//Blog @thesharkox: 2010// 2010 | Blog @thesharkox

Awek Khairul Fahmi yang tak menjaringkan apa-apa gol lagi famous dari Safee Sali. Damn!

39 comments

TheSharkomikx: 
Edisi Menang Suzuki Cup 2010
Episod: I lagi feymes dari Safee Sali tau



DAMN..tiba-tiba seorang awek menjadi sebutan orang ramai. Bertuah betullah menjadi seorang awek kepada seorang keeper yang dulunya tiada siapa yang kenal. Tapi kerana kecomelan (dan ketangkasan) keeper tersebut, awek dia yang kena tempias. Masa aku masuk blog dia semalam, followers dia dah 1000+. Tapi tadi, sebelum aku taip entri tak berapa nak mesra SEO ni, followers dia dah jadi 5041 followers. Populariti blog dia naik mencanak-canak dalam masa tak sampai 24jam!! DAMN..

Ramai gila orang buat entri pasal Khairul Fahmi Che Mat. Damn!

33 comments
TheSharkomikx: 
Edisi Menang Suzuki Cup 2010
Episod: Penalti Lembut

Kalau KFC(M) tak selamatkan penalti semalam, aku rasa Garuda Seberang menggila dah. Masa Firman 'Cannot Score Penalty'  Utina tu nak ambik penalti, aku terus hantar santau laser aku ke Gelora Bung Karno. Terus Firman 'Cannot Score Penalty'  Utina tu gatal-gatal satu badan, then buat sepakan lembut yang pada aku KFC(M) tangkap sebelah tangan dan pejam mata ajer..

Pesanan kepada Harimau Malaya: Jangan Over confident dan berhati-hati dengan laser, okay...

21 comments

Hoihoi..

Malam nanti adalah malam penentuan buat seluruh penyokong Harimau Malaya. Aku pun rasa berdebar-debar ni. Serius cuak pasal bermain di Gelora Bung Karno, apa-apa boleh berlaku. Dengan peminat fanatiknya, dengan laser hijau-nya, dengan baling botol ke dalam padangnya. Itu belum lagi cakap pasal bomoh, dukun, pawang. Paling tak boleh belah,  nak pakai godaan artis seksi lagi tu. Macam gampang pun ada.

Sebelah tangan dah pegang piala.

38 comments

Hoihoi..

Aku suka.. Gembira aku menonton bola malam tadi sambil makan bihun sup kat kedai Siam. Walaupun tak ramai penyokong Malaysia, tapi cukup untuk membuatkan aku rasa Malaysia dah sebelah tangan pegang piala yang tak pernah di pegang tu.. Kat Jakarta nanti, kira main bertahanan sambil elakkan kesilapan individu je.

Kalau ada peluang untuk mengucapkan tahniah, aku akan ucapkan tahniah kepada RAJAgopal kerana berani bawak team muda dengan taktikal yang bagus. Tahniah kepada Pengantin Baru, Shahrul Idlan Talaha kerana assist 2 gol untuk Malaysia dengan mengelecek defend Indonesia di line belakang. Aku cukup respek dengan skill dia menggelecek kat line belakang tu. Memang dia pakar. Sejak dari Sukan SEA 2009 lagi dia buat macam tu.

Preview Final AFF Suzuki Cup 2010: Fakta mengenai Malaysia vs Indonesia

20 comments

Hoihoi..

Oklah, malas nak cakap panjang. Esok punya game aku bajet Malaysia Boleh! makan Indonesia dengan jaringan 2-0. Tak kisahlah siapa-siapa pun yang score, janji menang. Kalau dah menang nanti bolehlah penyokong-penyokong kat sini bergembira sekejap sebelum battle terakhir di Jakarta. OK, meh layan sekejap trivia antara pasukan bolasepak Malaysia dan Indonesia. Penat aku buat tau. 





Cerita Bahasa Arab 9 tahun yang lalu

21 comments

Hoihoi..

Hari ni bila baca akhbarsurat pasal budak Cina kat Kelantan boleh dapat A dalam subjek Bahasa Arab PMR tahun ni (Utusan Malaysia, 24-12-2010) , aku rasa WOW..hebat gila!. Belajar setengah jam sehari boleh dapat A Bahasa Arab? Aku dulu pun ambik Bahasa Arab jugak waktu zaman sekolah, dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, tapi asyik kantoi ajer. Nak dapat A tu memang jauh sekali.

