Blog Komik oleh @thesharkox: February 2011

Tersepit selama 127 jam

32 comments

Hoihoi..

Baru-baru ni aku berkesempatan menonton filem 127 Hours. Filem ini merupakan sebuah kisah benar yang diangkat dari sebuah novel yang di tulis oleh Aron Ralston bertajuk Between a Rock and a Hard Place. Diarahkan oleh Danny Boyle (Slumdog Millionairre), cerita ni memang serius best bagi orang yang suka cerita-cerita berdasarkan kisah benar seperti aku ni. Bagi peminat cerita Prof. Razak Mohaideen dan Ahmad Idham, kamu tidak digalakkan menonton filem ini. Nanti kamu cakap boringlah cerita macam ni. 

Cucuk betis

35 comments



Hoihoi

Masa mula-mula aku tengok gambar betis dia kena cucuk dengan kayu lantai velodrom tu, aku terkejut gila. Aku dok heran, macam mana kayu tu boleh tembus kat betis dia? Kemudian dia selamba je kayuh basikal dan menang nombor tiga. Cool.. Memang berhati wajalah The Pocket Rocket Man ni. Ini baru betul atlet berjiwa hero. Kalau kena kat aku, mau aku pengsan 12 hari. 

Sini tiada hantu...

24 comments



Hoihoi..

Dialog diatas berlaku ketika aku dan kawan-kawan aku nak beli tiket Sini Ada Hantu (SAH) kat TGV KLCC Khamis malam jumaat lepas. Nasib baik aku ini seorang yang budiman dan hensem, kalau tak memang aku kasi pelempang laju-laju dah macha tu.

Ok, menonton SAH ini pada aku agak berbaloi. Aku mula-mula taktau pun ada filem ni. Member aku la dok beriya sangat nak tengok. So, oleh kerana takde cerita lain masa tu (area pukul 1045 malam) maka aku pun on ajelah. Dalam hati aku cakap tolonglah jangan cerita hantu macam cerita hantu Prof Razak Mohaideen. Last sekali aku tengok wayang cerita Melayu ialah.....ermm...ermmmm...hmm....ermm....hmmm.... Entah, cerita apa entah, bila entah, aku pun dah lupa..

Twitter badge by TheSharkox

14 comments




Hoihoi..

Kalau kamu perasan, dalam header blog tak best ini, ada burung kecik atas kepala budak tu. Ambiklah burung biru yang aku lukis ni. Aku bagi free. Dalam bizi bizi ni pun, sempat lagi aku main burung aku sendiri. Eh, bukan. Sempat lagi aku lukis burung biru ni maksud aku.

Minggu sibuk dan Malaysia Technology Expo 2011..

14 comments


Hoihoi..

Minggu ni aku sibuk ya amat sikit. Sibuk pasal kena pergi KL untuk menjaga booth kat Malaysia Technology Exhibition 2011 (MTE2011) dari 17-19 hb Februari ni kat Pusat Konvensyen KLCC. Ini adalah exhibition yang pertama aku pergi untuk tahun ni. Yeah, bolehlah aku menambahkan lagi koleksi tag exhibition sambil mengumpul goodie bags dari booth lain..

Kehadapan Encik Fernando Torres bernombor 9

18 comments




Saya ucpakan tahniah kerana anda berjaya meletakkan diri anda sebagai pemain ketiga termahal di dunia selepas Christiano Ronaldo dan Kaka. Pemergian anda ke pasukan lawan di pertengahan musim memang membuatkan para peminat The Kop marah lalu membakar jersi anda.

Gong Xi Fa Cai masa kecik-kecik dulu

36 comments



Hoihoi..

Mula-mula aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada roomate aku sekarang ni, Tenh Hock Kuan (Little Ant 99). Semoga tahun arnab ni bawak bawak ONG kepada Ah Kuan. Ye, sekarang ini aku ber-roomatekan seorang Cina beragama Buddha yang menyambut Tahun Baru Cina. Tiada masalah pun pasal kerana dialah aku ada bilik sekarang ni. Tapi aku masih tak dapat angpau dari dia pasal dia tak kahwin lagi. Bila dia nak kahwin entah. 

Aku dulu masa kecik-kecik memang aku sukaTahun Baru Cina. Suka pasal aku dan kawan-kawan aku yang masih hingusan lagi pada masa itu akan keluar pagi-pagi dan berkumpul beramai-ramai depan KFC pasal nak tengok tarian singa. Masa tu aku panggil Tarian Singa tu 'Tarian Naga' pasal tak tahu nak beza naga dengan singa. Hahaha

Best bila dapat tengok orang yang jadi kaki depan dan kaki belakang singa tu melompat-lompat atas tiang-tiang, angkat kaki depan, pusing kanan pusing kiri atas tiang tu tapi tak jatuh. Last-last mesti singa tu makan apa entah yang mereka gantung kat tiang yang paling tinggi dan diakhiri dengan main mercun papan saiz XXXL. Lepas tu dapat limau free. Hui.. teruja beb masa tu.

3 tahun 1/2 saja..

21 comments


Hoihoi

Aku dok rasa, sepatutnya dia kena 10 tahun setengah pasal 3 tahun setengah itu baru untuk satu rakaman klip 3GP. Yang dok tersebar ada dalam 3 klip aku rasa (kawan aku bagitau). Terbaiklah Peterpan. Artis Jepun pun siap nak ajak berlakon dengan kau. Kau memang ada ciri-ciri Peterpan-lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...