//Blog @thesharkox: March 2011// March 2011 | Blog @thesharkox

Air Gas

47 comments
Hoihoi..

Aku adalah orang yang jarang minum air gas. Ini semua pasal masa kecik-kecik bapak aku tak bagi aku minum air gas. Tapi aku minum jugak pasal air gas sedap. Tambah lagi kalau minum time tengahari lepas balik sekolah. Bapak aku cakap minum air gas banyak penyakit, tapi masa tu aku peduli apa dengan penyakit. Kena penyakit la best, tak payah pergi sekolah. HAHAHAHA.

Tapi bila dah besar, aku jadi orang yang paling kurang minum air gas. Seriusly. Sampai member aku sendiri terkejut kalau tengok aku minum air gas. Kenapa aku tak minum air gas sangat? 


Realiti Sirap di Malaysia

45 comments
Hoihoi...

Aku tidak akan memperkatakan perihal SPM pasal aku sendiri tak ingat SPM aku dapat berapa. Aku nak bercerita sikit perihal sirap bersempena dengan Sambutan Hari Kelahiran Sirap Peringkat Kebangsaan. Ya, memang sirap lahir pada hari ini, 24 Mac, tapi tahun berapa aku tak tau. Dan ya, aku memang antara peminat sirap. Mari lihat pengalaman aku bersama Sirap. Oh Yeah



FullHouse..Fullhouse..Fullhouse...

7 comments

Hoihoi..

Okey, mari main teka-teki. Teka teki teka tekas, siapakah Mamat Fullhouse di atas? Hint, ada dalam satu video klip interview. 

Supermoon 2011

28 comments

Hoihoi.

Dalam 3-4 hari ini, aku dok follow pasal Fenomena Supermoon yang bakal berlaku pada 19 Mac 2011. Esok malam le tu. Ingat, Supermoon, bukan Superman, bukan Sailormoon. So, what is Supermoon actually? Supermoon ialah satu fenomena dia mana bulan berada paling hampir dengan bumi. Tahun 2011 ni (to be exact, 19 Mac 2011), jarak antara bulan dan bumi ialah sekitar 360K km. Kira dekat lah tu. Ini adalah jarak hampir dalam masa 20 tahun. Oleh dengan itu, kita sebagai makhluk bumi MUNGKIN dapat meyaksikan bulan mengambang paling besar pernah terjadi. MUNGKIN. Yeay! Apa yang Yeay?

Moh kite mambo di Kuale!

26 comments

Hoihoi...

Orang putih kata "Dont judge a book by its cover". Maksudnya, kalau nak beli buku, jangan tengok cover dia, tapi tengoklah harga. Kalau agak murah, belilah. Kalau agak mahal, takde duit sebanyak itu, janganlah beli. Hahaha. 

Aku adalah manusia yang tergolong dalam kategori Jugde a book by its cover. Biasanya, kalau buku tu cover dia cantik, mesti aku akan terpikat dan jika harga dia aku mampu bayar ketika itu, confirm aku beli. Ini yang terjadi kat aku masa aku beli novel grafik bertajuk Mambo di Kuale



Baju special untuk mereka yang rasa dari Utara

26 comments


Siapa dok ghasa dia tu dok kat utagha la ni, ni aku nak habaq mai. Ada baju spesel untuk hangpa-hangpa semua. Apa yang spesel sangat? Ni nak bagitau, kalu kata dah hensem, dah segak, dah cun tapi nak bagi lagi hensem, lagi segak dan lagi cun melecun, mai dapatkan baju ni. Baju khas Kami Blogger Utagha yang telah didesign oleh siapa entah, aku taktau. Confirm akan bergaya bila pakai baju ni pi gathering mana-mana. Jangan kata gathering, pi pakai kat kenduri tahlil pun orang tak marah aih.

Mugs for my best friend and her husband

26 comments
Hoihoi. 

Illustrasi pengantin kat atas telah ditempekkan di atas sepasang mug sebagai hadiah kahwin kawan aku. Kawan aku ni kahwin waktu tahun baru hari itu. Nombor cantik, 1.1.11. Tapi malangnya kenduri dia kat Jerantut aku tak pergi walaupun aku janji nak pergi. Then, last week kenduri belah suami dia pulak kat Kuala Lampur. Sekali lagi aku memungkiri janji tak datang pasal ada beberapa masalah. Tau-tau je dia kata "Ko bakal jadi Pakcik". So, Eza, sorry tak dapat attend kenduri ko. Selamat Pengantin Baru. Selamat menjadi ibu. Tahniah.

Siapa Watak Sesame Street Pilihan Kamu?

19 comments



Hoihoi...

Siapa yang tak pernah tengok Sesame Street (mulai sekarang hingga habis entri ini akan di sebut sebagai SS), angkat ketiak cepat! Kalau kamu tak pernah tengok SS, maknanya kamu bukan manusia dari bumi. Kamu ialah Alien dari Planet lain. Memang sungguh tidak bermakna kehidupan kamu sekiranya kamu tak pernah menonton SS di zaman kanak-kanak. Aku adalah antara hardcore fan SS ketika aku di zaman kanak-kanak dulu.

Dalam SS ada beberapa watak yang aku sangat suka. Watak yang aku suka ialah seperti yang tertera dalam illustrasi di atas, Big Bird, Bert dan Ernie. Hey Sharkox, kenapa kamu suka 3 ekor watak tersebut?? OK, mari aku cerita kenapa aku suka 3 ekor watak tersebut 

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...