Cerita pasal Bahasa Arab dan PMR ni, aku ingat lagi seorang member aku. Waktu time Trial PMR, dia buat kerja gila dalam karangan Bahasa Arab ni. Jangan ikut cara dia ni. Sia-sia kalau buat. Dia buat macam ni;

1- Dia hafal satu karangan dalam buku teks. Karangan itu bertajuk "Berkelah di tepi pantai". Memang dia hari-hari dok hafal karangan ni, dan dia yakin takkan ada kesalahan ejaan ataupun tatabahasa nanti. 

2- Bila sampai bahagian karangan (Trial B. Arab PMR), tajuk karangan yang kena tulis ialah "Sekolahku Syrurgaku". Tapi dia bantai tulis karangan "Berkelah di tepi pantai" tu jugak. Bersungguh-sungguh. 

Bila di tanya, kenapa dia begitu berani mati buat karangan lari tajuk? Dia dengan selamba kodok jawab; "At least kertas aku takde la kosong. Nampak la ada karangan dalam tu. Dapat jugak kot markah format 5 markah..haha".




Kesudahannya? Kena bambu le dengan ustazah lepas tu. Penat-penat dia mengajar, last-last kerja takde faedah yang budak ni buat. Dapat ke markah format? Haram tak dapat. Dapat memo "Jangan main-main dengan saya" dari ustazah ada ler.. At least member aku punya bahagian karangan tu nampak 'hebat' la dari karangan aku yang hanya ada 2 perenggan saja tu. 

Harharhar

Cheers, 
Salam 1Khaifa Haluka..

p/s: Dalam PMR dapat jugak aku B..haha
p/p/s: Esok Mini Gath di Alor Setar. Klik sini


 

Dah lama dah....

25 comments


Hoihoi..

Hari Isnin hari tu, team Riuh Pagi Era bawak seorang pemanggil bertuah dia orang jumpa dengan Tun Mahathir. Bertuah sungguh budak nama Nabila tu pasal permintaan dia nak jumpa Che Det dipenuhi oleh Era hasil bantuan orang dalam yang rapat dengan Che Det.

Tapi bukan pasal pertemuan tu aku nak highlightkan. Yang aku nak highligtkan di sini ialah apabila Aznil tanya Che Det; "Tun ada tak cerita lawak tak?". Che Det pun dengan selamba menceritakan lawak dia. Lebih kurang macam ni lah;

Ada seorang ni datang pi kedai juai kuih nak beli cucur udang tapi dia marah. Dia kata; 
"Cucur Udang apa macam ni? Udang pun takdak" 
Lepas tu si penjual tu balas balik. Dia kata;
"Laa, selama ni awak beli cucur badak, takdak badak pun dalam tu"


Kahkahkahkah.. 


Aku pun tergelak guling-guling atas lantai. Si Aznil, Ray, Hanif dan semua yang ada kat situ tergelak terbahak2 dan terguling-guling sampai keluar buih (Ok ini aku tipu). Pandai jugak Tok Wan ni buat lawak. Memang kelakau macam tupailah orang tua tu.  Then aku pun post la dekat Facebook pasal lawak cucur udang dengan cucur badak itu. 

Tak sampai 5 minit, adalah langau-langau pergi hinggap kat wall aku lalu melemparkan kata-kata busuk seperti; 
"Lawak dah lapok kot." -Aben
"Macam pernah dengar je lawak tersebut." -Pengantin Baru, Ira
"Aku sejak dlm perut mak aku lagi aku dah dengor lawak ni."Pijit
"Lawak ni bukan dah lame ke?" -Esah
"DAH LAMA DAH lawak tu.. Lawak king pun dh pernah buat lama dah.. Itu pun dia org ambik lawak dari zaman bile ntah..hahaha" -Paeh



APA NAMA??? Lawak cucur udang ni pun aku tak pernah dengar?? Memang sah aku ni ketinggalan zaman. DAMN! DAMN!! DAMN!!!


Cheers,
Salam 1Cucur Badak


p/s: Raja Lawak? Lawaking? Sory, not my type. 
p/p/s: View video Riuh Pagi Era bersama Tun Mahathir di sini
p/p/p/s: Siapa rasa nak join Mini Gathering kat Alor Setar 25-12-2010, sini jugak ada klik

Jumpa Yuna malam semalam

34 comments

Hoihoi..

Ni nak cerita sikit. Malam semalam aku pergi mana entah. Aku tak tahu tempat tu kat mana dan aku tak tahu kenapa aku ada kat situ. Aku rasa first time aku kat situ. Ok then aku jalan-jalanlah kat kawasan tu. Tak ada orang. Sunyi semacam ajer.

