Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 5 (Hari Ke-7) | Blog Komik oleh @thesharkox

Shark & Syerry Bercuti ke Perth, Australia 2017 Bahagian 5 (Hari Ke-7)

Day-7

Two Rocks - Yanchep National Park - Lancelin - The Pinnacles.

Kira kemuncak kepada trip di Perth.

Kami dah set dah awal2 yang nak pi The Pinnacles sebelah malam.. Tujuan utama nak stargazing tengok bintang bertaburan di langit hitam.


Maka, kami keluar agak lewat dari rumah, sekitar 1130am. 
Dah siap masak apa semua then terus ke utara. 
Singgah sebentar di Two Rocks, kawasan perumahan yang nampak elite dan mahal. 
Tiada ada di sana melainkan ada seketul shopping mall dan tempat parking yatch.




Kemudian terus ke Yanchep National Park untuk lunch. 
Bayaran satu kereta $12. Kawasan lebih kepada recreation park, ada tasik, ada tempat lepak, dan banyak burung-burung dok cari makan. 
Lepas makan, solat Zohor di kawasan taman tersebut. 
Yanchep National Park



Kemudian, dari Yanchep bergerak ke Lancelin Sand Dune pada jam 1.30pm
Perjalanan mengambil masa sejam. 
Pemanduan rilex tapi mengundang mengantuk. 
Sampai di sana, sewa sandboard di kedai 7, main dalam 45 minit sahaja sebab penat naik turun pasir.




Sekitar 345pm, bergerak ke The Pinnacles.
Perjalanan mengambil masa 2 jam dan tiba di sana sekitar 530pm.
Penjaga booth kata boleh stay sampai malam dan memang cantik bintang di sini time malam. Oh yes!
Dan bermulalah sesi bergambar di The Pinnacles.
Layan sunset kemudian bergerak ke parking untuk sembahyang.








Maghrib dalam pukul 6pm.
Tengah sembhayang tak parking, ada kangaroo melintas. Nasib tak kena tendang.




Pemandangan waktu maghrib di parking lot.


Pukul 7pm-8pm barulah memulakan sesi mengambil gambar.
Gambar di ambil menggunakan GoPro sahaja (bukanlah pilihan terbaik, tapi hasilnya boleh tahan)

Di mata kasar, bintang kelihatan sangat banyak. 
Agak ralit tengok bintang.

Dalam GoPro, dengan menggunakan setting Night Mode > Protune > 

Exposure time: 30 seconds (or above if possible)
ISO level: 800
White balance: Native
dan beberapa kali try and error

maka dapatlah hasil yang boleh lah tahan untuk seorang yang tak berapa pandai main kamera.









Kesimpulannya, kami memang sangat rekemen kalau anda ke The Pinnacles ni lewat petang dan tunggu sampai malam.
Nak tengok bintang macam ni bukan senang nak dapat.
Kena cari tempat yang betul-betul tak tercemar dengan lampu.

View photo ori dari GoPro


Ada yang risau nak drive pulang ke CBD waktu malam, tapi sewaktu kami pulang, Alhamdulillah tiada insiden lain berlaku.


Shark & Syerry Bercuti Ke Perth 



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...