//Blog @thesharkox: Tipikal 'Malaysian' People// Blog @thesharkox
Showing posts with label Tipikal 'Malaysian' People. Show all posts
Showing posts with label Tipikal 'Malaysian' People. Show all posts

Cendawan Oh Cendawan..Khas untuk peminat cendawan goreng di luar sana

36 comments

Hoihoi..
Minggu ini ialah Minggu Cendawan. Sana-sini cendawan. Sup cendawan, cendawan goreng, nasik goreng cendawan dan macam-macam lagilah. Sampai member  Theo 'Murshidi' Walcott aku pun panggil aku Mat Cendawan. Macam gampang sungguh dia. Kalau nak kata aku ni macam Mat Rempit takpe jugak..


Mentang-mentanglah minggu ni cerita pecah panggung RM40juta tu ditayangkan, habis kecoh satu Malaya. Kecoh pasal apa. Pasal dok mengata rambut dia lebih dari mengata filem dia. Kesian dia weh. Korang mengata rambut dia. Aku tak kisah kalau korang nak kutuk atau kritik filem dia. Itu hak korang. Tapi janganlah kutuk rambut dia. Rambut trademark dia macam tu korang kata rambut cendawan. What the Hair man?? Apa salah rambut dia dekat korang?? Siap buat fanpage benci rambut dia kat Facebook tu.. Macam tak de kerja lain dah nak buat. Padahal rambut Justin Bibir pun 2X5 ajer, korang tak pulak kutuk budak tu!! 

Biarlah rambut dia macam tu. At least dia nak sikat rambut dia macam tu tak mintak sikat korang kan?? Aku cukup tak paham dengan orang Malaysia ni. Kutuk cukup kuat, memang nombor 1. Padahal korang sendiri tak tengok lagi filem tu kan?? Cis, memang dasar Tipikal 'Malaysian' People sungguh. 

Dato', saya backing Dato' ni. Takkan tak dapat tiket free tengok 2 Alam kat panggung Aneka Mall, Jitra kot. Minggu lepas saya memang nak pergi. Tapi masa tu Raya Haji, susah la sikit. Bertambah susah bila full house dekat Aneka Mall tu. Hampa saya..

Kos kau tu susah nak dapat kerja

52 comments



Hoihoi..

Minggu ni minggu konvo kat UUM. Jadi kalau minggu ni aku asyik cerita pasal konvo ajer, kau orang jangan geli ketiak pulak ye? Biasalah, 'konvoseksyen' ini datang 2 kali ajer setahun. Aku pun tak pernah buat entri pasal konvo lagi kan? So, biarlah aku nak poyo buat pasal konvo ajer minggu ni..Oh, by the way, aku dah konvo lama dah. Kalau menurut gambar dalam kontestis Mortar Board, aku bergraduasi pada Mac 2009. tags;  konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23,  Pesta Konvo UUM, UUM, peluang pekerjaan dalam bidang IT, masalah pengangguran dikalangan rakyat malaysia, peluang pekerjaan pada masa akan datang
Tapi sekarang buakan aku nak cerita pasal aku punya konvo yang dah jadi sejarah dah tu. Tidak. Cuma aku teringat kejadian pada tahun 2005 dulu, masa mula-mula aku dapat tau yang aku dapat offer buat degree ke UUM, dalam kos Multimedia. Waktu isi borang UPU dulu kos multimedia UUM ini aku letak sebagai pilihan ke 5-7. Memandangkan keputusan matrik aku sangatlah jahanam, maka aku tidak meletakkan sebarang kos berkaitan teknikal seperti engineering atau pun kos yang ada kaitan dengan matematik, fizik dan kimia.

Kerana apa? Kerana result matrik aku memang tak layak aku untuk apply kos-kos engineering ni. Memang dah takde nafsu syahwat dah dengan engineering (semua gara-gara result jahanam tu lah).Walaupun ada member yang cakap ko try ajer engineering, tapi aku taknak jugak. What for?? Untuk berasa bangga blia balik raya makcik-makcik tanya "kau mengaji kos apa kat universiti tu?", dan dengan kembang hidung beritahu "kos trigonometrik engineering maklang", macam tu?

P. O. S . E. R Gila!

24 comments



Hoihoi..
Tadi masa aku jalan-jalan kat Facebook kawan-kawan aku, aku redah sana, terjah sini, korek sana, korek sini, haa, aku terjumpalah kawan kepada kawan aku punya kawan. Tak kenal rapat pun, nama pun taktau sebelum ni, kenal-kenal gitu ajer. Bak kata Mat, roomate aku dulu, "kenal-kenal anjing".

Bila tengok dia, aku rasa nak tergelak pun ada. Yelah..dengan dressing ala-ala budak Indie pulak sekarang ni..macam gampang. Siapa dia ni, biarlah aku rahsiakan. Dia ni memang POSER sikit dengan aliran muzik. Main ikut ajer apa yang trend sekarang ni.

Dulu waktu tahun 2002,  Too Phat tengah meletup-letup dengan Anak Ayam. Too Phat Ya aa auww, dia pun Ya aa auww jugak. Dress up bagai, dengan seluar baggy, pakai cap mesti senget, cap Bulan Sabit Merah adik dia punya pun dia tibai, baju mesti jersi Hoki Ais Amerika jenama FUBU berkilat-kilat,  kasut mesti Nike Air dan Adidas Lo-Fi yang beli dekat bundle kasut. Breakdance dekat Menara Condong, wajib, walaupun masa tu tengahari terik. Tuala putih mesti ada kat poket belakang dan leher. Ini semua terpengaruh dengan Too Phat punya pasal.

Cap Senget, Baju FUBU, Seluar Baggy, dan Kasut NIKE Air. Hip Hop habis

Tapi itu tak lama. Dalam 2 tahun lepas tu, scene hiphop ni mula slow. Masa tu skinhead tengah naik.


Kami ada DSLR, kau ada???

34 comments



Hoihoi....
Sudah, cukup-cukuplah kisah Eksiden 101010
Kali ini aku nak buat entri pasal mereka yang ada DSLR
Mereka hebat kerana mereka ada duit beli kamera mahal-mahal
Tapi orang macam aku ini, tak berduit, pakai kamera handphone 1.3MP pun jadilah
Harharhar

Sekarang ramai budak-budak berangan nak ada jugak DSLR ni. Pasal apa? Pasal makin ramai budak2 dah pakai DSLR, so kita kenalah ada jugak supaya dapat kelihatan cool dan bergaya dikalangan rakan-rakan. Apa barang kau pakai kamera Compact Digital Camera 10MP beb, tak layanlah. Mana boleh buat 'bokeh' pakai kamera digital, buat micro mode boleh lah. Itupun nampak sengal ajer. Tak cukup hensemlah kalau tak ada DSLR..

Aku pun memang dulu pasang niat nak angkut jugek DSLR ni sebijik, tapi itu 2 tahun lepas lah, masa tu tak ramai lagi orang pakai DSLR ni. So, aku pun apa laga, memasang angan-angan untuk membeli menatang DSLR ni. Siap kumpul duit lagi. Lepas 2 tahun, aku berjaya jugak untuk tidak memiliki DSLR, pasal duit simpanan banyak digunakan untuk repair kereta..Lagipun, dah ramai sangat pakai DSLR ni, macam tak bestlah pulak (ayat cover).

Tak apalah, orang takde duit buat cara tak ada duit. Pakai Compact Digital Camera 10MP pun masih boleh mengambil gambar bogel

Harharhar

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...