Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 2 (Hari Ke-3) | Blog Komik oleh @thesharkox

Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 2 (Hari Ke-3)

ITERINARI PERTH 2017

Day 3
 
Perth CBD - Hyden - Lake Grace - Katanning - AlbanyOk, day 3 ialah hari kami check out dari hotel menuju ke Albany mengikut jalan jauh.

Check out dari hotel dan ambil kereta jam 830am. Kereta sewa dari Aries Car Rental, Hyundai Accent Hatchback warna kuning macam teksi New York.
 

Total lost sewa 7 hari ialah RM1200 (termasuk Non AUS / NZ / UK Driver Licence Surcharge dan Liability Reduction Option 1), ya dan Bond $200 via kredit card.

Terus drive ke Hyden untuk tengok Wave Rock. Perjalan dalam 3 jam setengah. Sampai sana dalam pukul 1 dan ambik gambar kejap sahaja sebab nak kejar masa. so spend dalam 20 minit dan tak sempat ke Hyppo Yawn. Tiket parking $10. Isi minyak di Hyden dalam $20. Sebab takde stesen minyak dah lepas tu. 







Then terus bergerak ke Katanning menerusi Grace Lake. 
Saja ambil laluan jauh sikit sebab nak lalu di satu tasik garam yang berwarna agak pink, Salt Lake.
Perjalanan dari Wave Rock ke Salt Lake dalam 1jam setengah.






Kemudian terus shoot ke Katanning untuk solat Asar dan Zohor secara jamak takdim. Sampai sana dalam pukul 4.30pm. Then beli groceries di Woolworth pekan Katanning.





 


Then shoot ke tempat kami akan pasang khemah utk malam tersebut, Rose Gardens Beachside Holiday Park   


Dari Katanning ke Rose Gardens ambil masa dalam 2 jam setengah.. Isi minyak siap2 di Katanning $20

Rose Gardens ni caravan park. Boleh pacak khemah
Booking secara online, powered site pada harga $40.
Khemah beli sendiri di Tesco Shah Alam, RM110 (4 person tent) 


Sampai di Rose Gardens dah lewat, pukul 8pm. Ada camp kitchen.. Samak dulu bekas-bekas memasak guna sabun taharah.

Pasang khemah menggunakan bantuan lampu phone dan lampu kereta.
Tapi kami hanya mampu tidur dalam khemah selama 3 jam sebab sejuk sangat, 11 darjah celcius. 

Last-last tidur dalam kereta.. tak nyenyak tapi seronok dapat tidur bawah pokok. New experiences!











Dan tempatnya sangat cantik dan kemas!



Nota:
Wave Rock berbaloi ke tidak?
Pada kami, berbaloi sebab takde kat tempat lain

Lake Salt berbaloi ke tidak?
Pada kami, berbaloi sebab takde kat tempat lain


Katanning berbaloi ke tidak?
Pada kami, berbaloi sebab ada masjid dan ada penduduk melayu yang menetap di sana 40tahun.

kalu nak follow, better check out hotel awal, dalam pukul 6 pagi dan dah ada kereta siap-siap. Ikut cara kami, lambat la sebab nak dapat keluar dari CBD pun pukul 930.
sebab kalu lambat, lambat sampai ke hyden.

Camping?
berbaloi sebab murah tapi kena tahan sejuk. but, tempat cantik

cumanya tak perlu pilih Powered Site sebab powered site tu biasanya utk caravan. Nak cas phone guna aje powerbank.

Kalu unpowered site, murah sikit.

More pics at instagram:
#ShaqrimaTakesPerth,
@n_syar,
@mr_mrshrq

https://www.facebook.com/nur.s.ghazali


Previous post:

Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...