Hoihoi
Hoyeah.. SPM dah habis bagi sesetengah student (kot). Aku dah 7-8 tahun tinggalkan dunia SPM ni. Dulu masa sekolah, tau nak bagi SPM cepat habis ajer, lepas tu masing-masing menanam cita-cita nak cari kerja. Yeah, mencari kerja lepas SPM memang popular. Macam-macam kerja boleh buat.
Aku dulu pun sama jugak. Lepas ajer habis SPM mulalah aku mencari kerja. Macam-macam kerja yang aku cari. Mula-mula aku nak cari kerja kat KFC. Biasalah, pemikiran tipikal budak-budak lepas SPM mesti dia nak kerja kat fast food joint. Tempat aku masa tu, KFC memang legend-lah. Ramai berebut-rebut apply nak kerja kat sana. Bila aku tengok ramai sangat apply, lepas tu ada interview yang belum tentu dapat, aku pun jadi malas nak apply. So aku beralih ke pasaran kerja yang lain dalam sektor minyak dan gas; jawatan pump attendance di stesen minyak.
Malang bagi aku, tiada kekosongan sebagai pump attendance di stesen minyak. Mungkin kerana aku mempunyai wajah Melayu asli. Kalau aku ada iras-iras Mat Bangla atau pun Mat Nepal, aku rasa aku dapat dah. Kecewa dengan sektor minyak dan gas, aku apply di sektor industri makanan; Kedai Mamak.
Watak Utama: Mael. Watak Sampingan: Makcik tengah korek kuku |
Tak perlu interview dan tiada diskriminasi yang memerlukan wajah Mamak, tokey kedai mamak tu kata "Esok you mari jam 8 pagi. Kirija 12 jam. 8 pagi sampai 8 malam, wokey??". Aku pun OK ajer. Wah, bangga aku ketika itu. Di kala aku tak dapat pergi PLKN, aku dapat kerja. Kerja kedai mamak memang gila jugak dibuatnya. Memang penat beb. Korang paham-pahamlah kan kedai mamak punya customer ramai mana. Macam-macam punya perangai customer aku jumpa. Yang sombong, yang sporting, yang gila, yang mintak pelempang, mintak penerajang, semua ada.
Ada kawan-kawan aku mengata aku tak standard kerja kat kedai mamak tu pasal gaji aku RM450 ajer sebulan. RM450 ajer beb. Apa aku peduli pasal standard. Kerja kedai mamak standard apa. Siap boleh tapau nasik beriyani tiap-tiap hari kat family aku. Padahal yang mengata aku tu langsung tak kerja, goyang telur je kat rumah. Aku dapat jugak gaji dan nasik beriyani. Hehehe.
Mamak yang tengah ambik order tu sampai sekarang aku taktau nama dia. Sumpah tak tipu |
Bulan berapa entah hari itu, aku singgah balik kedai mamak tu, teringat balik nostalgia lama kat situ. Keadaan kedai tu sama ajer macam waktu aku kerja 6-7 tahun yang lepas. Maybe harga naik sikit sekupang dua. Biasalah kan, minyak mahal. Tapi yang tak best tu, takde sorang pun mamak kat situ yang ingat aku. Ah, lantak la. Aku pun kerja bukan lama sangat kat situ.
Aku kerja sana adalah dalam 4 bulan. Lepas tu dapat offer masuk matrik. Dengan gaji yang aku simpan dalam 4 bulan tu, dapatlah aku beli barang-barang aku sebelum masuk matrik tu guna duit gaji aku sendiri. Kurang sikit beban mak bapak aku betul tak? So apa laga, pergilah cari kerja. Jangan goyang telur ajer.
Cheers,
Selamat menggoreng telur.
p/s: Gaji pertama beli apa entah aku pun tak ingat
Tweet
26 comments:
phew! aku pon dulu keje gakkk.
tapi belambak2 keje, macam2 aku try semua tak sesuai...
then dari situ aku nekad nak stady betol2.
susah oo keje lekeh2 macam tuh, letih habess! HAHA.
tapi yang aku paling igt, lps SPM adalah sangat demmm! gila beku otak cuti lama2.
