//Blog @thesharkox: Konvo// Blog @thesharkox
Showing posts with label Konvo. Show all posts
Showing posts with label Konvo. Show all posts

Kesian, konvo kena tunda..

15 comments



Hoihoi.
Yeah, cerita konvo episod ke 3. Mungkin episod yang last pasal konvo. Atau mungkin episod second last. Ah, tak kisahlah. Kalau episod sebelum ni aku ada bagitahu pasal konvo dalam hujan+banjir, tapi yang hari ini punya (2 November 2010) lagi ganas; Konvo Batal Terus.  Ye, batal terus. Settle. Langsung tak ada apa-apa majlis hari ke 3 ni. Kalau hari pertama dengan kedua majlis still berjalan walaupun hujan lebat, tapi hari ke 3, sorry to say lah. Hai hai bai bai..

Aku sendiri tak tahu langsung pasal kes konvo ni batal sebenarnya. Bangun pagi tadi dalam pukul 8, roomate aku, Kuan tanya:

"Ada dengar berita pasal konvo batal??"
"Ha, tak tahu pulak." aku
"Junior saya kata konvo batal, dia dah siap ambik transkrip dah."

Wohooo.... terus aku tanya member aku yang nak datang teman awek tunang dia (Zura) konvo. Nama dia Dzul Azzwan, orang yang paling  'disayangi' oleh UUM suatu ketika dahulu..Harharhar. Dia cakap "A ah, dah tunda, dia orang bagitahu dalam TV"

Sebelum tu, member aku dari KL, Zaini dan awek tunang dia jugak (Wani) tanya keadaan banjir di Pekan Changlun. Eh, macam aku ni penyampai berita cuaca pulak dah rasanya. Dari malam tadi orang tanya aku pasal perkembangan hujan dan banjir di changlun. Padahal aku tau cerita pun dari fesbuk orang lai.n  Aku reply mesej Zaini agak lambat. Tak lama lepas tu dia reply balik "Teman udah patah balik chor...deme kate udoh kensel konvonye..". Uih, pekat betul loghat Perak. 

Secara resminya, memang tundalah konvo UUM hari ke 3 ini. Ish ish ish...kesian. Tu la, siapa suruh korang konvo time-time macam ni. Budak-budak yang patut konvo hari ni confirm frust menonggeng dan meronggeng sehingga jatuh berguling-guling. Maunya tak frust. Cuaca pada hari ini adalah baik, tidak hujan, cuma mendung ajer.  Penat datang jauh-jauh katanya. Nak buat macam mana makcik, ah dia orang kata tunda, tunda ajer la..

Zura kata tak dapat ambik skrol kat atas pentas hari ini pun takpe lah, janji ada gambar pakai jubah. Ada jugak gambar, dari takde kan. Ok, mari bergambar...Oh Yeah..

Kos kau tu susah nak dapat kerja

52 comments



Hoihoi..

Minggu ni minggu konvo kat UUM. Jadi kalau minggu ni aku asyik cerita pasal konvo ajer, kau orang jangan geli ketiak pulak ye? Biasalah, 'konvoseksyen' ini datang 2 kali ajer setahun. Aku pun tak pernah buat entri pasal konvo lagi kan? So, biarlah aku nak poyo buat pasal konvo ajer minggu ni..Oh, by the way, aku dah konvo lama dah. Kalau menurut gambar dalam kontestis Mortar Board, aku bergraduasi pada Mac 2009. tags;  konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23,  Pesta Konvo UUM, UUM, peluang pekerjaan dalam bidang IT, masalah pengangguran dikalangan rakyat malaysia, peluang pekerjaan pada masa akan datang
Tapi sekarang buakan aku nak cerita pasal aku punya konvo yang dah jadi sejarah dah tu. Tidak. Cuma aku teringat kejadian pada tahun 2005 dulu, masa mula-mula aku dapat tau yang aku dapat offer buat degree ke UUM, dalam kos Multimedia. Waktu isi borang UPU dulu kos multimedia UUM ini aku letak sebagai pilihan ke 5-7. Memandangkan keputusan matrik aku sangatlah jahanam, maka aku tidak meletakkan sebarang kos berkaitan teknikal seperti engineering atau pun kos yang ada kaitan dengan matematik, fizik dan kimia.

Kerana apa? Kerana result matrik aku memang tak layak aku untuk apply kos-kos engineering ni. Memang dah takde nafsu syahwat dah dengan engineering (semua gara-gara result jahanam tu lah).Walaupun ada member yang cakap ko try ajer engineering, tapi aku taknak jugak. What for?? Untuk berasa bangga blia balik raya makcik-makcik tanya "kau mengaji kos apa kat universiti tu?", dan dengan kembang hidung beritahu "kos trigonometrik engineering maklang", macam tu?

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

15 comments
tags; CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly, konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23,  Pesta Konvo UUM, UUM,
Hoihoi..
Musim konvo datang lagi.Oh yeah.. Musim konvo hanya akan tiba sekitar bulan Mac-April dan juga Oktober-November. Sekarang ni pihak-pihak universiti awam kat Malaysia ni dok giat nak berkonvo. Uni aku jugak nak join juga bab-bab konvo ni. Mana boleh dibiarkan. Uni lain konvo, uni kita pun kena konvo jugak. Uih, tapi entri ini bukan untuk cerita bab konvo, tapi cerita bab gambar konvo.

Ok, masa jalan-jalan cari pelempang tadi, aku terjumpa satu kontest ni. Macam menarik dan menaikkan nafsu pun ada. Nama dia  CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly. Serius sheet, aku tak faham kenapa ada Cantik Dalam Huduh tu. Rupa-rupanya blog tu punya tagline..ish ish ish..

Maka nak dijadikan filem, oleh kerana aku pernah konvo dulu, aku pun decide nak join kontest ni . Si pembuat kontest ni, encik bernama Daniel Zaidi telah mengarahkan si pen-join kontest dia ni upload gambar, lepas tu nanti dia nak bagi hadiah spek Rayban seketul. Takde siapa-siapa pun yang tag aku suruh join. Ah, aku ni POSER jugak bab-bab kontestis ni, so dengan murah hati  dan jugak kehenseman, aku JOIN ajer.

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...