Entah macam mana tetiba si Yuna ada kat belakang aku. Aku terkejutlah macam mana minah ni tetiba boleh ada kat belakang aku ni, tadi dia takde. Tetiba lagi aku berada kat tempat lain pulak. Entah kat mana aku pun tak tahu jugak. Hairan, tadi kat tempat lain, ni kat tempat lain pulak. Lepas tu Yuna ajak aku pergi rumah dia. Rumah dia sebijik macam rumah lama aku. Rumah ketika aku masih budak kecik. Eh, macam mana tetiba boleh ada kat rumah lama aku pulak ni? 

Kemudian, si Yuna ajak pergi swimming pool belakang rumah dia. Aku hairan lagi. Macam mana rumah teres ada swimming pool? Arghh...tension ni. Lepas tu selamba pulak ajak aku pergi swimming pool. Mana aku bawak spender berenang masa tu. Kemudian aku tanya Yuna.


"Yuna, boyfriend U tak marah ke keluar dengan I?"
"Boyfriend I? Siapa??"
"Qi, yang berlakon cerita Blogger Boy tu lah.."
"Oh, Qi? He is nobody-lah."
"Oh yeke....baguslah macam tu..hehehe"

Lepas tu aku taktau apa yang jadi pasal aku terbangun dari tidur tak tahan nak terkencing. DAMN, aku mimpi rupanya! Aku pun tak tahu kenapa aku boleh mimpi dating dengan Yuna. Aku mengakulah aku memang admire Yuna and all her songs. 

Aku memang hafal lagu-lagu Yuna (walaupun lirik selalu salah) macam Dan Sebenarnya, Greek Goddess, Backpacking Around Europe, Lie To Me With Style, Super Something, Gadis Semasa dan lagu apa lagi entah aku lupa. Tapi takkan la benda tu boleh masuk dalam mimpi kot?? Oh, mungkin aku set-kan lagu dia dalam folder Layan Tidur dalam SONY MP3 player aku kot sehingga membuatkan aku termimpi-mimpikan dia. 


Nasib baik tak basah tilam aku. Kalau tak, kena mandi berniatlah jawabnya..

Harharhar

Cheers,
Salam 1Mimpi.

p/s: Ingat nak angkat iPad lah




Bye-bye Vietnam. Cuba lagi 2 tahun yang akan datang

21 comments


Hoihoi..

Tahniahlah anak buah Rajagopal. Bawak team tempang, muda dan takde import pun boleh masuk final ye. Masa 2 tahun lepas, Sathianathan bawak team terkuat pun, kantoi kat peringkat kumpulan. Masa tu banyak sangat Star kot, tu pasal tak boleh lepas. Tahniah kepada Izzat pasal ko predict tepat. Aku pun rasa Malaysia memang main untuk seri je malam tadi. 

Malam tadi aku tengok kat kedai mamak sambil. Berdebar-debar rasa bila tengok Vietnam dok attack je. Nasib baik defend kental dan keeper Malaysia cekang. Aku dah agak dah, mesti Malaysia main bertahan punya. Overall, Vietnam memang pegang game malam tadi. Puji jugaklah Vietnam pasal banyak main one-two touch football. Malaysia pulak dok main dapat bola terus pump kat striker. Ada beberapa chances nak gol tak gol pulak. Takpe lah. Mainlah macam mana pun, janji menang. 

Ramalan aku Malaysia vs Vietnam

12 comments


Vietnam terus terang kata nak main cara menyerang. So tak mustahil dia orang boleh menjaringkan gol. Di tambah pulak dengan sokongan puluhan ribu fans dorang (dan juga beberapa orang bomoh Vietnam serta pancaran laser hijau ke arah keeper Harimau).

Rajagopal masih lagi merahsiakan taktikal. Pada aku yang kaki bangku ni, aku rasa baik main bertahan sambil melakukan counter attack, masih juga berpeluang menjaringkan gol. Tapi main bertahan ni selalunya makan diri. Korang rasa?

Cara-cara untuk mengatasi masalah Google Redirect ke Arama Search

23 comments


Hoihoi..

Hari ini aku ada satu problem. Problem aku hari ini ialah Google search engine aku jadi bengong. Bila aku nak cari bahan dalam google, tetiba satu page bodoh ni keluar. Macam yang kat dalam gambar bawah ni. Menyusahkan aku nak cari bahan ajer. 


