Blog Komik oleh @thesharkox

Saturday, January 30, 2016

Shark & Syerry Short Trip ke Pulau Lombok, Indonesia (Day 1).

1 comments

Day 1:


Bertolak dari KLIA2 jam 8.30am dan tiba di Lombok International Airport jam 11.30am (waktu Lombok). 

Sampai-sampai terus keluar dari terminal dan terus dikerumuni oleh driver-driver teksi menawarkan servis. Harga semua macam dah standard semua teksi. Kami memang nak terus ke Gili Trawangan, maka perlu ke Pelabuhan Bangsal. Ramai yang offerkan servis, tapi kami berjumpa dengan seorang driver, Mas Effendy. 

Dari Airport ke Pelabuhan Bangsal mengambil masa dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam. Harga asal yang ditawarkan beliau ialah 450k Rupiah, tapi bila dah nego-nego, dapat lah 300k Rupiah (+- RM100). Dia pesan, "Jangan kasi tau sama yang lain ya, nanti boss saya marah".

Kami request untuk ke tempat makan yang best dan juga tempat menarik sepanjang ke Bangsal. Dia cadangkan ke kawasan menenun, kemudia makan Ayam Taliwang, then lalu Monkey Forest sebelum sampai ke Bangsal.

Destinasi pertama ialah ke Pusat Penghasilan Kain tenunan tempatan. Di area kampung mana lupa dah. Masuk percuma siap boleh try menenun lagi. Industri kain tenun ini merupakan tradisi turun temurun kaum Sasak. Mas Fendi inform, anak gadis di sana wajib tahu menenun kain, kalau tak, tak boleh kahwin katanya. Tak lama di sana dalam 30 minit sahaja sebab tak ada niat nak beli apa pun.

Syerry tengah berpura-pura menenum.

Kemudian, kami bergerak nak cari tempat makan. Mas Fendi memang cadangkan makan Ayam Taliwang, signature dish orang Lombok. Kami ikutkan aje restoran mana entah dia bawak. Kedai ni ada pakej, Pakej A, B dan C. Kami ambik pakej A kot berharga 130k Rupiah (+- RM40) tak termasuk servis charge 12k Rupiah. Ada ayam taliwang, ikan bakar, sayur masak apa entah dengan sambal power, kuah kacang and air kelapa. 

Ayam taliwang dia padu!! Stok ayam kampung punya kena pulak dengan sambal dia, memang berhingus hidung.

Syerry gembira lauk sampai juga akhirnya.

Lepas makan, terus lah direct ke Bangsal. Sepanjang perjalanan lalulah jalan kampung, pekan kecil, jalan hutan, jalan sawah dan jalan berbukit-bukau. 

Tiba di Bangsal jam 3.30 petang. Sampai-sampai terus beli tiket Public Boat pada harga wisata (pelancong) iaitu 22.5k Rupiah (+- RM7).  Tapi kami kena tunggu bot dalam setengah jam juga sementara nak tunggu bot penuh dengan penumpang tempatan yang nak ke Gili Trawangan. 

Pelabuhan Bangsal.

Sambil tunggu bot, kami sempat bersembang dengan orang tempatan di situ. Ada sorang ni dia offer untuk jadi supir (driver) kami kalu nak ke mana-mana di Lombok ni. Kami inform yang kami plan nak ke Air Terjun Tiu Kelep pada hari ke-3. Dia kata OK saja boleh bawak.

Perjalanan dari Bangsal ke Gili Trawangan mengambil masa dalam setengah jam. Bot sentiasa penuh dengan warga tempatan dan juga pelancong yang nak jimat macam kami.



Sampai sahaja ke Gili Trawangan, terus kami mencari kenderaan untuk ke hotel. Hotel kami terletak di bahagian selatan Trawangan, maka memang kena naik antara basikal atau pun kereta kuda padi (Cimodo). Charge untuk cimodo ialah 100k Rupiah (+- RM30).



Sampai-sampai rehat sekejap then petang layan buaian sambil tunggu sunset (sambil usha minah saleh..).




Then sekian habis hari pertama..

Hari kedua ceritanya pasal snokerling.

Sebarang pertanyaa boleh tanya di IG @thesharkox atau pun FB(Blog TheSharkox) https://www.facebook.com/thesharkox

Incoming keyword: percutian ke lombok, cuti-cuti lombok, harga teksi ke bangsal, harga teksi ke tiu kelep, supir di lombok, pakej ke lombok, itenari di lombok, lombok best, pengalaman bercuti di lombok, pengalam bercuti ke lombok, honeymoon di lombok, restoran halal di lombok, berapa harga cimodo, berapa harga sewa basikal di lombok, gili trawangan, fast boast ke gili trawangan, lombok awesome, bercuti ke lombok, bercuti di lombok, ke lombok ke kita, berapa jam ke lombok

Tuesday, April 21, 2015

Shark & Syerry Bercuti ke Melbourne: Hari Kedua (Bahagian 1)

6 comments

Sambungan dari Entri Terdahulu:
Shark & Syerry bercuti ke Melbourne: Hari Pertama (Bahagian 1)
Shark & Syerry bercuti ke Melbourne: Hari Pertama (Bahagian 2)

Agenda Hari Kedua di Melbourne:
The Great Ocean Road.


