//Blog @thesharkox: 2014// 2014 | Blog @thesharkox

Shark & Syerry Bercuti ke Melbourne: Hari Pertama (Bahagian 2)

2 comments
Sambungan dari Entri Terdahulu:
Shark & Syerry bercuti ke Melbourne: Hari Pertama (Bahagian 1)


Agenda Hari Pertama di Melbourne:
1. Ke Apple Store di Highpoint Shopping Centre, Maribyrnong.
2. Berjalan-jalan sekitar Bandar Melbourne.
3. Naik Eureka Skydeck 88


Persediaan:

Beli MyKI.
MyKI ni macam Touch n Go. Boleh naik semua public transport kat Melbourne ni (Tram, Metro/Train, Bas) guna kad ni. Boleh beli di 7-Eleven. Tapi kami beli di hotel ja. Starter pack AUD14 (credit AUD8). Kami tak faham penggunaan MyKI ni sebenarnya. Kalu kami naik tram, rasa macam naik FREE sebab dia tak potong kredit, tapi kalu naik train (metro) dan bas punyalah banyak dia makan. So belasah je lah beli.



Breakfast
Di hari pertama kami hanya makan Maggi Cup dan Nescafe yang dibawa dari KL. Tune Hotel Melbourne menyediakan air panas di dalam pantry dan tempat untuk kami makan yang sangat cool.




Perjalanan

Dari Tune Hotel - Flinders Street Station - Highpoint Shopping Centre. 
Dari hotel, menaiki tram untuk ke hub rangkaian train/metro di Melbourne iaitu Flinders Street Railway Station (lebih kurang seperti KL Sentral). Bangunan FSRS ini memang sangat ikonik dan klasik, dibina sejak tahun 1909. Perjalanan hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja menggunakan tram.
Hentian Tram di hadapan Tune Hotel

Flinders Street Station


Tiba di FSRS, kami terus mendapatkan bantuan di Melbourne Visitor Centre untuk mengetahui cara nak ke Highpoint Shopping Centre. Untuk ke sana, kami perlu masuk ke dalam FSRS dan menaiki Metro di Platform 5 menuju ke Sunbury dan turun di Stesen Footscray. Footscray merupakan pekan kecil yang mana kami dapat lihat banyak kedai-kedai Vietnam di sini.

Di dalam Melbourne Visitor Centre

Penulis sedang menunggu metro ke Sunburry


Dari Stesen Footscray kami berjalan kaki dalam 100 meter menuju ke Hentian 64-Footscray/Leeds Station dan menaiki Tram ke Monee Ponds. Tram tersebut akan melalui pekan kecil dan kawasan perumahan di sekitar Footscray dan kami turun di Hentian 49 - Highpoint Shopping Centre di West Road (Maribyrnong).  Masa perjalanan yang di ambil dari FSRS ke Highpoint Shopping Centre ialah sekitar 45 minit. 

Sampai di sini memang kami terus cari Apple Store. Tujuan utama kami (Syerry) ialah untuk mendapatkan iPhone 6 (ketika entri ini ditulis, iPhone 6 masih lagi belum masuk pasaran Malaysia secara rasmi). Untuk membeli sebarang produk Apple di sini, kami perlu order secara online dahulu barulah boleh tuntut dan membuat bayaran di Apple Store di sini. 

Sementara menunggu Apple Genius ambilkan iPhone6


Sesudah mendapatkan iPhone6, kami lunch di Nando's yang terletak di dalam Highpoint ni. Nando's di sini disahkan Halal oleh pihak HalalSquare. Setelah selesai lunch, kami kembali ke Bandar Melbourne untuk sesi Sight Seeing.

Nando's di Highpoint City Centre disahkan halal.


