Cerita Bahasa Arab 9 tahun yang lalu | Blog Komik oleh @thesharkox

Friday, December 24, 2010

Cerita Bahasa Arab 9 tahun yang lalu


Hoihoi..

Hari ni bila baca akhbarsurat pasal budak Cina kat Kelantan boleh dapat A dalam subjek Bahasa Arab PMR tahun ni (Utusan Malaysia, 24-12-2010) , aku rasa WOW..hebat gila!. Belajar setengah jam sehari boleh dapat A Bahasa Arab? Aku dulu pun ambik Bahasa Arab jugak waktu zaman sekolah, dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, tapi asyik kantoi ajer. Nak dapat A tu memang jauh sekali.

Cerita pasal Bahasa Arab dan PMR ni, aku ingat lagi seorang member aku. Waktu time Trial PMR, dia buat kerja gila dalam karangan Bahasa Arab ni. Jangan ikut cara dia ni. Sia-sia kalau buat. Dia buat macam ni;

1- Dia hafal satu karangan dalam buku teks. Karangan itu bertajuk "Berkelah di tepi pantai". Memang dia hari-hari dok hafal karangan ni, dan dia yakin takkan ada kesalahan ejaan ataupun tatabahasa nanti. 

2- Bila sampai bahagian karangan (Trial B. Arab PMR), tajuk karangan yang kena tulis ialah "Sekolahku Syrurgaku". Tapi dia bantai tulis karangan "Berkelah di tepi pantai" tu jugak. Bersungguh-sungguh. 

Bila di tanya, kenapa dia begitu berani mati buat karangan lari tajuk? Dia dengan selamba kodok jawab; "At least kertas aku takde la kosong. Nampak la ada karangan dalam tu. Dapat jugak kot markah format 5 markah..haha".




Kesudahannya? Kena bambu le dengan ustazah lepas tu. Penat-penat dia mengajar, last-last kerja takde faedah yang budak ni buat. Dapat ke markah format? Haram tak dapat. Dapat memo "Jangan main-main dengan saya" dari ustazah ada ler.. At least member aku punya bahagian karangan tu nampak 'hebat' la dari karangan aku yang hanya ada 2 perenggan saja tu. 

Harharhar

Cheers, 
Salam 1Khaifa Haluka..

p/s: Dalam PMR dapat jugak aku B..haha
p/p/s: Esok Mini Gath di Alor Setar. Klik sini


 

21 comments:

huda said... [Reply to comment]

masa trial pmr aku dpt dapat A beb arab..tup2 masa xam pmr yg btoi..soalan karangan dia, sepatah haram aku xpaham! damn! jem! pastu, bahagian A, dia pun aku xbrapa nk paham..trus dpt C arab..kahkahkah3! ~masih teringat peristiwa itu~ tp, spm bahasa arab tinggi aku dpt 5..jadi la kan..

missSenget said... [Reply to comment]

masa PMR, arab dpt A.. tu pon lepas kene bambu ngn ustz die suh hafal karangan pasar malam..

kuar soalan exam, soalan karangan pasal supermarket..

hentam je laa..

Fariq said... [Reply to comment]

pergh smart member ko tu bro..
krgn pnjg berjela bley hafal..
kalau ade markah utk hfzn, mesti die bley dpt at least 5 mrkh,, heheh

zikeryhassan said... [Reply to comment]

dulu mak aku suruh ambek bahasa arab aku tak nak

rossoneri said... [Reply to comment]

amek bahasa arab masa sekolah rendah je...pastu gi sekolah menengah yg xada arab huhuhuu...dulu minat gila kot blaja arab...always A, sebab hari2 kena bantai dgn ustazah hafal perkataan arab haha

fya zainal said... [Reply to comment]

hahahahahha harunya
dulu amik bahasa arab masa skolah agama
buku kecik satu apa pun x paham
hehehe

~ PIJA ~ said... [Reply to comment]

langsung tak pandai bahse arab..

wannurfazrini said... [Reply to comment]

aku x amik bhasa arab , so tayah susah2 hafal mcm kwn kau ni . hahah

SyafiQ Bleszynski said... [Reply to comment]

aku memang xamik bahse arab..tak pandai pon..huahuahua..

huda said... [Reply to comment]

haaa! paling aku ingat lg, amek test bhs arab masa drjh 6..masa tu, gila babai la aku xtau satu hapa pun bhs arab..xam tu, 1 soalan pun aku xbaca..aku tembak ja..balik tunjuk kat mak aku, mak aku punya la marah..siap baca soalan kat kertas tu kuat2 lg..'gajah tinggal di...' 'rumah'..gilo ko mak aku marah, bapak aku dah tegelak..aku pl, menyiput sedut kat sudut umah..ngeh3! ~sampai skang teringat, 'gajah tinggal di rumah' @_@

The Sharkox said... [Reply to comment]

@huda: Gajah tinggal dalam rumah memang pelik..haha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@missSenget: Terer terer

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Fariq: Haha...hafazan takkan 5 markah je kot?

The Sharkox said... [Reply to comment]

@zikeryhassan: tu la ko..lain kali amek..baru merasa fail..hehe

The Sharkox said... [Reply to comment]

@fya zainal: sekolah agama rakyat? roksun kepala, uzunun telinga..hehe

@Pija: EH, dalam sembahyang kan guna bahasa arab.

@Fadz, Syafiq: Lain kali amek la

myfitri [dot] com said... [Reply to comment]

adik aku suka hafal karangan..haha..bahaya sungguh..

kuar tajuk len kang pastu dapat markah ciput sebab terpesong baru tau...

Mohd Shahrul Hafizi said... [Reply to comment]

Dem! Aku pun buat taktik tu masa PMR dulu. Masa form1-2 aku okay lagi dgn Bahasa Arab. Naik form3, merundum sebab asyik ulangalik ke hospital plus ustazah yg mengajar tak best. Huhuhu.

PMR Bahasa Arab dapat D. Spoil terus result PMR aku. Hahaha.

RedBoys said... [Reply to comment]

haha. leh dia bantai tulis je. hafal2 tak naik. haru tu.

Anonymous said... [Reply to comment]

sape mamat tu bro.

hahahaha.

Anonymous said... [Reply to comment]

sape mamat tu bro.

hahahaha.

kan aku ckp, nk senang, jawap la karangan "hiwar"

Anonymous said... [Reply to comment]

celine handbags
ugg boots clearance outlet
mac cosmetics wholesale
mac cosmetics
cheap uggs
nike roshe run
gucci outlet
ugg boots sale uk
furla handbags
ray ban outlet
louis vuitton outlet sale
ugg clearance
woolrich jackets
genuine uggs
burberry outlet
gucci bags
canada goose jackets
mbt shoes
cheap ugg boots
canada goose sale
furla handbags
prada handbags
salvatore ferragamo shoes
canada goose jackets sale
ugg outlet online
tory burch outlet online
nike outlet
nike outlet online
roshe run
joe new balance outlet