Hoihoi...
Orang putih kata "Dont judge a book by its cover". Maksudnya, kalau nak beli buku, jangan tengok cover dia, tapi tengoklah harga. Kalau agak murah, belilah. Kalau agak mahal, takde duit sebanyak itu, janganlah beli. Hahaha.
Aku adalah manusia yang tergolong dalam kategori Jugde a book by its cover. Biasanya, kalau buku tu cover dia cantik, mesti aku akan terpikat dan jika harga dia aku mampu bayar ketika itu, confirm aku beli. Ini yang terjadi kat aku masa aku beli novel grafik bertajuk Mambo di Kuale.
Mambo di Kuale? Tak pernah dengar pun
Yep, aku pun tak pernah dengar pasal aku ni tak pernah nak ambil tahu pasal dunia novel ni. Mambo di Kuale (MdK) ni pun aku beli pasal aku boring duduk dalam bas masa nak pergi Kuala Lumpur hari itu. Beli di R&R Tapah. Aku beli pasal tertarik dengan cover beliau mempunyai illustrasi yang membuatkan aku membayar RM19.00 untuk mendapatkan beliau.
Ini adalah novel grafik dari Nur Azmi, seorang pelukis, kartunis, penulis dan pemuzik. Cerita dia simple saja. Cerita pasal seorang kartunis yang dah 3 tahun tak pernah balik jenguk mak bapak kat kampung dia (Kuala Kangsar), tetiba bertekad nak balik kampung untuk berbaik semula dengan bapak dia. Dia dengan bapak dia ada sedikit gaduhlah.
Komen
Cerita yang nak ditonjolkan dalam MdK ni pada aku biasa-biasa saja. Tak lebih dari sekadar novel grafik yang penuh dengan illustrasi dalam setiap muka surat. Cerita pun tak berat. Simple sangat. Cuma bila part klimaks, aku kecewa. Kerana pada aku klimaks dia tak mencapai tahap klimaks syahwat yang aku nak. Just dapat berbaik semula dengan bapak dia, itu saja. Aku tak dapat mencapai tahap klimaks seperti dalam Versus (Hoi! membuat perbandingan antara Versus dan MdK adalah tidak adil).
Berbaloi untuk peminat novel tegar?
Hmm.. Kalau kamu ialah seorang peminat novel tegar yang sudah biasa baca novel sampai 500 muka surat macam si Pearl Jade, aku tak rasa berbaloi. Tapi kalau kamu seorang peminat lukisan style Malaysia, ianya akan jadi berbaloi-baloi. Pasal lukisan dalam novel grafik ni memang truely a Malaysian style. Tidak dipengaruhi oleh style Manga seperti yang berlaku dalam majalah Gempak dan Utopia. Inilah sebab utama aku beli MdK ni.
Secara total, cerita ini sangat simple sehinggakan aku boleh habiskan baca dalam masa sejam sahaja dan sampai sekarang aku tercari-cari kat mana yang mambo-nya entah.
:)
p/s: Ater kome pernah pegi Kuala Kangsor?
Tweet
26 comments:
Novel grafik dari Nur Azmi, seorang pelukis, kartunis, penulis dan pemuzik. Cerita dia simple saja. Cerita pasal seorang kartunis yang dah 3 tahun tak pernah balik jenguk mak bapak kat kampung dia
haha..sharkox peminat novel grafik yee?hahaha.. :D anyway, dgr tajuk ade "kuala", ezma terus terjah..igtkan kuala perlis..ekekee.. pastu ade lak "dun judge a book by it's cover"..eh, mcm tajuk enrty ezma yg latest..
adesss...sebab tu la org siam kata, dun judge the entry by it's title..heeee...... :P
@~eZmALiZa~:Kat malaysia ni banyak tempat namae kuale la....
mambo tu ape maksud die weh?
macam best ja buku ni..tapi sy x berapa minat buku grafik2 nih..i prefer words.. =)
susah nak jumpa dah beb stroke lukisan malaysia ni. semua nak lukis style manga je skang ni. satu-satunya tempat yang boleh jumpa pada aku ialah di dalam majalah GILA-GILA.