Antara perkara yang kami lakukan di sini ialah:

1. Menaiki City Circle Tram
Dengan menaiki City Circle Tram (No. 35), kami dapat mengelilingi bandar Melbourne secara percuma. Tram ini akan melalui tempat-tempat tarikan utama di Melbourne seperti Melbourne Aquarium, Harbour Esplanade, Etihad Stadium, State Library of Victoria, Parliament House, dan Federation Square. Kami tidak sempat untuk singgah ke Muzium Melbourne dan juga National Gallery of Art. 

Tram City Circle Tram No. 35 (sumber: Worlds of Maps)


2. Shrine of Remembrance
Sebelah petang, kami menaiki tram dari Flinders Station menuju ke Shrine of Remembrance, sebuah bangunan (kuil lama) yang dijadikan sebagai taman Memorial Perang. Taman ini agak luas. Kami tak lawat semua tugu-tugu yang ada di situ. Straight terus cari Shrine of Remembrance. 

Remembrance of Shrine

Remembrance of Shrine


3. Eureka Skydeck 88
Bangunan paling tinggi di Hemisfera Selatan. Ini adalah wishlist peribadi saya sendiri sebelum ke Melbourne. Saya bagitahu kepada Syerry yang saya mesti naik ke bangunan ini tak kira apa cara sekali pun. 

Rakan saya yang pernah study di Melbourne memberitahu, jika mahu menyaksikan sunset dan limpahan lampu Melbourne pada waktu malam, naiklah Eureka Skydeck ni. Harga untuk naik ke Eureka Skydeck 88 ialah AUD19.50 seorang (boleh dapatkan diskaun 10% sekiranya ada kupon diskaun yang boleh didapati dari booklet pelancongan di hotel). 

Bangunan Eureka Skydeck 88


Kami memang setkan untuk naik bangunan ini pada sebelah petang, sekitar pukul 6.30 dan beredar dari sana selepas Maghrib, lebih kurang pukul 8.30. Ketika kami di sana, waktu siang adalah lebih panjang berbanding waktu malam. Pukul 6.30 pagi dah terang macam pukul 7.30 pagi kita. Di atas seperti biasa kami lepak-lepak sambil minum kopi sambil tengok gelagat dan slang Australian. 


Pemandangan dari Level 88 Eureka Skydeck.


Cara nak ke Eureka Skydeck 88 ini adalah sangat mudah. Dari Flinders Station,bergerak ke kiri/kanan anda menghala ke jambatan Sungai Yarra, cross jambatan dan bergerak ke Southgate Avenue dan terus menghala ke Eureka Skydeck 88 dalam masa 10 minit. Cara paling mudah, gunalah Google Maps yang memang banyak membantu kami untuk bergerak ke tempat menarik dengan hanya berjalan kaki. 

Google Maps untuk berjalan kaki dari
Flinders St. Station ke Eureka Skydeck 88

Sekian untuk hari pertama kami di Melbourne. Hari kedua kami menyewa kereta untuk ke The Great Ocean Road.  

(bersambung..)

p/s: untuk sebarang pertanyaan, boleh terus PM saya di Facebook: Blog TheSharkox atau di Instagram (@thesharkox)


Laman web rujukan:

Shrine of Remembrancehttp://www.shrine.org.au/Home
City Circle Tram No. 35 : http://ptv.vic.gov.au/route/view/1112
Eureka SkyDeck 88 : http://eurekaskydeck.com.au/



Incoming keywords: Bercuti ke Melbourne, Percutian di Melbourne, bercuti di Melbourne, Berapa jam dari KL ke Melbourne, Tiket skybus, cara nak beli tiket skybus, dari airport melbourne ke bandar. Cara nak ke Shrine of Remembrance, Cara nak ke Eureka Skydeck 88, harga tiket Eureka Skydeck 88 Hari pertama di Melbourne, tempat menarik di melbourne.


Shark & Syerry Bercuti ke Melbourne: Hari Pertama (Bahagian 1)

7 comments

Incoming keywords: Bercuti ke Melbourne, Percutian di Melbourne, bercuti di Melbourne, Berapa jam dari KL ke Melbourne, Tiket skybus, cara nak beli tiket skybus, dari airport melbourne ke bandar.