Aku pun tension gila lah pasal bila check dekat internet, benda ni depa kata Trojan. Trojan apa entah aku tak ingat. Tapi yang pasti, Trojan ni datang dari Pop-Up Advertisement. Aku teringat balik yang aku ada ter-klik dekat iklan apa entah masa aku nak download something from Ziddu.com or LinkBucks.com. Lepas tu baru jadi macam ni. Bila scan, memang NOD32 aku detect trojan tu, dia menyorok dalam My Document. Tapi masalah Redirect ke Arama Search tu tak selesai jugak. Hangin satu ponggong!

Tapi last-last aku jumpa jugak cara nak buang benda ni. Senang macam makan kacang cap tangan. Kucing buta kudung kaki pun boleh buat. Kalau dah terkena esok lusa, jangan cuak. Tak payah format pun. Cuma edjas sikit dalam System32. Aku dah buat dan Alhamdulillah, berhasil. 

Cara-caranya ialah macam ni ha..

Aku dah kata dah Harimau boleh menang malam tadi

21 comments

Hoihoi..

Aku agak dah, menang punya..Apa barang sangat Vietnam. Esok paper mesti puji melambung-lambung habis la. Kata permainan terbaiklah, persembahan terpujilah, bakal menjadi Raja Bola Asia lah, macam-macamlah. Biasalah, bila menang, puji la. Sanjung tinggi-tingi sampai berlubang langit. Cuba kalah macam kena lauk dengan Indonesia hari tu, aku rasa berbakul-bakul kena maki sampai bernanah telinga. Ingat lagi paper kata apa lepas kena ayam dengan Indon? Kutuk habis-habisan doh. Ah, tipikal Malaysian newspaper..

Adakah korang pernah bercita-cita menjadi seorang konduktor bas?

33 comments

Hoihoi..

Apa macam dengan hujung minggu korang? Penuh dengan kenduri kan? Mesti perut penuh dengan nasik minyak dengan air sirap. Samalah macam aku. Aku minggu lepas pergi kenduri best friend aku. Selamat pengantin baru kepada IRA dan laki dia, HANIF. Tapi bukan pasal kenduri aku nak cerita, aku nak cerita pasal konduktor bas muda. 

Korang pernah jumpa konduktor bas umur 20-an? Aku sebelum ni memang serius tak pernah jumpa sebelum ni. Biasanya konduktor ni berumur tahap pakcik-pakcik. Paling muda pun 30-an. Tapi Jumaat lepas masa aku naik bas nak balik ke Alor Setar, konduktor dia seorang remaja. A TEENAGER! I think he's just  around 18-20 years old something-lah.

Masihkah korang ingat apa yang korang buat lepas habis SPM??

26 comments

Hoihoi

Hoyeah.. SPM dah habis bagi sesetengah student (kot). Aku dah 7-8 tahun tinggalkan dunia SPM ni. Dulu masa sekolah, tau nak bagi SPM cepat habis ajer, lepas tu masing-masing menanam cita-cita nak cari kerja. Yeah, mencari kerja lepas SPM memang popular. Macam-macam kerja boleh buat. 

Aku dulu pun sama jugak. Lepas ajer habis SPM mulalah aku mencari kerja. Macam-macam kerja yang aku cari. Mula-mula aku nak cari kerja kat KFC. Biasalah, pemikiran tipikal budak-budak lepas SPM mesti dia nak kerja kat fast food joint. Tempat aku masa tu, KFC memang legend-lah. Ramai berebut-rebut apply nak kerja kat sana. Bila aku tengok ramai sangat apply, lepas tu ada interview yang belum tentu dapat, aku pun jadi malas nak apply. So aku beralih ke pasaran kerja yang lain dalam sektor minyak dan gas; jawatan pump attendance di stesen minyak.

Malang bagi aku, tiada kekosongan sebagai pump attendance di stesen minyak. Mungkin kerana aku mempunyai wajah Melayu asli. Kalau aku ada iras-iras Mat Bangla atau pun Mat Nepal, aku rasa aku dapat dah. Kecewa dengan sektor minyak dan gas, aku apply di sektor industri makanan; Kedai Mamak

Masihkah korang ingat lagi dengan peristiwa 1432 tahun yang dulu??

