//Blog @thesharkox: TheSharkox OldSkool// Blog @thesharkox
Showing posts with label TheSharkox OldSkool. Show all posts
Showing posts with label TheSharkox OldSkool. Show all posts

TheSharkoxmikx: Tae Kwon Do

28 comments
TheSharkomikx:
#Tae Kwon Do


When I was in standard 4, I always wanted to show off my strength to everyone. 
One day, my friends challenge me to do Karate on 2B pencils. I took the challenge. 
In fact, I am a Taekwondo practitioner at that time. 
So, to break a bunch of pencils is an easy task, I think.

Tak boleh sebut aku laa..

40 comments
Hoihoi..

Waktu kecik-kecik dulu, semasa berbual, perkataan 'kita' digunakan untuk menggantikan kata panggilan seperti saya, aku atau I. Walaupun penggunaan 'kita' itu lebih merujuk kepada ramai orang, tapi penggunaan 'kita' adalah lebih popular diungkapkan dikalangan kanak-kanak berbanding 'aku'. Aku rasa aku tau kenapa kanak-kanak tak menggunakan perkataan aku. 

Siapa Watak Sesame Street Pilihan Kamu?

20 comments



Hoihoi...

Siapa yang tak pernah tengok Sesame Street (mulai sekarang hingga habis entri ini akan di sebut sebagai SS), angkat ketiak cepat! Kalau kamu tak pernah tengok SS, maknanya kamu bukan manusia dari bumi. Kamu ialah Alien dari Planet lain. Memang sungguh tidak bermakna kehidupan kamu sekiranya kamu tak pernah menonton SS di zaman kanak-kanak. Aku adalah antara hardcore fan SS ketika aku di zaman kanak-kanak dulu.

Dalam SS ada beberapa watak yang aku sangat suka. Watak yang aku suka ialah seperti yang tertera dalam illustrasi di atas, Big Bird, Bert dan Ernie. Hey Sharkox, kenapa kamu suka 3 ekor watak tersebut?? OK, mari aku cerita kenapa aku suka 3 ekor watak tersebut 

Gong Xi Fa Cai masa kecik-kecik dulu

29 comments



Hoihoi..

Mula-mula aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada roomate aku sekarang ni, Tenh Hock Kuan (Little Ant 99). Semoga tahun arnab ni bawak bawak ONG kepada Ah Kuan. Ye, sekarang ini aku ber-roomatekan seorang Cina beragama Buddha yang menyambut Tahun Baru Cina. Tiada masalah pun pasal kerana dialah aku ada bilik sekarang ni. Tapi aku masih tak dapat angpau dari dia pasal dia tak kahwin lagi. Bila dia nak kahwin entah. 

Aku dulu masa kecik-kecik memang aku sukaTahun Baru Cina. Suka pasal aku dan kawan-kawan aku yang masih hingusan lagi pada masa itu akan keluar pagi-pagi dan berkumpul beramai-ramai depan KFC pasal nak tengok tarian singa. Masa tu aku panggil Tarian Singa tu 'Tarian Naga' pasal tak tahu nak beza naga dengan singa. Hahaha

Best bila dapat tengok orang yang jadi kaki depan dan kaki belakang singa tu melompat-lompat atas tiang-tiang, angkat kaki depan, pusing kanan pusing kiri atas tiang tu tapi tak jatuh. Last-last mesti singa tu makan apa entah yang mereka gantung kat tiang yang paling tinggi dan diakhiri dengan main mercun papan saiz XXXL. Lepas tu dapat limau free. Hui.. teruja beb masa tu.

Adakah korang pernah bercita-cita menjadi seorang ahli bomba?

31 comments

Hoihoi..

Lepas terbaca entri Hamzah si Terbang Tinggi-Tinggi, aku teringat pulak kisah aku. Aku dulu, waktu sekolah rendah, kalau cikgu tanya "Apa cita-cita awak?",  jawapan yang standard terpacul dari mulut aku ialah polis, askar dan bomba. Tapi aku selalu jawab "Nak jadi Bomba" lebih dari nak jadi polis dan askar. Kenapa bomba? Pasal tak ada pekerjaan lain dalam dunia ni selain bomba yang mana dalam pejabat dia ada lantai berlubang dan boleh turun ke bawah melalui lubang tersebut menggunakan sebatang tiang. 

Cool kan kerja bomba? 


Cerita Bahasa Arab 9 tahun yang lalu

22 comments

Hoihoi..

Hari ni bila baca akhbarsurat pasal budak Cina kat Kelantan boleh dapat A dalam subjek Bahasa Arab PMR tahun ni (Utusan Malaysia, 24-12-2010) , aku rasa WOW..hebat gila!. Belajar setengah jam sehari boleh dapat A Bahasa Arab? Aku dulu pun ambik Bahasa Arab jugak waktu zaman sekolah, dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, tapi asyik kantoi ajer. Nak dapat A tu memang jauh sekali.

Cerita pasal Bahasa Arab dan PMR ni, aku ingat lagi seorang member aku. Waktu time Trial PMR, dia buat kerja gila dalam karangan Bahasa Arab ni. Jangan ikut cara dia ni. Sia-sia kalau buat. Dia buat macam ni;

1- Dia hafal satu karangan dalam buku teks. Karangan itu bertajuk "Berkelah di tepi pantai". Memang dia hari-hari dok hafal karangan ni, dan dia yakin takkan ada kesalahan ejaan ataupun tatabahasa nanti. 

2- Bila sampai bahagian karangan (Trial B. Arab PMR), tajuk karangan yang kena tulis ialah "Sekolahku Syrurgaku". Tapi dia bantai tulis karangan "Berkelah di tepi pantai" tu jugak. Bersungguh-sungguh. 

Bila di tanya, kenapa dia begitu berani mati buat karangan lari tajuk? Dia dengan selamba kodok jawab; "At least kertas aku takde la kosong. Nampak la ada karangan dalam tu. Dapat jugak kot markah format 5 markah..haha".




Kesudahannya? Kena bambu le dengan ustazah lepas tu. Penat-penat dia mengajar, last-last kerja takde faedah yang budak ni buat. Dapat ke markah format? Haram tak dapat. Dapat memo "Jangan main-main dengan saya" dari ustazah ada ler.. At least member aku punya bahagian karangan tu nampak 'hebat' la dari karangan aku yang hanya ada 2 perenggan saja tu. 

Harharhar

Cheers, 
Salam 1Khaifa Haluka..

p/s: Dalam PMR dapat jugak aku B..haha
p/p/s: Esok Mini Gath di Alor Setar. Klik sini


 

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...