Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 3 (Hari Ke-4) | Blog Komik oleh @thesharkox

Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 3 (Hari Ke-4)

ITERINARI PERTH 2017


Day 4 - Albany - Wind Farm - National Gap - Blowholes - Frenchman Bay - Denmark - Walpole - Pemberton


OK..

Check out from Rose Gardern after breakfast at 9am.

Singgah ke pekan Albany nak tengok apa yang ada. Kebetulan ada sambutan ANZAC Day (Australia New Zealand Army Corps), di salah satu padang awam di Albany. Anzac Day ni macam sambutan hari pahlawan la bagi mengenang pengorbanan tentera Australia and New Zealand masa WW 1. 










Then terus bergerak ke Albany Wind Farm, 10 minit from pekan Albany.




Habis di sana terus ke National Gap, 10 minit dari Wind Farm. Cumanya kami tak singgah ambil gambar. Kemudian direct ke Blowholes, lokasi di mana ada batu-batuan yang akan memancutkan air dan mengeluarkan bunyi yg sangat nyaring.

Sewaktu kami di sana, dengar bunyi sahajalah, air tak memancut pun.






Kemudian ke Frenchman Bay, takde apa sangat melainkan ada muzium ikan paus.

Lepas tu ke Denmark, perjalanan ambil masa sejam setengah. Singgah makan lunch di tepi sungai.









Kemudian ke Valley of giant trees , Walpole National Park. Tarikan utama ialah Top Tree Walk dan ancient trees ($21 per head). Berbaloi? Biasa sahaja. Sebab pernah naik di Sabah. Cumanya di sini lebih tinggi platform nya, dalam 70meter dari tanah. 





Kemudian terus ke Pemberton untuk cari tempat berteduh malam itu (2 jam perjalanan dari Walpole). 
Dari Walpole ke Pemberton takde stesen minyak. Yang paling dekat di Northcliffe, setengah jam dari Pemberton, kena melencong sikit masuk kawasan kampung yang macam takde orang sangat. Isi minyak $20 then sembahyang Asar-Zohor kat area parking stesen minyak tu.




Rancangan asalnya di Pemberton, kami hendak berkhemah lagi di mana-mana caravan park, cumanya bila dah sampai di kawasan Pemberton, dah hampir maghrib dan kebanyakkan park dah tutup (tak sanggup nak tdur dalam khemah dalam keadaan yg sejuk sebenarnya). Kami tidak booking mana-mana park, so terpaksalah keluarkan $120 untuk menginap di Karri Forest Motel. Agak pricey tapi puas hati boleh masak, basuh, cuci badan dengan selesa.




End of Day 4. Day-5 nak panjat pokok and pergi masuk gua


More pics at instagram:
#ShaqrimaTakesPerth,
@n_syar,
@mr_mrshrq

https://www.facebook.com/nur.s.ghazali





Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 













0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...