18 comments

Salam..(Wah, bagi salam! Sebelum ni hoihoi ajer)
Adakah korang masih ingat lagi peristiwa penghijrahan Rasulullah (SAW) dari kota Mekah ke kota Madinah yang sering diceritakan oleh Ustaz dan Ustazah masa korang pergi sekolah agama rakyat dulu? Ingat lagi ke tak? Kalau tak ingat, meh aku lempang laju-laju se-das dua. Benda-benda macam ni lupa, lirik lagu Lady Gaga korang ingat pulak kan? 

Tips yang sesuai untuk menjimatkan minyak, senang gila

34 comments

Hoihoi..
Minyak naik lagi minggu ni, amacam? Terbaik kan? Beberapa hari lepas harga RON97 naik dari RM2.15 seliter kepada RM 2.30 seliter. Pada orang yang macam aku, yang hanya memandu Proton Saga tahun 1987 dan motor Kriss, kenaikan harga RON97 tidak membebankan aku. Pasal apa? Pasal aku pakai RON95 ajer. Ketika itu RON95 masih maintain harga RM1.85 seliter. 

Tapi hari ini, aku rasa 'sedikit' terkesan pasal RON95 pun naik 5 sen. Huh..naik 5 sen bermakna teh tarik akan jadi RM1.20 sebungkus di tempat aku. Kalau di KL, wallahualam lah..Itu kena tanya orang KL. Habislah pakat naiklah barang lepas ni..hukhukhuk

So, aku ada satu tip paling senang untuk menjimatkan minyak yang mahal ni. Serius senang. Kalau nak follow, silalah follow. Caranya ialah...

Review Malaysia vs Indonesia: Apakah Faktor kekalahan Malaysia malam tadi??

34 comments

Hoihoi..
Amacam game malam tadi? Best kan? Aku serius sheet kecewa gila babis dengan result malam tadi. Malam tadi aku tengok kat kedai Siam. Kedai tu tak ramai. Ada beberapa orang je penyokong Malaysia, termasuk aku. Sambil layan bola sambil makan megi goreng. Mula-mula bila tengok Shahrul Idlan score awal, aku seronok dah. Aku bajet boleh menang ni. 

Tapi bila Gonzalez tu score, aku rasa betullah tekaan aku, seri 1-1 kot. Tapi bila Asrar tolong bubuh gol untuk Indonesia, aku rasa "Ah, sudah..takkanlah kalah kot. Sempat lagi ni". Tapi bila dah sampai kena 4 bijik, aku pun terus belah. Aku cakap dalam hati "Adeh, kena 4 bijik". Pagi tadi, bila bangun benda pertama sekali aku bukak ialah Sukan Kosmo. Nah, 5-1!!!!! What the fisherman???? Aku ingatkan setakat 4 ajer.

Mari kaji faktor-faktor kekalahan Harimau kepada Garuda semalam (menurut pandangan mata aku sambil makan megi goreng).

Mari bertaruh siapa menang malam ni, Malaysia atau Indonesia??

10 comments

Hoihoi..
Jangan lupa tengok Piala Suzuki 2010, Malaysia lawan Indonesia malam ini di saluran Star Sport pukul 8.30 malam waktu Malaysia. Depa kata Malaysia ni team bawah-anjing ajerAyuh Rajagopal, buktikan team kita bukan team bawah-anjing macam yang mereka cakap tu. Kita adalah team bawah-harimau! Baiklah, mari kita bertaruh secara halal, siapa menang malam ni. 

Aku bajet malam ni seri 1-1. Korang rasa??

Laki Rita Rudaini atau pun balak Ayu Raudhah tu??

p/s: But dah warna warni macam coklat M&M, kalau tak boleh skor jugak aku taktau la.
p/s/s: Aku bajet Indonesia dengan Vietnam confirm masuk semi.


+Picture credited to

Masihkah korang ingat lagi kali pertama menggunakan Internet?

31 comments

Hoihoi..
Masihkah korang ingat lagi kali pertama menggunakan Internet? Aku ingat lagi kali pertama aku menggunakan internet. Masa itu umur dalam 12 tahun kot. Time tu kalau cakap pasal internet, ada satu je yang aku tau dalam kepala otak aku; chit-chat. Berchatting tu mestilah menggunakan Internet Relay Chat (mIRC). Yup. MiRC memang hit gila babis suatu ketika dulu. Aku begitu gilakan mIRC masa tu. Masa tu mana ada YM, FB chat dan Twitter lagi macam sekarang.

Channel yang paling popular masa tu yang aku selalu masuk ialah #kampung dengan #mamak. Entah kenapa nama channel tu macam tu jangan tanya aku. Aku pun tak tahu apa yang seronoknya chit-chat masa tu. Dapat chit-chat dah kira hebat sangatlah tu dalam dunia komputer. Bila bapak aku tanya buat apa pergi CC, aku dengan bangga menjawab "Pergi main chit-chat". 

