasanya bila burung di potong menggunakan gunting pokok bunga??

33 comments

Hoihoi
Haha..bila baca entry bro etomyam  dan Hamzah pasal bersunat, aku teringat masa zaman aku kena potong dulu. Aku potong masa darjah 4 ke darjah 5 entah. Aku lupa. Parent aku dah setting kawtim dengan tok aku masa tu untuk kasi potong aku dengan adik aku punya burung serentak. Masa nak tau nak kena potong tu, aku kata "Ah sudah. Mamposs aku. Saat yang paling digeruni oleh kanak-kanak lelaki ketika itu sudah muncul. 

Lepas tu mulalah kawan-kawan aku yang dah bersunat masa tu membuat psiko. Yang tipikal akan cakap "sakit macam kena gigit semut je". Sampai sekarang orang percaya mitos sakit macam semut tu. Lepas tu  ada yang kata jarum dia besar lengan, gunting dia macam gunting potong pokok bunga yang besar tu, ada kata doktor silap potong, terpotong semua terus takde burung budak tu. Ah, babis betul siapa yang cakap terpotong habis semua tu. Macam gampang!

Apakah National Conference on Rural ICT Development??

12 comments

Hoihoi
Ok. Minggu ni tak ada apa-apa yang pelik berlaku dalam hidup aku. Macam biasa bangun terus on laptop, menghadap Facebook, check emel kot-kot ada job baru yang boleh bagi duit, check komen-komen kat blog kot boleh gelak-gelak, lepas tu baca paper. Biasa. Tipikal. Kitaran hidup yang simple.

Cuma minggu ni aku pergi satu conference. Tak jauh pun. Kat luar UUM lebih sikit je. Kat Executive Development Centre (EDC). EDC ni kiranya macam hotellah. Kalau UiTM ada hotel dia sendiri, UUM pun ada hotel dia sendiri jugak. Bukan pasal EDC yang aku nak cerita. Tapi pasal Conference ni.

Conference Rural ICT Development (RICTD) ni kali ketiga fakulti aku buat. Sebelum ni tahun bila entah dorang buat, aku lupa. Aku pergi sebagai peserta ajer. Tak macam sebelum ni, aku jadi presenter di  Bali hujung bulan September (CIMSim 2010) dan Penang awal bulan ni (ICOQSIA 2010). 

Itupun pasal dorang suruh pergi. Kalau ikutkan baik aku duduk kat lab buat kerja aku sendiri. Tapi dah dorang cakap "Pergilah, free ajer. Ada makan free kat EDC",  terus aku pergi. Yelah, makan kat tempat macam hotel memang sedap kan? Sudahlah sedap, free pulak tu.

Kisah tragis seorang budak semasa Raya Haji 13 tahun yang lalu

28 comments

Hoihoi..
Selamat Hari Raya Haji tahun 2010 mengikut kalender Gregorian. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat duit raya haji? Eh, ada ke orang bagi duit raya haji? Ok, tukar soalan. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat daging korban percuma? Dah dapat tu korang nak buat lauk apa? Aku cadangkan korang buat daging masak kurma. Lepas tu silalah hantar ke rumah makcik aku kat Alor Setar tu ye. Terima Kasih banyak-banyak. 

Lepas sembahyang raya tadi, apa yang korang buat time raya haji biasanya? Kalau balik-balik terus baca blog sampah-merapu ini, takpe.  Tapi lepas baca tu, jangan lupa tinggalkan komen. Nak tinggalkan duit pun bolehhh..Lepas tu terus tolong mak korang ye. Tak pun tolong pergi ke masjid. Tolong pergi melapah daging. Tak kiralah daging lembu ke, kambing ke, unta hatta zirafah sekalipun. 

Oh, bercakap pasal melapah daging pada hari raya haji ni, teringat satu cerita masa aku raya haji time kecik-kecik dulu. Ceritanya berkaitan seorang budak yang 1st time dalam hidupnya pergi tengok orang sembelih lembu korban. Masa tu budak tu umur dia 11 tahun. Baru darjah 5. 

Apa yang aku belajar dari banjir

35 comments




Hoihoi..
Aku nak sambung pasal banjir, episod 4 kot. Semalam (11 Nov. 2010), satu hari suntuk aku pergi tolong supervisor aku, Prof. Fadzilah kat rumah dia kat Jitra. Pergh, rumah dia jangan cakaplah. Air naik dalam 1 meter lebih kot masa banjir hari tu. Serius sheet, memang teruk gilak babik jugaklah rumah dia tu. Banyak perabot rosak. Barangan letrik macam TV, DVD, komputer boleh dikatakan 50% jahanam. Memang setel. Habis semua masuk air. 

Semalam aku pergi la tolong kemas-kemas rumah dia. Ini kira kali pertama dalam hidup aku menolong mangsa banjir ni. Sebelum ni aku tak pernah terlibat dalam banjir. Rumah aku kat Teluk Intan pun tak pernah banjir seteruk ini. Takat banjir takat buku lali tu ada la dulu-dulu. Tapi tu bukanlah kategori banjir pun.

Aku datang tolong pun kira dah lambat dah. Member aku, Shahrin, Megat dan Rajib start cuci rumah since hari Khamis minggu lepas lagi. Dia orang cakap kalau tengok hari 1st kemas hari tu, rasa nak menangis tengok keadaan rumah. Dah macam apa entah. Lumpur penuh satu rumah. Bau dalam rumah tak payah cakap la, macam-macam bau ada. Semalam pun still tak siap-siap lagi mengemas. Semalam pun sempat kosongkan 1 bilik tidur ajer. Ish ish ish. 

