//Blog @thesharkox: December 2019// December 2019 | Blog @thesharkox

Pakej ke Perth 2020 Murah, HANYA RM3490 sahaja!

0 comments
Aku and Syerry suka gila dengan Australia. Boleh kata setiap 2 tahun, kami akan ke sana. Melbourne will always be favourite no.1, diikuti dengan Perth.Pakej ke Perth 2020 Murah hanya RM3490

As family dengan anak kecil, kami rasa suka dengan Perth. Tak serabut, banyak tempat boleh visit, banyak spot untuk ambil gambar yang mengundang LIKES yang banyak dan cuaca dia tak jauh beza sangat dengan sini.

Biasanya kalu nak pegi Perth secara berjemaah yang ramai ni sebenarnya leceh kalau nak buat style bagpackers.

Contohnya bawak rombongan budak sekolah, rombongan cikgu-cikgu, bawak family yang ramai, bawak bakal keluarga mentua, penat nak handle A-Z. Better ikut pakej.



So, aku ada member yang buat pakej ke Perth 5 hari 4 malam pada harga yang berpatutan. RM3490 ALL IN dari Julai 2020 sampai ke bulan Disember 2020.

Semua makan minum, tiket flight pergi balik, transport, accomodation, Malaysian tour guide, Visa semua dah included. Boleh pergi petik buah lagi. Tinggal nak bawa duit shopping saja.

Deposit hanya RM500 per person, baki boleh bayar ansuran setiap bulan, janji semua baki setel 45 hari dari tarikh berlepas. 

Tarikh berlepas adalah seperti dibawah ni:

  • 27 - 31 JULAI 2020
  • 28 JULy - 1 OGOS 2020
  • 29 JULy - 2 OGOS2020
  • 19 - 23 OGOS 2020
  • 21 - 25 OGOS 2020
  • 28 OGOS - 1 SEPTEMBER 2020
  • 26 - 30 SEPTEMBER 2020
  • 10 - 14 OKTOBER 2020
  • 24 - 28 OKTOBER 2020
  • 14 - 18 NOVEMBER 2020
  • 21 - 25 NOVEMBER 2020
  • 16 - 20 DISEMBER 2020

Pakej ni termasuk sekali dengan Flight return Airasia (20kg luggage),  Apartment Private, Makanan Halal seperti dalam jadual, Pemandu Pelancong & Tippings, Pengangkutan Bas Persendirian, Pengurusan VISA ETA Tiket lawatan seperti dalam jadual.

Kalau kau atau ada family kau yang nak pergi Perth tanpa pening kepala nak arrange semua benda, bolehlah Whatsapp kat link bawah ni. tekan je, terus ke whatsapp:


Nak tanya-tanya dulu pun boleh.

Boleh check Facebook Aliana Kembara untuk tengok trip-trip yang kami dah buat. Tahun 2020 memang kami focus on Perth dan juga Seoul, Korea.









Review Seminar Menang Saham bersama DDNK 2019.

30 comments
7 Disember 2019, aku join Seminar Menang Saham bersama Dato Dr. Nazri Khan (DDNK) di MMU, Cyberjaya. Saja aku nak tengok program ni macam mana perginya. So, this is the Review Seminar Menang Saham bersama Dato Dr. Nazri Khan from mata aku yang langsung tiada ilmu berkenaan pelaburan saham ni.



Aku register secara online dalam sebulan sebelum tarikh event,  setelah meluat dengar iklan dia di radio hari-hari.

Setelah register, mereka akan emel QR code untuk digunakan sewaktu pendaftaran di hari kejadian.

Di hari kejadian, di MMU, rami gila orang dah menunggu pintu bukak. Anggaran dalam 2000 orang ada which is 95% adalah orang Melayu.
Registration area.
So, bila sampai kena register. Ad 2 kaunter, satu yg register free (Aussie Bull), satu lagi American Bull (yg berbayar RM90 rasanya. Bezanya, American Bull punya seating lebih di bahagian depan, dan dapat DVD tutorial.

Aussie Bull
Once registration dah setel, dia tunjuk previous program punya video. Program ni yang advance punya. So ada la dalam tu yang boleh dapat pulangan dalam RM1K - RM2K dalam masa 2 hari menggunakan teknik-teknik tertentu.

Kemudian ada sorang mamat ni keluar. Buat introduction, senaman2 sikit dalam 10-15 minit, barulah DDNK keluar.

So dia buat apa ja?



Seminar Menang Saham DDNK
Dia tunjuk basic of saham, ap itu chart, apa itu marubozu, bila nak beli, bila nak jual and all the terms dalam saham. Totally basic sebab ramai yang taktau langsung pasal hal ehwal saham-saham ni.

Then dia tunjuk macam mana dia beli saham secara live dalam 10 jenis kot. Semua beli dalam ribu-ribu. Then dia inform kalau nak beli saham pad harga RM10 pun boleh, tapi kena bukak akaun saham dulu. Kena bawak salina account statement and salinan IC.




Then menghampiri tengahari, dia bukak offer untuk 200 orang, siapa yang nak serius kena join advance kelas dia, berbayar.

Ada 3 pakej kelas menang saham bermula serendah RM3.5k - RM6.5k. Ini kira buat kursus lain yang mana peserta kena bagi full commitment dalam kurus tu dalam 3-6 hari straight (ikut pakej). Kena ambik cuti dari boss katanya. Awal Januari 2020.


Line untuk buka akaun RM10.
Tapi dia tak janjikan akan terus untung. Dia always tekankan kepada ayat ni, "Saya tak janji kalau masuk kelas saya ni akan untung 100%. Biasanya kalu beli 10 jenis saham, 2 akan rugi, 4 akan untung geli-geli, lagi 4 insyaAllah boleh cover yang rugi tu" . Lebih kurang macam tu lah.

So, sesi petang dia tunjuk cara nak beli saham yang murah sikit. Macam mana nak beli saham Google, FB, Amazon dan lain-lain. Modal dalam RM10 pun boleh beli. Tapi nak sedap, modal dalam RM1k baru sedap katanya.

So, overall seminar yg OK bagi yang ZERO KNOWLEDGE pasal saham macam aku ni.

#LifeAsABapak: Dukung

1 comments
Lily (adik) selalu menangis. 


Kejap kejap menangis. Biasanya menangis sebab lapar. Kalau tak lapar, nak berak. 

Kalau dia lapar, susu lambat sampai, habis melalak. Maka, bapak kena la dukung-dukung kejap. Mami tak suka bapak dok dukung-dukung adik kerap sangat, takut nanti budak tu terbiasa dengan dukung.

Tapi bapak dukung jugaklah. Dalam dok dukung adik tu, kakak mana nak bagi chance. Dia pun nak mintak dukung jugak. 

Mesti dia datang, peluk kaki bapak, tengok muka bapak sambil angkat kedua-dua belah tangan, mintak dukung.

 


Sebelah kanan 11kg, seblah kiri 3.8kg. 



a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...