//Blog @thesharkox: Lawaks// Blog @thesharkox
Showing posts with label Lawaks. Show all posts
Showing posts with label Lawaks. Show all posts

Dah lama dah....

25 comments


Hoihoi..

Hari Isnin hari tu, team Riuh Pagi Era bawak seorang pemanggil bertuah dia orang jumpa dengan Tun Mahathir. Bertuah sungguh budak nama Nabila tu pasal permintaan dia nak jumpa Che Det dipenuhi oleh Era hasil bantuan orang dalam yang rapat dengan Che Det.

Tapi bukan pasal pertemuan tu aku nak highlightkan. Yang aku nak highligtkan di sini ialah apabila Aznil tanya Che Det; "Tun ada tak cerita lawak tak?". Che Det pun dengan selamba menceritakan lawak dia. Lebih kurang macam ni lah;

Ada seorang ni datang pi kedai juai kuih nak beli cucur udang tapi dia marah. Dia kata; 
"Cucur Udang apa macam ni? Udang pun takdak" 
Lepas tu si penjual tu balas balik. Dia kata;
"Laa, selama ni awak beli cucur badak, takdak badak pun dalam tu"


Kahkahkahkah.. 


Aku pun tergelak guling-guling atas lantai. Si Aznil, Ray, Hanif dan semua yang ada kat situ tergelak terbahak2 dan terguling-guling sampai keluar buih (Ok ini aku tipu). Pandai jugak Tok Wan ni buat lawak. Memang kelakau macam tupailah orang tua tu.  Then aku pun post la dekat Facebook pasal lawak cucur udang dengan cucur badak itu. 

Tak sampai 5 minit, adalah langau-langau pergi hinggap kat wall aku lalu melemparkan kata-kata busuk seperti; 
"Lawak dah lapok kot." -Aben
"Macam pernah dengar je lawak tersebut." -Pengantin Baru, Ira
"Aku sejak dlm perut mak aku lagi aku dah dengor lawak ni."Pijit
"Lawak ni bukan dah lame ke?" -Esah
"DAH LAMA DAH lawak tu.. Lawak king pun dh pernah buat lama dah.. Itu pun dia org ambik lawak dari zaman bile ntah..hahaha" -Paeh



APA NAMA??? Lawak cucur udang ni pun aku tak pernah dengar?? Memang sah aku ni ketinggalan zaman. DAMN! DAMN!! DAMN!!!


Cheers,
Salam 1Cucur Badak


p/s: Raja Lawak? Lawaking? Sory, not my type. 
p/p/s: View video Riuh Pagi Era bersama Tun Mahathir di sini
p/p/p/s: Siapa rasa nak join Mini Gathering kat Alor Setar 25-12-2010, sini jugak ada klik

Apa kaitan antara Gunung Merapi dan Susu??

33 comments

Hoihoi..
Dulu entah bila, aku keluar pergi jalan-jalan dan cuci mata yang tak berapa nak bersih ni kat shopping complex mana entah dengan seorang member aku ni. Nama dia Romzey (bukan nama betul). Biasalahkan, kalau berjalan di shopping complex, mestilah ramai makhluk berjantina perempuan kan? Dan biasalah, kalau dah namanya seorang lelaki, time berjalan tu, mata mana boleh untuk tidak tertarik atau terlepas pandang menyaksikan pelbagai saiz 'Gunung Merapi' di dalam shopping complex tu kan? Got what i mean?

Then, member aku ni pun spesis mata yang boleh-tahan-jugak-keranjangnya. Eh, silap. Bukan boleh tahan dah, dah-teruk-gila-keranjangnya. Masa jalan-jalan,  kawan aku ni suka buat body scan menggunakan mata X-Ray dia itu. Tiba-tiba dia ter-scan sorang minah ni. Agak lama dia memerhati. Tak lekang pandangan mata dia kat minah tu. 

Cendawan Oh Cendawan..Khas untuk peminat cendawan goreng di luar sana

36 comments

Hoihoi..
Minggu ini ialah Minggu Cendawan. Sana-sini cendawan. Sup cendawan, cendawan goreng, nasik goreng cendawan dan macam-macam lagilah. Sampai member  Theo 'Murshidi' Walcott aku pun panggil aku Mat Cendawan. Macam gampang sungguh dia. Kalau nak kata aku ni macam Mat Rempit takpe jugak..