Assalamualaikum..

Kami ke Melbourne dengan menaiki pesawat AirAsia dan bertolak dari KLIA2 tepat pada jam 1.30 petang waktu Malaysia. 

Berapa jam dari Kuala Lumpur  ke Melbourne?
Penerbangan dari KL  ke Melbourne mengambil masa selama 8 jam. Kami selamat mendarat
di Tullamarine Airport tepat jam 12.10 pagi waktu tempatan. Untuk pengetahuan anda, waktu
di Melbourne adalah 3 jam lebih awal dari waktu di Malaysia.


Pemandangan Bandar Melbourne dari tingkap pesawat. 


Setelah selesai sesi bersama kastam, kami terus keluar menuju ke Terminal 1 untuk menunggu SkyBus yang telah kami tempah secara online (http://www.skybus.com.au) beberapa hari sebelum kami bertolak. Untuk pengetahuan anda, SkyBus  merupakan perkhidmatan bas yang digunakan untuk mengambil penumpang secara berulang-alik dari Tullamarine Airpot ke Southern Cross Station, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan akan berada tepat di terminal setiap 10 minit. Harga tiket SkyBus adalah AUD18 sehala. Pembelian tiket boleh dibuat secara online ataupun di kaunter.


Penulis sedang menunggu bas di Terminal 1 Tullamarine Airport. 

Pihak SkyBus juga menawarkan servis penghantaran (SkyBus Hotel Transfer Service) ke hotel-hotel terpilih di sekitar bandar Melbourne secara percuma (termasuk dalam tiket AUD18), tetapi servis ini hanya beroperasi dari pukul 6.30 pagi - 10.30 malam (Isnin - Jumaat) dan 7.30 pagi - 5.30 petang (Sabtu & Ahad). 

Oleh kerana kami tiba di Tullamarine Airport pada jam 12.10 dan selesai sesi bersama kastam pada jam 12.45 pagi, maka kami tiada pilihan lain melainkan menaiki Skybus pada jam 1 pagi menuju ke Southern Cross Station dan seterusnya menaiki teksi dari Southern Cross Station menuju ke hotel kami; Tune Hotel Melbourne yang terletak di Swanston Street.

Peta perjalanan dari Southern Cross Station ke Tune Hotel


Harga tambang teksi dari Southern Cross Station ke Tune Hotel sepatutnya dalam AUD10 sahaja, tapi kami kena game dengan driver teksi yang berasal Pakistan tu. Dia kata dia tahu jalan tapi last-last dia sendiri tak jumpa jalan maka kami kena ketuk sampai AUD15 walaupun bukan salah kami. Kejadian seperti ini bukanlah permulaan yang kami mahukan.

Kami check-in pada pukul 2.00 pagi dan terus tidur sebelum memulakan hari pertama kami di Melbourne.

Bilik kami untuk 5 hari 4 malam di Tune Hotel Melbourne.
(bersambung..)

p/s: untuk sebarang pertanyaan, boleh terus PM saya di Facebook: Blog TheSharkox atau di Instagram (@thesharkox)


Laman web rujukan:

SkyBushttp://www.skybus.com.au/
Tune Hotel Melbourne : http://www.tunehotels.com/my/en/our-hotels/melbourne/



Incoming keywords: Bercuti ke Melbourne, Percutian di Melbourne, bercuti di Melbourne, Berapa jam dari KL ke Melbourne, Tiket skybus, cara nak beli tiket skybus, dari airport melbourne ke bandar.









TheSharkomikx: Baju

11 comments

Bini saya dah separatekan baju ikut almari; Almari bilik tidur utama adalah khas untuk baju biasa, almari dalam bilik belakang adalah baju untuk ketika keluar..

Padan muka saya.

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...