Blog Komik oleh @thesharkox: May 2017

Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 7 (Hari Ke-8)

0 comments

Day 8 - city tour
Rainbow Sea Container - Fremantle Market - Watertown Shopping Outlet - Freddie Apple Strudel - Perth Mosque - Kings Park - Blue Boat


So, hari-hari terakhir kami memang rilex sahaja.
Just ambil masa untuk bersiar-siar secara santai di CBD.
First ke 
Rainbow Sea Container, kemudian ke Fremantle Market. 
Jarak antara lokasi ini hanya 5 minit menaiki kereta,
10 minit mencari parking.





                   



Macam flea market di Amcorp Mall,
Kemudian habiskan 'sedikit' dollar di Watertown Shopping Outlet.
Setelah habis beberapa dollar, kami singgah di sebuah padang ragbi untuk makan tengahari.



Kemudian niat di hati nak pergi ke Corica Apple Strudels, tapi dah tutup (hari Sabtu tutup tengahari, Ahad tutup) 

Maka pergi ke Freddie Apple Strudels.




                   


Selepas makan satu slice Apple Strudels (sedap!!), 
Solat zohor di Masjid Perth. 
Hanya 200 meter dari Freddie Apple Strudels.




Kemudian bersiar-siar di Kings Park sebelum menamatkan hari ke-8 bergambar di Blueboat House.
Beratur dekat setengah jam (dan penuh orang Asia sahaja).




End of Day 8






More pics at instagram:
#ShaqrimaTakesPerth,
@n_syar,
@mr_mrshrq







Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 5 (Hari Ke-7)

0 comments
Day-7

Two Rocks - Yanchep National Park - Lancelin - The Pinnacles.

Kira kemuncak kepada trip di Perth.

Kami dah set dah awal2 yang nak pi The Pinnacles sebelah malam.. Tujuan utama nak stargazing tengok bintang bertaburan di langit hitam.


Maka, kami keluar agak lewat dari rumah, sekitar 1130am. 
Dah siap masak apa semua then terus ke utara. 
Singgah sebentar di Two Rocks, kawasan perumahan yang nampak elite dan mahal. 
Tiada ada di sana melainkan ada seketul shopping mall dan tempat parking yatch.




Kemudian terus ke Yanchep National Park untuk lunch. 
Bayaran satu kereta $12. Kawasan lebih kepada recreation park, ada tasik, ada tempat lepak, dan banyak burung-burung dok cari makan. 
Lepas makan, solat Zohor di kawasan taman tersebut. 
Yanchep National Park



Kemudian, dari Yanchep bergerak ke Lancelin Sand Dune pada jam 1.30pm
Perjalanan mengambil masa sejam. 
Pemanduan rilex tapi mengundang mengantuk. 
Sampai di sana, sewa sandboard di kedai 7, main dalam 45 minit sahaja sebab penat naik turun pasir.




Sekitar 345pm, bergerak ke The Pinnacles.
Perjalanan mengambil masa 2 jam dan tiba di sana sekitar 530pm.
Penjaga booth kata boleh stay sampai malam dan memang cantik bintang di sini time malam. Oh yes!
Dan bermulalah sesi bergambar di The Pinnacles.
Layan sunset kemudian bergerak ke parking untuk sembahyang.








Maghrib dalam pukul 6pm.
Tengah sembhayang tak parking, ada kangaroo melintas. Nasib tak kena tendang.




Pemandangan waktu maghrib di parking lot.


Pukul 7pm-8pm barulah memulakan sesi mengambil gambar.
Gambar di ambil menggunakan GoPro sahaja (bukanlah pilihan terbaik, tapi hasilnya boleh tahan)

Di mata kasar, bintang kelihatan sangat banyak. 
Agak ralit tengok bintang.

Dalam GoPro, dengan menggunakan setting Night Mode > Protune > 

Exposure time: 30 seconds (or above if possible)
ISO level: 800
White balance: Native
dan beberapa kali try and error

maka dapatlah hasil yang boleh lah tahan untuk seorang yang tak berapa pandai main kamera.









Kesimpulannya, kami memang sangat rekemen kalau anda ke The Pinnacles ni lewat petang dan tunggu sampai malam.
Nak tengok bintang macam ni bukan senang nak dapat.
Kena cari tempat yang betul-betul tak tercemar dengan lampu.

View photo ori dari GoPro


Ada yang risau nak drive pulang ke CBD waktu malam, tapi sewaktu kami pulang, Alhamdulillah tiada insiden lain berlaku.


Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 



Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 5 (Hari Ke-6)

0 comments
Day 6 - its all about Kangaroo, Koala, Apple and shopping Corelle

Hari ke 6, very tipikal.

Singgah ke Carversham Wildlife Park, kemudian pergi petik epal di Valley Fresh Produce dan Shopping sedikit corelle di Belmont Forum.







Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 

Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 4 (Hari Ke-5)

0 comments
Day 5

Pemberton National Park - Crystal Cave - Busselton

Alright.