Mentang-mentanglah minggu ni cerita pecah panggung RM40juta tu ditayangkan, habis kecoh satu Malaya. Kecoh pasal apa. Pasal dok mengata rambut dia lebih dari mengata filem dia. Kesian dia weh. Korang mengata rambut dia. Aku tak kisah kalau korang nak kutuk atau kritik filem dia. Itu hak korang. Tapi janganlah kutuk rambut dia. Rambut trademark dia macam tu korang kata rambut cendawan. What the Hair man?? Apa salah rambut dia dekat korang?? Siap buat fanpage benci rambut dia kat Facebook tu.. Macam tak de kerja lain dah nak buat. Padahal rambut Justin Bibir pun 2X5 ajer, korang tak pulak kutuk budak tu!! 

Biarlah rambut dia macam tu. At least dia nak sikat rambut dia macam tu tak mintak sikat korang kan?? Aku cukup tak paham dengan orang Malaysia ni. Kutuk cukup kuat, memang nombor 1. Padahal korang sendiri tak tengok lagi filem tu kan?? Cis, memang dasar Tipikal 'Malaysian' People sungguh. 

Dato', saya backing Dato' ni. Takkan tak dapat tiket free tengok 2 Alam kat panggung Aneka Mall, Jitra kot. Minggu lepas saya memang nak pergi. Tapi masa tu Raya Haji, susah la sikit. Bertambah susah bila full house dekat Aneka Mall tu. Hampa saya..

Kisah tragis seorang budak semasa Raya Haji 13 tahun yang lalu

28 comments

Hoihoi..
Selamat Hari Raya Haji tahun 2010 mengikut kalender Gregorian. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat duit raya haji? Eh, ada ke orang bagi duit raya haji? Ok, tukar soalan. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat daging korban percuma? Dah dapat tu korang nak buat lauk apa? Aku cadangkan korang buat daging masak kurma. Lepas tu silalah hantar ke rumah makcik aku kat Alor Setar tu ye. Terima Kasih banyak-banyak. 

Lepas sembahyang raya tadi, apa yang korang buat time raya haji biasanya? Kalau balik-balik terus baca blog sampah-merapu ini, takpe.  Tapi lepas baca tu, jangan lupa tinggalkan komen. Nak tinggalkan duit pun bolehhh..Lepas tu terus tolong mak korang ye. Tak pun tolong pergi ke masjid. Tolong pergi melapah daging. Tak kiralah daging lembu ke, kambing ke, unta hatta zirafah sekalipun. 

Oh, bercakap pasal melapah daging pada hari raya haji ni, teringat satu cerita masa aku raya haji time kecik-kecik dulu. Ceritanya berkaitan seorang budak yang 1st time dalam hidupnya pergi tengok orang sembelih lembu korban. Masa tu budak tu umur dia 11 tahun. Baru darjah 5. 

Pergi Toilet Perempuan kejap

25 comments



Hoihoi..
Semalam masa tengah buat kerja (konon), supervisor aku, Prof. Fadzilah kata dia nak pergi meeting. Oklah, dia pun pergilah. Dalam masa tak sampai 300 saat, dia call..

"Eh, saya tertinggal staff card sayalah, awak tolong ambilkan"
"Boleh, kat mana?"
"Kat toilet perempuan"
"Hah????"

The real reason why Rooney dropped by Coca Cola

5 comments



Why on earth, Coca Cola remove Roo's image from their Zero Diet campaign?
Do you think it's because of his sex scandal??




Nope..
The sex scandal is just to cover up the truth

The truth is..

Road to Bali: Nak Sembahyang pun kena bayar...haha

7 comments

Hahaha...ini memang tak boleh belah.
Nak sembahyang pun kena cas sampai 2000
Mentang2 lah kat Bali tak ada masjid 
(tak nampak lagi masjid setakat ni)
Nak lebih lawak, makcik yang jaga 'surau ni' beragama Hindu
Harharhar

Suatu hari bersama Aziz

9 comments



Suatu hari, member aku nama dia Aziz dari Ethiopia tanya kat aku

"My friend, i want to buy a motorcycle, how much?"
"U can get a quite good condition 2nd hand motorcycle at price range from RM2000-RM2500"
"WOW...it's expensive!"
"U still can get a motorsikal price below than that, but the condition is not so good"
"I think better i kensel my niat to buy motorlah" kata aziz
"WHY??"

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...