Okay lar berpeluang dapat cari duit sendiri. Saya langsung tidak berpeluang hendak mencari pada suatu ketika sayu melihat kawan-kawan lain berhijrah ke kl bekerja sementara tunggu result SPM.
kite lak keje kat tesco as a casher..hahahhaa... :))) best wooo... gaji pertame beli kamea kompak...hehe.. :)))))
dulu xsempat nak keje,,
lepas dpt result frust nonggeng jap terus sambung diploma dlm bulan 3 gak,,
tapi pengalaman keje time skola dulu byk la,,
Special Tribute
hahahahah lorrr aiiii cam ne xley ingat nama.. first keje dapat kat kedai roti,dan tiap2 hari bawak balik roti mwahaha
i habis spm 4hb dec 2007. ingatkan nak berehat dulu, kosongkan otak before cari kerja. skali 23hb dah kena masuk u sbb dpt twran tajaan. cuti 20 hari jer wehhh terus blaja balik! tak sempat nak berehat. tp mmg bsyukur sbb x lama lg dh nak abis dgree. hee :D
lepas spm aku start blogging. ahaha
lepas spm aku buat partime seludup barang dapur gi indon.. hahahaa
i pun pk nak nak kerja tp tatau nak wat apa .biasa bdk pas spm mst jadi pelayan dkt mana2 restoran atau kerja jadi promotion dkt shopping complex .
i ada nampak kerja kat pizza hut aritu ,gaji dia rm750+ rasa ok tak ?
weyhh u nak letak la url kat shoutbox ok !
@AISHA SAAD: Memang la letih, dah nama pun kerja lepas SPM. nak kerja dalam pejabat jadi bos aircond, siapa nak layan? Sijil SPM pun takde..
@Akubiomed: kenapa tak berpeluang pulak?
@Ezma: Kamea kompak atau compact camera? hehehe
@Fariq: Anda tidak keseorangan..hehe
@Rosso: Ah ah, tak tau nama mamak tu.tak pernah tanya pun. tapi dia tu bapak sedara tokey tu..
@Lis Amir: Wah..tajaan mana?? study mana skg?
@Zikery: Bagus beb..tapi tak merasa la kena maki ngn client dan cutomer secara live kot..hahah
@birak: Hahah..ko memang terbaik bai..
@wannurfazrini: U pergi je cari kerja mana2 faz. tak kesah la pelayan restoran ke promoter supermarket ke. At least u dapat jugak gaji+pengalaman yang boleh u blog-kan suatu hari nanti. Percayalah, u akan kenang pekerjaan pertama u sampai bila2 walaupun ianya tak best...
jangan u kerja jadi 'pelayan' lain udah la..haha
Aku kerja Kat Hotel tapi sebelah malam je, 11mlm-7pagi, petang aku bantu member jual buger 5ptg-10mlm, tapi aku nasib baik sebab dapat sambung belajar pun dekat rumah je Poli KB, jadi mlm aku masih boleh kerja lagi(kebetulan masa belajar aku tak dapat pinjaman)
Ps:bangga dapat belajar pakai duit sendiri :D
kalau nak sambung belajar lagi..keje cikai pun tak pe..asal dapat duit belanje skit.. tapi andai kata masih nak belajar..cari la yang ade mase depan skit..hehe. pape pun gud luck
uh aku sebulan relax dulu habis spm
lepas tu baru keja, lepas ada duit tu berenti keja
amik lesen reta..haha
bagus2.keje mamak pun xpe janji halal an :)
@dnoBiz: Tabik sama ko bro.. siang malam kerja.
@CikSu: Bukan cikai, tapi takde standard.. kerja yang sepadan dengan kelayakan budak baru kuar sekolah
@SyahrilHafiz:Hahaha... abis kat kereta je la?
@Kin: ye..betul..janji halalan toyyiban
@The Sharkox:Sebab orang tidak benarkan suruh ikut dia buat kerja di kebun
Tak sangka memang penat kerja kat Restoran Mamak. Tahu order sahaja patutler kalau gi kedai mamak yang tukang serve dia lepas tu dia :-)
lepas SPM ambil lesan kereta. duduk rumah buat kerja rumah sebab mak kerja
lepas spm membesarkan perut je..haha
@akubiomed: Ok la tu kerja kebun pun kerja jugak..
@Seri: bagus
@Edy: HAHA
Aku lepas SPM buat lesen siap-siap. Alhamdulillah. Dah lesen kompeten walaupun dah berkali-kali kena saman. Hahaha.
aku dulu plan lepas SPM nak amik lesen, amik kursus komputer.. tapi check2 dapat PLKN.. siot.. hahaha.. last2 wt lesen dengan kepala botak..
woolrich outlet
barbour jacket
kd vi
miu miu outlet
jimmy choo shoes
cheap ugg boots for sale
clarks shoes
north face jackets
cheap ugg boots
uggs outlet
ugg sale
new balance sneakers
ugg clearance
tory burch bags
belstaff jackets
cheap uggs
clarks outlet
burberry sale
fitflops sale
marc jacobs handbags
burberry outlet
furla bags
air max pas cher
coach handbags
canada goose outlet
coach factory outlet
belstaff outlet
longchamp outlet
cheap kevin durant shoes
burberry sale
nike free 5
ugg boots for men
off white clothing
russell westbrook shoes
golden goose
supreme shirt
moncler jackets
kyrie irving shoes
kyrie 7 shoes
yeezy supply
jordan shoes
bape hoodie
Post a Comment