Hari ke-5 start dengan aktiviti memanjat pokok, yang berketinggian 53 meter dari tanah. Pokok tersebut dinamakan Glucester Tree (sebutan: Gloster Tree). Pokok ini terletak di Pemberton National Park, 5 minit dari Karri Forest Motel. Bayaran masuk, $12 per car.

                    



Ini adalah benda yang paling best di buat sepanjang di Perth. Tak pernah2 kat Malaysia kami panjat pokok, dekat Australia mai panjat pokok. Pokok balak ni dipasang dengan tangga yang dipacakkan dengan besi konkrit. Memang kena try. Berbaloi-baloi.

Makcik berumur 65 tahun berjaya panjat sorang2

Selepas puas panjat, so ambil masa sikit trekking dalam hutan dia. Oleh kerana nak kejar masa, kami trekking di laluan paling pendek, 400 meter.. dalam 10-15 minit habis lah tawaf.



            

Kemudian kami terus ke Lake Cave di Naturaliste National Park. Tarikan utama di sini adalah lawatan ke gua-gua yang pelbagai. Perjalanan ke sana dalam 1 jam 30 minit dari Pemberton.
Bayaran masuk ada bergantung kepada berapa banyak gua, so kami pilih nak masuk 1 gua saja, Crystal Cave, $22 per head untuk tour ke dalam gua selama sejam, Worth it!





Setel di Crystal Cave, kami keluar menuju ke Busselton, lebih kurang sejam perjalanan. Di Busselton jetty, nothing much, just been there, done that. Solat Asar dan Zohor dan terus menuju kembali ke Perth CBD. Perjalanan ke Perth dalam 2 jam dan kami tiba di homestay kami dalam pukul 730pm..




End of Day 5

Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 


Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 3 (Hari Ke-4)

0 comments
ITERINARI PERTH 2017


Day 4 - Albany - Wind Farm - National Gap - Blowholes - Frenchman Bay - Denmark - Walpole - Pemberton


OK..

Check out from Rose Gardern after breakfast at 9am.

Singgah ke pekan Albany nak tengok apa yang ada. Kebetulan ada sambutan ANZAC Day (Australia New Zealand Army Corps), di salah satu padang awam di Albany. Anzac Day ni macam sambutan hari pahlawan la bagi mengenang pengorbanan tentera Australia and New Zealand masa WW 1. 










Then terus bergerak ke Albany Wind Farm, 10 minit from pekan Albany.




Habis di sana terus ke National Gap, 10 minit dari Wind Farm. Cumanya kami tak singgah ambil gambar. Kemudian direct ke Blowholes, lokasi di mana ada batu-batuan yang akan memancutkan air dan mengeluarkan bunyi yg sangat nyaring.

Sewaktu kami di sana, dengar bunyi sahajalah, air tak memancut pun.






Kemudian ke Frenchman Bay, takde apa sangat melainkan ada muzium ikan paus.

Lepas tu ke Denmark, perjalanan ambil masa sejam setengah. Singgah makan lunch di tepi sungai.









Kemudian ke Valley of giant trees , Walpole National Park. Tarikan utama ialah Top Tree Walk dan ancient trees ($21 per head). Berbaloi? Biasa sahaja. Sebab pernah naik di Sabah. Cumanya di sini lebih tinggi platform nya, dalam 70meter dari tanah. 





Kemudian terus ke Pemberton untuk cari tempat berteduh malam itu (2 jam perjalanan dari Walpole). 
Dari Walpole ke Pemberton takde stesen minyak. Yang paling dekat di Northcliffe, setengah jam dari Pemberton, kena melencong sikit masuk kawasan kampung yang macam takde orang sangat. Isi minyak $20 then sembahyang Asar-Zohor kat area parking stesen minyak tu.




Rancangan asalnya di Pemberton, kami hendak berkhemah lagi di mana-mana caravan park, cumanya bila dah sampai di kawasan Pemberton, dah hampir maghrib dan kebanyakkan park dah tutup (tak sanggup nak tdur dalam khemah dalam keadaan yg sejuk sebenarnya). Kami tidak booking mana-mana park, so terpaksalah keluarkan $120 untuk menginap di Karri Forest Motel. Agak pricey tapi puas hati boleh masak, basuh, cuci badan dengan selesa.




End of Day 4. Day-5 nak panjat pokok and pergi masuk gua


More pics at instagram:
#ShaqrimaTakesPerth,
@n_syar,
@mr_mrshrq

https://www.facebook.com/nur.s.ghazali





Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 













Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 2 (Hari Ke-3)

0 comments
ITERINARI PERTH 2017

Day 3
 
Perth CBD - Hyden - Lake Grace - Katanning - AlbanyOk, day 3 ialah hari kami check out dari hotel menuju ke Albany mengikut jalan jauh.

Check out dari hotel dan ambil kereta jam 830am. Kereta sewa dari Aries Car Rental, Hyundai Accent Hatchback warna kuning macam teksi New York.
 

Total lost sewa 7 hari ialah RM1200 (termasuk Non AUS / NZ / UK Driver Licence Surcharge dan Liability Reduction Option 1), ya dan Bond $200 via kredit card.