Hari kedua merupakan hari yang kami telah kami tetapkan untuk ke Great Ocean Road (GOR). GOR merupakan jalan yang sejauh 240km yang merentasi dari Pekan Torquay sehingga ke Allansford. GOR telah dibina/dibuat pada 1919 oleh askar-askar yang pulang dari Perang Dunia Pertama (WW I) bagi memperingati askar yang terkorban di dalam WW I. Pemandangan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan melalui GOR merupakan pemandangan yang paling hebat pernah kami saksikan.


Bagaimana ke sana?
Ada dua (2) cara untuk ke sana samada melaui pakej yang di sediakan oleh Ejen Pelancongan atau memandu sendiri. Kami memilih untuk memandu sendiri ke sana dengan menyewa sebuah kereta Suzuki Swift dari pihak East Coast Car Rental. Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Melbourne, tapi setelah banyak membuat rujukan di blog-blog lain, kami dapati kadar sewa sebuah kereta dari  East Coast Car Rental adalah lebih murah berbanding dengan yang lain.




Kami menyewa sebuah Suzuki Swift selama 2 hari (48 jam) termasuk dengan GPS Garmin beserta Insurans. Pada mulanya kami tidak bercadang untuk mengambil GPS memandangkan kami yakin dengan Waze, namun akibat kami tidak membeli perkhidmatan internet di sana, maka kami terpaksa menyewa juga GPS. Kereta yang kami perolehi berada pada kondisi paling bagus. Memang sangat berpuas hati.  

Kami bertolak dari Melbourne menuju ke GOR tepat pada jam 8.30 pagi. Memandu di bandar Melbourne agak awkward pada mulanya kerana sistem tram dan banyak simpang agak merisaukan kami ditambah pula dengan kamera trafik light yang sangat banyak.


Kami keluar dari bandar Melbourne menuju ke GOR melalui M1 yang kemudiannya menuju ke Princes Highway (Freeway) arah ke Geelong.

Speed limit di Freeway (Highway tanpa Tol) di Melbourne adalah 100km/j dan semua pengguna jalanraya di sana mematuhi had laju tersebut. Jika speed limit 60km/j, semua kereta memandu dalam had laju yang ditetapkan.

Satu keadaan yang menyeksa jiwa dan kaki kami kerana pada kami, memandu pada kelajuan 90-100km/j di atas jalan raya mempunyai 3-4 lanes serta lengang adalah sangat 'mengarut', Kalau 
di Malaysia, dapat jalan macam ni dengan kereta yang sedap, memang tekan 140km/j lah jawabnya. 





Setelah memandu selama sejam, kami berhenti rehat di Pekan Torquay. Kami pergi ke hujung pekan Torquay dan berhenti di sebuah tebing tempat di mana. Cuaca kurang baik, angin kuat serta awan mendung. 





Seterusnya kami menuju ke Anglesea yang terletak 20 minit dari Torquay. Di sini kami singgah di saebuah kawasan rehat di tepi sungai untuk membuang air dulu. Kami berbual seketika dengan pelancong dari Brisbane. Soalan pertama mereka, "Apa cerita MH370?"





Kemudian kami singgah di Appolo Light House.

Setelah memandu hampir 5 jam dari Melbourne, akhirnya kami tiba di The 12 Apostles, Port Campbell National Park. Perasaan pertama sekali bila tiba di sana ialah kagum dengan kecantikan semulajadi. Berapa bayaran di The 12 Apostles? Percuma. Kami menghabiskan masa dalam 1 jam di sana sambil melayan angin laut yang sangat kencang. Objektif pada hari kedua, tercapai!





Kami kemudian pulang mengikut jalan ke pekan Lolac. Di pekan Lolac terdapat satu trek lumba kuda. Boleh la try singgah. Dan dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan lukisan yang menarik, dilukis di atas kabel di hiway. 




Kami tiba di hotel pada pukul 9 lebih. Sebelum sampai ingatkan nak makan di Kedai Melayu Nusantara berdekatan Tune Hotel tu, tapi pada waktu kami sampai, lauk dan nasik dah habis. Nasib baik ada kedai minang berhampiran. Dapatlah merasa nasi lauk minang pada harga AUD 7.



p/s: untuk sebarang pertanyaan, boleh terus PM saya di Facebook: Blog TheSharkox atau di Instagram (@thesharkox)

Incoming keywords: Bercuti ke Melbourne, Percutian di Melbourne, bercuti di Melbourne, Berapa jam dari KL ke Melbourne, Tiket skybus, cara nak beli tiket skybus, dari airport melbourne ke bandar. Cara nak ke Shrine of Remembrance, Cara nak ke Eureka Skydeck 88, harga tiket Eureka Skydeck 88 Hari pertama di Melbourne, tempat menarik di melbourne. Sewa kereta murah di Melbourne, Syarikat sewa kereta murah di Melbourne, Cara nak ke The Great Ocean Road, Jalan ke Great Ocean Road, Berapa jauh the Great Ocean Road, Berapa Jam ke The Great Ocean Road, Memandu ke The Great Ocean Road, Pengalaman di The Great Ocean Road, Pengalaman memandu The Great Ocean Road, Bercuti ke The Great Ocean Road, East Coast car Rental Murah? Murah ke East coast car rental, harga The Great Ocean Road, Kedai Makan halal di Melbourne, kedai makan melayu di Melbourne