Tersepit selama 127 jam | Blog Komik oleh @thesharkox

Tersepit selama 127 jam


Hoihoi..

Baru-baru ni aku berkesempatan menonton filem 127 Hours. Filem ini merupakan sebuah kisah benar yang diangkat dari sebuah novel yang di tulis oleh Aron Ralston bertajuk Between a Rock and a Hard Place. Diarahkan oleh Danny Boyle (Slumdog Millionairre), cerita ni memang serius best bagi orang yang suka cerita-cerita berdasarkan kisah benar seperti aku ni. Bagi peminat cerita Prof. Razak Mohaideen dan Ahmad Idham, kamu tidak digalakkan menonton filem ini. Nanti kamu cakap boringlah cerita macam ni. 

Cerita ni pasal apa???
Filem mengisahkan Aron Ralston, seorang pendaki gunung tegar mendapati diri dia terperangkap di celah-celah dinding canyon dan tangan tersepit di antara sebijik batu besar dengan dinding canyon tu. Mula-mula dia cuba sedaya upaya nak angkat batu tu. Tapi batu tu MasyaAllah berat ya amat. 

Nak dijadikan cerita, dia terperangkap kat tempat tu 5 hari. 5 hari tangan dia tersepit kat situ. 5 hari tu jugaklah dia bertahan. Last-last, dia ambil keputusan untuk potong tangan dia guna pisau lipat, tapi pisau tu tumpullah pulak. Masa nak potong tangan ni yang ngeri dan ngilu ni. Serius.. Memotong tangan sendiri menggunakan pisau lipat yang tumpul memerlukan hati yang sangat waja dan tabah .


Best sangat ke 127 Hours ni?
Bagi aku cerita ni best. Walapun cerita ini slow, kurang dialog, tak banyak action, tiada letup-letup, tiada adegan mengerang di ranjang dan tiada Saheizy Sam, aku bagi 4 stars. Aku suka cerita berdasarkan kisah benar dan juga cerita autobiografi macam ni. Cerita ni membuatkan aku berfikir tentang erti survival diri. Dalam cerita ni jugak aku belajar macam mana nak potong tangan sendiri. 

Okeh, mari belajar cara-cara nak potong tangan. Mula-mula kena ada pisau yang tajam (yang penting, bukan Made In China). Lepas tu patahkan kedua-dua tulang kat tangan tu. Sebelum patahkan tulang tu, baca Bismillah banyak-banyak kali. Lepas dah patah, barulah potong daging kat tangan tu dengan cekal. Bila sampai kat bahagian urat saraf, berdoalah banyak-banyak kerana memotong urat saraf memang azab. Sekian tutorial potong tangan.

The Real Aron Ralston
Aku ulang sekali lagi, peminat cerita Razak Mohaideen dan Ahmad Idham, kamu tidak digalakkan menonton filem ini. Pergilah kamu menonton cerita yang tak memberatkan kepala otak kamu. Cerita ini memang tak sesuai untuk kamu. Aku cadangkan kamu pergi menonton cerita Kembar Siang lakonan Kamal Adli. Ada adegan motor roda tiga terbang. Lepas tu pergi minum kopi kat Chemsitry Cafe.

p/s: Semasa kejadian ini berlaku, Aron Ralston sempat merakamkan detik-detik semasa dia terperangkap tu menggunakan handycam Sony dia. Klip original boleh di view di sini (Youtube)

Pic (Aron Ralston) credited to:
Dailymail.co.uk

32 comments:

watchalawatco said... [Reply to comment]

bagus cerita ni..

pearl jade said... [Reply to comment]

omg..btl ke potong tgn?

