//Blog @thesharkox: UUM// Blog @thesharkox
Showing posts with label UUM. Show all posts
Showing posts with label UUM. Show all posts

Kesian, konvo kena tunda..

15 comments



Hoihoi.
Yeah, cerita konvo episod ke 3. Mungkin episod yang last pasal konvo. Atau mungkin episod second last. Ah, tak kisahlah. Kalau episod sebelum ni aku ada bagitahu pasal konvo dalam hujan+banjir, tapi yang hari ini punya (2 November 2010) lagi ganas; Konvo Batal Terus.  Ye, batal terus. Settle. Langsung tak ada apa-apa majlis hari ke 3 ni. Kalau hari pertama dengan kedua majlis still berjalan walaupun hujan lebat, tapi hari ke 3, sorry to say lah. Hai hai bai bai..

Aku sendiri tak tahu langsung pasal kes konvo ni batal sebenarnya. Bangun pagi tadi dalam pukul 8, roomate aku, Kuan tanya:

"Ada dengar berita pasal konvo batal??"
"Ha, tak tahu pulak." aku
"Junior saya kata konvo batal, dia dah siap ambik transkrip dah."

Wohooo.... terus aku tanya member aku yang nak datang teman awek tunang dia (Zura) konvo. Nama dia Dzul Azzwan, orang yang paling  'disayangi' oleh UUM suatu ketika dahulu..Harharhar. Dia cakap "A ah, dah tunda, dia orang bagitahu dalam TV"

Sebelum tu, member aku dari KL, Zaini dan awek tunang dia jugak (Wani) tanya keadaan banjir di Pekan Changlun. Eh, macam aku ni penyampai berita cuaca pulak dah rasanya. Dari malam tadi orang tanya aku pasal perkembangan hujan dan banjir di changlun. Padahal aku tau cerita pun dari fesbuk orang lai.n  Aku reply mesej Zaini agak lambat. Tak lama lepas tu dia reply balik "Teman udah patah balik chor...deme kate udoh kensel konvonye..". Uih, pekat betul loghat Perak. 

Secara resminya, memang tundalah konvo UUM hari ke 3 ini. Ish ish ish...kesian. Tu la, siapa suruh korang konvo time-time macam ni. Budak-budak yang patut konvo hari ni confirm frust menonggeng dan meronggeng sehingga jatuh berguling-guling. Maunya tak frust. Cuaca pada hari ini adalah baik, tidak hujan, cuma mendung ajer.  Penat datang jauh-jauh katanya. Nak buat macam mana makcik, ah dia orang kata tunda, tunda ajer la..

Zura kata tak dapat ambik skrol kat atas pentas hari ini pun takpe lah, janji ada gambar pakai jubah. Ada jugak gambar, dari takde kan. Ok, mari bergambar...Oh Yeah..

Mereka Konvo dalam hujan

20 comments



Hoihoi
Cerita pasal konvo lagi. Masa aku konvo tahun lepas, tengahari tu hujan. Ada yang masuk dalam Dewan Muadzam Shah (DMAS) dalam keadaan basah lencun. Aku terlepas dari keadaan tersebut, kerana aku seorang yang suka datang awal. So, orang datang awal berhak untuk tidak kena hujan. konvokesyen UUM ke 23, konvokesyen uum dalam hujan, banjir di UUM, konvo dalam banjir, UUM tenggelam, banjir di UUM 2010, Gambar banjir di UUM 2010

But in the end, lepas kami keluar dari dewan petang tu, hujan dah berhenti. Jadi sempat la bergambar beramai-ramai depan DMAS masa tu. Tapi tak lama, kami hanya sempat ber-camwhore  beramai-ramai dalam 20-30 minit saja, pasal lepas tu, hujan balik.

Perkara yang sama berlaku bila konvo kepada budak-budak tahun ni. Hujan. Hujan kali ini ya amatlah lebat. Hujan dari semalam (31 October 2010) start pukul 10pagi lebih kurang sampai la sekarang ni (1 Nov 2010, jam 1.30 pm) tak berhenti-henti. sudah lebih 24 jam beb. Roomate aku, Mat pun konvo jugak semalam. Tapi tak sempat nak pergi jumpa dengan dia pasal hujan tak berhenti langsung. Dia pun ada urusan lain lepas tu. Ok, takpalah Mat.  

"Selamat konvo dalam hujan aku ucapkan".

Harharhar..

Suatu hari bersama Aziz

9 comments



Suatu hari, member aku nama dia Aziz dari Ethiopia tanya kat aku

"My friend, i want to buy a motorcycle, how much?"
"U can get a quite good condition 2nd hand motorcycle at price range from RM2000-RM2500"
"WOW...it's expensive!"
"U still can get a motorsikal price below than that, but the condition is not so good"
"I think better i kensel my niat to buy motorlah" kata aziz
"WHY??"

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...