//Blog @thesharkox: November 2019// November 2019 | Blog @thesharkox

G2G Animal Garden, Seri Kembangan.

0 comments

Bosan-bosan, mem suruh aku bawa Dahlia pergi ke sebuah petting zoo G2G Animal Garden, Seri Kembangan. Nak bagi Dahlia belajar pasal binatang katanya. G2G Animal Garden Seri Kembangan, farm in the city, petting zoo di Seri Kembangan, Petting zoo di malaysia, Seri kembangan
Aku tak pernah dengar G2G Animal Garden ni sebelum ni, sebab ramai orang lebih tahu satu lagi petting zoo di area Seri Kembangan juga, Farm in The City.  

G2G ni berada di dalam kawasn MARDI Seri Kembangan. Ianya Buka setiap hari bermula 10am - 6pm, tutup setiap hari Selasa.

Harga tiket (as per November 2019).
Dewasa: RM20
Warga Emas : RM15
Kanak-kanak : RM15
Budak bawah 90cm : FREE

Harga tiket G2G Animal Garden


G2G ni taklah besar sangat, sederhana saja. Tapi kawasan bersih, binatang sihat dan diuruskan dengan baik.

Ada rumah burung, rumah kucing, rumah arnab, rumah reptilia, kandang kambing, kandang rusa, ada kuda padi, ada kura-kura gergasi,  raccoon dengan apa entah lagi.


Burung Kakak Tua

Sejenis ayam di Bird Aviary
Kandang Rusa

Cat House


Haiwan-haiwan di G2G Animal Garden

OK jugaklah nak bawak anak-anak. Kira alternatif kepada Farm in The City, mesra poket.  Makanan untuk binatang pun murah.

Cuma tak ada beruang.


Cara mendaftar kelahiran anak baru lahir di JPN

1 comments
Hari ini aku pergi JPN Putrajaya untuk daftar kelahiran si Lily. Dah dekat sebulan si Lily lahir, aku baru nak daftarkan kelahiran dia. Alasan, sibuk.
how to register newborn in malaysia, how to register baby in malaysia, baby birth registration with JPN,  Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak, Cara Buat MyKid Anak, Cara Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Baru Lahir, Keperluan Untuk Daftar Sijil Kelahiran Anak
JPN Putrajaya

Macam mana nak daftar anak yang baru lahir? Kacang saja.

Kena standby:
  1. Borang pendaftaran kelahiran (JPN.LM01).
  2. IC ibu bapa bayi (Ori & fotostat).
  3. Sijil nikah (atau dokumen perkahwinan) ibu bapa bayi.
  4. Dokumen bukti kelahiran (ori & fotostat) seperti:
    • Surat Pengesahan kelahiran
    • Kad pranatal / buku rawatan ibu mengandung (buku pink).

Checklist dokumen yang perlu disediakan sebelum ke JPN.

Pendaftaran anak ada 3 kategori;
  1. Biasa (dalam tempoh 14 hari selpas tarikh kelahiran, PERCUMA)
  2. Lambat (hari ke 14 - hari ke 42) - kena denda RM5
  3. Lewat (selepas 42 hari)- denda macam-macam boleh mencapai RM70.

Pemandangan dari Aras 3 JPN Putrajaya.
Pengalaman mendaftarkan anak di JPN Putrajaya:
  1. Bangunan senang cari.
  2. Parking dekat dan banyak.
  3. Orang boleh tahan ramai walaupun aku pergi time hari Rabu.
  4. Waiting time untuk selesai, 1 jam. 

Waiting time lebih kurang sejam, atau kurang.

OK la. Senang. Tak ada apa yang nak di komplen.

CARIAN YANG BERKAITAN :

how to register newborn in malaysia, how to register baby in malaysia, baby birth registration with JPN,  Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak, Cara Buat MyKid Anak, Cara Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Baru Lahir, Keperluan Untuk Daftar Sijil Kelahiran Anak

Sesi Pelancaran realme XT di Malaysia

0 comments
Pada 30 Oktober 2019, aku mendapat jemputan ekslusif dari realme Malaysia untuk menghadiri majlis Pelancaran realme XT di Whitebox, Publika. 

Harga realme XT di malaysia, berapa harga realme XT, spec realme XT, realme XT malaysia, 
Realme XT malaysia Price


realme XT dilancarkan sebulan selepas pelancaran realme 5 dan realme 5 Pro. First time pegang realme XT, aku rasa macam realme 5 Pro, fizkal tiad beza dengan realme 5 atau realme 5 Pro, tapi bila pegang betul-betul, rasa lebih solid sebab body dia dari jenis kaca. Rasa lebih premium walaupun sebenarnya phone ini dalam kategori mid-range.

Body belakang jenis kaca Gorilla Glass 5.

Skrin 6.4 inci - Full HD+ with Super AMOLED Display.
realme XT ini merupakan smartphone yang menyasarkan pengguna fotografi dan gaming. Dengan kamera sebesar 64MP, pengguna boleh print out gambar tersebut sehingga sebesar pintu rumah tanpa pixelated (pecah). Sesuai untuk fotografer ni. 

Kalau main game macm PUBG, CODM, ML, lagi la kau boleh set high resolution terus tanpa lagging seba chipset dia SD 712. Power kot.

OK, mari bercakap mengenai spec luar dan dalam realme XT ni. 

Key features dia ialah 64MP quad camera (sensor Samsung), chipset Snapdragon 712 AIE, 6.4 inci Super AMOLED skrin, in display fingerprint sensor, 4000mAh battery, body belakang glass panel and fast charger VOOC 3.0.
Terdapat dalam 2 warna, Crystal White & Crystal Blue.

Aku paling tertarik dengan in-display fingerprint tu. Laju gila dia unlock. Basically, realme XT ialah updgrade version dari realme 5 Pro. 

Jika realme 5 Pro dijual pad harga RM1099, realme XT pula, kau tambah RM300, kau dapat extra dari segi Kamera, Skrin Amoled, fingerprint sensor, speaker Dolby Atmos, dengan body belakang jenis kaca. 

Harga jualan untuk varian 8Gb RAM + 128 Storan ialah RM1399 saja. Akan mula dijual di Lazada 11.11.19 nanti.



Lain-lain gambar semasa event.





#realmeXT, #realmeXTmalaysia

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...