Terus drive ke Hyden untuk tengok Wave Rock. Perjalan dalam 3 jam setengah. Sampai sana dalam pukul 1 dan ambik gambar kejap sahaja sebab nak kejar masa. so spend dalam 20 minit dan tak sempat ke Hyppo Yawn. Tiket parking $10. Isi minyak di Hyden dalam $20. Sebab takde stesen minyak dah lepas tu. 







Then terus bergerak ke Katanning menerusi Grace Lake. 
Saja ambil laluan jauh sikit sebab nak lalu di satu tasik garam yang berwarna agak pink, Salt Lake.
Perjalanan dari Wave Rock ke Salt Lake dalam 1jam setengah.






Kemudian terus shoot ke Katanning untuk solat Asar dan Zohor secara jamak takdim. Sampai sana dalam pukul 4.30pm. Then beli groceries di Woolworth pekan Katanning.





 


Then shoot ke tempat kami akan pasang khemah utk malam tersebut, Rose Gardens Beachside Holiday Park   


Dari Katanning ke Rose Gardens ambil masa dalam 2 jam setengah.. Isi minyak siap2 di Katanning $20

Rose Gardens ni caravan park. Boleh pacak khemah
Booking secara online, powered site pada harga $40.
Khemah beli sendiri di Tesco Shah Alam, RM110 (4 person tent) 


Sampai di Rose Gardens dah lewat, pukul 8pm. Ada camp kitchen.. Samak dulu bekas-bekas memasak guna sabun taharah.

Pasang khemah menggunakan bantuan lampu phone dan lampu kereta.
Tapi kami hanya mampu tidur dalam khemah selama 3 jam sebab sejuk sangat, 11 darjah celcius. 

Last-last tidur dalam kereta.. tak nyenyak tapi seronok dapat tidur bawah pokok. New experiences!











Dan tempatnya sangat cantik dan kemas!



Nota:
Wave Rock berbaloi ke tidak?
Pada kami, berbaloi sebab takde kat tempat lain

Lake Salt berbaloi ke tidak?
Pada kami, berbaloi sebab takde kat tempat lain


Katanning berbaloi ke tidak?
Pada kami, berbaloi sebab ada masjid dan ada penduduk melayu yang menetap di sana 40tahun.

kalu nak follow, better check out hotel awal, dalam pukul 6 pagi dan dah ada kereta siap-siap. Ikut cara kami, lambat la sebab nak dapat keluar dari CBD pun pukul 930.
sebab kalu lambat, lambat sampai ke hyden.

Camping?
berbaloi sebab murah tapi kena tahan sejuk. but, tempat cantik

cumanya tak perlu pilih Powered Site sebab powered site tu biasanya utk caravan. Nak cas phone guna aje powerbank.

Kalu unpowered site, murah sikit.

More pics at instagram:
#ShaqrimaTakesPerth,
@n_syar,
@mr_mrshrq

https://www.facebook.com/nur.s.ghazali


Previous post:

Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 










Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 1

0 comments
ITERINARI PERCUTIAN KE PERTH 2017

Day 1
Airport - Hotel - CBD - hay & Murray Street - Fremantle - Mandurah

Arrive at Perth International Airport, T1 Terminal at 3.30pm waktu tempatan.

Then tunggu bas untuk ke hotel dari airport.
Naik bas warna hijau nombor 380 ke Criterion Hotel, Hay Street = $4.60 seorang
Bayar direct kepada driver.






Perjalanan ambil masa selama lebih kurang 45 minit

Sampai di hotel rehat-rehat, sembahyang apa semua, and then cari dinner di Insan's Cafe. Nasik putih lauk ayam sepinggan $6.





Selepas makan, kami berjalan-jalan sekitar Hay Street and Murray Street, tapi takde apa sangat sebab most of the kedai are tutup already. Balik hotel, tidur. 




Day 2

Ke Fremantle dan Mandurah

Keluar dari hotel sekitar jam 830am.
Naik train from Perth Train station menggunakan Fremantle Line.
Purchase ticket yang family punya $12.60.. 


Kelebihan, beli satu tiket boleh kongsi sampai satu famili (up until 5 person) dan boleh guna selama 24jam ke mana-mana station..
so, kami beli dan pagi ke Fremantle, petang ke Mandurah guna tiket yang sama.


Perth-Fremantle dalam sejam.

Di Fremantle, hentam Kailis fish and chip dia sampai 3 ketul ($17)
Lepas tu shopping di Megabes
Lepas puas shopping balik la hotel.. tidur tengahari..







Petang, lepak kejap di Elizabeth Quay, lepas tu taktau nak buat apa, pi naik train ke Mandurah (Mandurah Line). Perjalanan Perth-Mandurah via train ambil masa sejam..





Layan sunset di Mandurah Park, lepas tu lapar pi makan churos di San Churro. Terbeli lebih pulak habis $23 dolar makan churos sahaja.





Lepas tu balik tidur beralaskan churos.

More pics at instagram:
#ShaqrimaTakesPerth,
@n_syar,
@mr_mrshrq


Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...