Kesian, motor jadi ikan

27 comments




Hoihoi..
Ah, banjir di utara makin teruk. Serius. Hari tu mula-mula pekan Changlun tenggelam. Lepas 2 hari, banjir di Changlun sudah surut. Nah, banjir pindah pulak ke Pekan Jitra. Habis pekan Jitra lumpuh, air naik menggila. Rumah Prof. Fadzilah pun habis setel. Anak dia kata nampak bumbung ajer. Banjir kali ni memang serius sheet lebih teruk dari banjir tahun 2005 dulu. Banjir di Kedah makin buruk, banjir di Alor Setar, Alor Setar tenggelam, tenggelam kerana banjir, banjir besar 2010 di kedah, Kedah tenggelam kerana banjir, banjir 2005 berulang, gambar banjir di alor setar, gambar ketika banjir, gambar banjir
Kalau tahun 2005 dulu pekan Alor Setar tak kena sangat. Tapi tahun ni, sorry to say lah, Alor Setar sudah jadi Alor Banjir Setar. Semalam, dalam tak hujan, tetiba air naik. Sedar-sedar dah paras lutut. Itu yang sepupu aku, Syahirah bagitahu la..Wah, memang gilak ah dingdong lah banjir kali ni. 

Kebetulan pulak, semalam aku ada conference ICOQSIA 2010 kat P. Pinang. Rancangan Malaysia ke 10 asal, aku nak ajer pi P. Pinang naik bas dari UUM terus ke sana. Tapi bila jalan di kawasan Jitra tutup, pasal air naik takat pinggang pun ada, bas mana yang nak lalu kawasan tu?

So, aku pun tukar plan, pergi naik Motor Rempit aku ajer ke P. Pinang. Ah, steady ajer. Kalau Gadis Kampung Separa Bandar boleh bawak motor dia dari A. Setar balik ke USM naik motor, aku pun boleh apa. Setakat P. Pinang apa sangat, aku pernah berulang alik dari A.Setar- Teluk Intan Perak dulu naik motor yang sama jugak 

Mereka Konvo dalam hujan

20 comments



Hoihoi
Cerita pasal konvo lagi. Masa aku konvo tahun lepas, tengahari tu hujan. Ada yang masuk dalam Dewan Muadzam Shah (DMAS) dalam keadaan basah lencun. Aku terlepas dari keadaan tersebut, kerana aku seorang yang suka datang awal. So, orang datang awal berhak untuk tidak kena hujan. konvokesyen UUM ke 23, konvokesyen uum dalam hujan, banjir di UUM, konvo dalam banjir, UUM tenggelam, banjir di UUM 2010, Gambar banjir di UUM 2010

But in the end, lepas kami keluar dari dewan petang tu, hujan dah berhenti. Jadi sempat la bergambar beramai-ramai depan DMAS masa tu. Tapi tak lama, kami hanya sempat ber-camwhore  beramai-ramai dalam 20-30 minit saja, pasal lepas tu, hujan balik.

Perkara yang sama berlaku bila konvo kepada budak-budak tahun ni. Hujan. Hujan kali ini ya amatlah lebat. Hujan dari semalam (31 October 2010) start pukul 10pagi lebih kurang sampai la sekarang ni (1 Nov 2010, jam 1.30 pm) tak berhenti-henti. sudah lebih 24 jam beb. Roomate aku, Mat pun konvo jugak semalam. Tapi tak sempat nak pergi jumpa dengan dia pasal hujan tak berhenti langsung. Dia pun ada urusan lain lepas tu. Ok, takpalah Mat.  

"Selamat konvo dalam hujan aku ucapkan".

Harharhar..

Kos kau tu susah nak dapat kerja

52 comments



Hoihoi..

Minggu ni minggu konvo kat UUM. Jadi kalau minggu ni aku asyik cerita pasal konvo ajer, kau orang jangan geli ketiak pulak ye? Biasalah, 'konvoseksyen' ini datang 2 kali ajer setahun. Aku pun tak pernah buat entri pasal konvo lagi kan? So, biarlah aku nak poyo buat pasal konvo ajer minggu ni..Oh, by the way, aku dah konvo lama dah. Kalau menurut gambar dalam kontestis Mortar Board, aku bergraduasi pada Mac 2009. tags;  konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23,  Pesta Konvo UUM, UUM, peluang pekerjaan dalam bidang IT, masalah pengangguran dikalangan rakyat malaysia, peluang pekerjaan pada masa akan datang, 
Tapi sekarang buakan aku nak cerita pasal aku punya konvo yang dah jadi sejarah dah tu. Tidak. Cuma aku teringat kejadian pada tahun 2005 dulu, masa mula-mula aku dapat tau yang aku dapat offer buat degree ke UUM, dalam kos Multimedia. Waktu isi borang UPU dulu kos multimedia UUM ini aku letak sebagai pilihan ke 5-7. Memandangkan keputusan matrik aku sangatlah jahanam, maka aku tidak meletakkan sebarang kos berkaitan teknikal seperti engineering atau pun kos yang ada kaitan dengan matematik, fizik dan kimia.

Kerana apa? Kerana result matrik aku memang tak layak aku untuk apply kos-kos engineering ni. Memang dah takde nafsu syahwat dah dengan engineering (semua gara-gara result jahanam tu lah).Walaupun ada member yang cakap ko try ajer engineering, tapi aku taknak jugak. What for?? Untuk berasa bangga blia balik raya makcik-makcik tanya "kau mengaji kos apa kat universiti tu?", dan dengan kembang hidung beritahu "kos trigonometrik engineering maklang", macam tu?

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...