The Sharkox said... [Reply to comment]

@watchalawatco: agree

The Sharkox said... [Reply to comment]

@pearl jade:Ye..betul. boleh search kat google Aron Ralston

h A n Y S said... [Reply to comment]

ni yang buat nak pi wayang lagi ni, haih..rabak poket..haha..
btw,masa dia potong tangan tu, ade tunjuk x? kalau ada, lg buat teruja nak pi tgk! heh heh~
;D

The Sharkox said... [Reply to comment]

@h A n Y S: Jangan risau.memang ada babak tu.. itu adalah adegan klimaks dalam cerita ni.. my friend siap tutup mata masa tengok babak tu..memang angker...

gabanMorka said... [Reply to comment]

serius mcm best cerita ni

cis

aku nk tgk

ko dh tgk 'The Hurt Locker?'

serius shit best

n also,"peminat cerita Razak Mohaideen dan Ahmad Idham, kamu tidak digalakkan menonton filem ini juga'

Wan Gerrard said... [Reply to comment]

huhu filem antara terbaik..^_^

KiN said... [Reply to comment]

tatut nk tgk +.+

afrohead said... [Reply to comment]

aku suka sinikal kepada peminat filem razak mohaideen dan ahmad idham dalam entri ni. haha!

p/s: 127 hours memang awesome!

♥CIK SHA♥ said... [Reply to comment]

nak tengok tapi takot part potong tangan tu..wuuu..

Zik said... [Reply to comment]

kisah betul nie.. aku rasa pernah dengar lah pasal story nih... tak sangka difilemkan..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@gabanMorka: Hurt Locker tak dan nak tengok lagi..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@KiN:Tatut? kalau rasa tatut tak digalakkan tengok. Part potong tangan tu mmg angker

adwafarahin said... [Reply to comment]

citer nie mcm best tp x sempat nk p tgk lg..hoho

rossoneri said... [Reply to comment]

erkkkk pengsan jap part potong tgn tuh

syahrilhafiz said... [Reply to comment]

lama gila cite ni
macam borink, hehe

The Sharkox said... [Reply to comment]

@syahrilhafiz: Ratu the Movie dan Kembar Siang ada banyak kosong..hehehe

Emila Yusof said... [Reply to comment]

ya Allah, gerun akak tengok tangan tu terputus...yang kat bawah tu pun....heheh

anyway, great illos (slang for illustrations)! You have your own style. I like that.

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Emila Yusof:WOW...Emilia Yusof komen di sini... Bangga gila... :)

qasehraihan said... [Reply to comment]

wah best ni citer ni..hehe
templete sama pdekar ek???
tok guru saya tu..hehe

Azuan said... [Reply to comment]

aku dah tgk citer ni..mmg best!

prof razak mohaideen punya citer best apa? wakaka...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@qasehraihan: anak murid pendeka ye? jgn guna bahasa kasar2 tau..hehe

@Azuan: Kalau best ko gi la tengok Ratu The Movie dia tu..tengah main kat pawagam skg ni kan? wakaka

/Dayah/nurul/dayak said... [Reply to comment]

best plak tgk trailer tu, mmg gila cite betul

Geek Malaya said... [Reply to comment]

Dah tengok cita ni semalam... adoi.. cita pasal dia sorang ja smpai 2 jam...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@/Dayah/nurul/dayak:silalah tengok

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Geek Malaya: haha... dah dia sorang je tersepit dalam tu

Anis Azhani said... [Reply to comment]

cerita ni kalau tengok kat cinema memang seksa minda. sakit wohh!

*nasib baik tangok kat laptop ja -.-

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Anis Azhani: ehehehe..sama la..tengok kat laptop jugek :)

zaL_cdpx said... [Reply to comment]

yg seram nk tgk tu la yg dia bt.. sakit gler kot.., tp nk idop.., kenala gak....

Raji berkata said... [Reply to comment]

xsnggup nk tgk cter2 cmnih
huhu potong2 tgn sume x.x

Anonymous said... [Reply to comment]

mulberry outlet
michael kors outlet
new balance shoes
chi flat iron
chloe outlet
uggs outlet stores
nike roshe run
nike shox
moncler outlet
discount ugg boots
dansko shoes
coach factory outlet online
ugg boots outlet
uggs for cheap
jordans 11
dansko clearance
ugg sale
celine bag
ugg sale
coach purses outlet
ugg clearance
ugg boots for women
ugg boots outlet
dolce gabbana outlet
uggs for sale
michael kors handbags outlet
michael kors outlet
uggs outlet stores
tods outlet
ugg uk
tory burch outlet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...