Benda yang paling selalu budak-budak macam aku buat masa tengah chat itu ialah TIPU UMUR. Bila tanya ajer a/s/l, mesti aku jawab 24,m,Prk (24, male, Perak). Keji sungguh, menipu umur 24 tahun padahal masa tu baru 12 tahun. Kalau tak, siapa nak layan kalau aku cakap umur 12 tahun kan? Entah-entah orang yang aku chat tu pun sama je menipu umur. Harharhar

Untuk membangkitkan kembali nostalgia itu, aku pun download mIRC tadi. Tapi bila dah install, aku dah lupa macam mana nak pakai. Tak sampai 2 minit aku uninstall balik. Bagus jugak aku tak reti pakai mIRC ni. Kalau tak mesti aku ketagih nanti. Cukup-cukuplah dengan  FB ajer. 

Masihkah korang ingat lagi dengan akaun Friendster korang??

35 comments


Hoihoi...
Berapa lama dah korang ada Facebook dan Twitter? Lama dah? So, berapa lama dah korang tinggalkan Friendster yang suatu ketika dulu begitu hit?? Ada 2 tahun? Aku rasa aku punya dah dekat 10 bulan tak bukak. Bukan pasal apa, kat tempat aku ni dorang block FS. So, hari ni aku kasi check balik FS aku.  WOW..sudah banyak berubah beb. Dah tak macam FS yang dulu-dulu. 

Banyak gila cedok dari FB dan My____ punya function. Takpelah, nak kekal kompetitif, kena la saling tiru meniru kan? Masalahnya, masih kompetitif kah?? Hoho

Apa rasanya bila burung di potong menggunakan gunting pokok bunga??

33 comments

Hoihoi
Haha..bila baca entry bro etomyam  dan Hamzah pasal bersunat, aku teringat masa zaman aku kena potong dulu. Aku potong masa darjah 4 ke darjah 5 entah. Aku lupa. Parent aku dah setting kawtim dengan tok aku masa tu untuk kasi potong aku dengan adik aku punya burung serentak. Masa nak tau nak kena potong tu, aku kata "Ah sudah. Mamposs aku. Saat yang paling digeruni oleh kanak-kanak lelaki ketika itu sudah muncul. 

Lepas tu mulalah kawan-kawan aku yang dah bersunat masa tu membuat psiko. Yang tipikal akan cakap "sakit macam kena gigit semut je". Sampai sekarang orang percaya mitos sakit macam semut tu. Lepas tu  ada yang kata jarum dia besar lengan, gunting dia macam gunting potong pokok bunga yang besar tu, ada kata doktor silap potong, terpotong semua terus takde burung budak tu. Ah, babis betul siapa yang cakap terpotong habis semua tu. Macam gampang!

Apakah National Conference on Rural ICT Development??

11 comments

Hoihoi
Ok. Minggu ni tak ada apa-apa yang pelik berlaku dalam hidup aku. Macam biasa bangun terus on laptop, menghadap Facebook, check emel kot-kot ada job baru yang boleh bagi duit, check komen-komen kat blog kot boleh gelak-gelak, lepas tu baca paper. Biasa. Tipikal. Kitaran hidup yang simple.

Cuma minggu ni aku pergi satu conference. Tak jauh pun. Kat luar UUM lebih sikit je. Kat Executive Development Centre (EDC). EDC ni kiranya macam hotellah. Kalau UiTM ada hotel dia sendiri, UUM pun ada hotel dia sendiri jugak. Bukan pasal EDC yang aku nak cerita. Tapi pasal Conference ni.

Conference Rural ICT Development (RICTD) ni kali ketiga fakulti aku buat. Sebelum ni tahun bila entah dorang buat, aku lupa. Aku pergi sebagai peserta ajer. Tak macam sebelum ni, aku jadi presenter di  Bali hujung bulan September (CIMSim 2010) dan Penang awal bulan ni (ICOQSIA 2010). 

Itupun pasal dorang suruh pergi. Kalau ikutkan baik aku duduk kat lab buat kerja aku sendiri. Tapi dah dorang cakap "Pergilah, free ajer. Ada makan free kat EDC",  terus aku pergi. Yelah, makan kat tempat macam hotel memang sedap kan? Sudahlah sedap, free pulak tu.

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...