@cik ciput: yeah..u is a novel hardcore
@afrohead: betul beb.. aku sebenarnya tak berapa nak berkenan dengan stroke manga. Aku pernah terbaca kat blog gayour, dia kata scene kartun kat malaysia ni dah terlalu berkiblatkan manga.
err...mambo tu ape deh?
@afrohead ckp sal majalah gila-gila tringat dulu dalam buku garis satu ada abg sedara lukis kartun cam dalam majalah gila-gila tu...pandai de lukis.hehe. tu je nk citer :)
@♥CIK SHA♥ & KiN: Mambo tu lebih kurang bersuka ria la kiranya...
efa datang sini nak mambo...hek hek hek :D
mambo tu pa dia?
macam menarik. dah jumpa nt nak pinjam eh :p
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhh mambo mesti baca niiii
oh, cam komik eh...xminat..hehehee
n yup kita rasa xberbaloi...heheh kita mmg menitikberatkan harga novel..hahaha hanya beli yg murah...
xpernah baca...
best ke???
kang nty kome carilah buku tu...insyaallah
:)
aku sentiasa rasa lelaki yang baca komik itu comel.
@wannurfazrini: jangan kata pinjam, jual terus kat u..haha
@Afzainizam: buat bacaan ketika bosan buleh la
@Rina Rossoneri: novel tegar la ni
@Farhan Zulhusmi: Boleh saja la..nak kata terlalu hebat sangat tu tak la
@Ungu:memang comel pon..haha
rajin juga kau bce bnder2 cmnih..
ak suka komik so boleh la baca =.=
ohmaiiiiii..apsal aku xtau nama aku di featuredkan dlm ni????waaa
sori broo...tenkiu so muchhh!!!
ntah2 sbb ko trafic aku naik hr 2...waa
tenkiu2..hehe
komik malaysia memg best..suke gila-gila ngn ujang.truely malaysia :)
Salam semua...apa khabar? terima kasih atas sokongan,kritik dan ulasan..thesharkox..juga kpd semua yg memberi komentar. Novel mambo di kuale!!! diterbit pd 2006 adalah debut saya dlm karier komikus solo setelah saya tidak lagi berkarya dlm majalah Gila-Gila. ketika di GG saya menggunakan nama Nuralmi melalui ruangan kartun Dunia kecil. Setelah lama menyepi selama beberapa tahun (ya saya memfokus kpd seni catan dan pernah punyai galeri) saya melakar kembali MDK. Saya bertemu penerbit Ameen yg agak berminat. Saya berkata pd big boss...(masa itu tahun 2005)saya akan lakarkan kembali karya ini. Namun big boss mahukan stroke asal yg sudah tentu berbeza dgn yg baru (sy melakar MDK pada tahun 2003 lagi.
Perkataan 'Mambo' ditetapkan penerbit. sememangnya ia judul asal yg membawa maksud-"conversation with God".mambo berasal dr bahasa congo di bawa ke caribean dan jamaica oleh hamba abdi dr negara tersebut. mereka menjadikan terma tersebut dlm pelbagai rupa dan bentuk spt muzik,seni lukis,design dan tarian. tertarik saya letakkan 'mambo' sebagai judul serta ia ada kena mengena dengan indirect massage yg ada dlm karya ini.
Tidak disangka ia amat memberangsangkan.MDK akan diulang cetak tahun ini dengan saiz poket.Alhamdulillah selalunya benda yg ikhlas membuah hasil. MDK hanya karya yg saya mahu diterbitkan.Saya tidak memikir soal utk ia menjadi sesuatu yg agak besar. tetapi kesannya ia mula menjadi trend penerbitan terkini di mana genre novel grafik popular kembali dlm penerbitan lokal.
Saya mengalu-alukan semua pandangan dan komentar...silalah ke blog saya di www.nurazmiworld.blogspot.com dan menjadi rakan FB saya di http://www.facebook.com/mie.mambo1
JANGAN LUPA ON AIR BERSAMA MIE MAMBO DARI NURAS DI http://www.funker.fm/ MACAM-MACAM DISKUSI AKAN KE UDARA. PERIHAL KARIER SENI LUKIS,PENULISAN,MUZIK DAN TAK LUPA PBB. INGAT YA TARIKH DAN WAKTUNYA!!!!
terima kasih
Post a Comment