Blog Komik oleh @thesharkox: January 2011

NYANYUK!!!!

26 comments


Seorang nyanyuk cakap orang Islam di negara dia perlu kurang patuh pada pegangan Islam dalam hidup.  Seorang lagi di-cop nyanyuk oleh orang-orang kat negara yang tu pasal dok sibuk mengata bukan-bukan pasal negara tu.. 

Nyanyuk ni penyakit orang tua. So no wonder la dua-dua orang ni di-cop nyanyuk. Dua-dua dah tua..

Dijangkakan harga munyet akan naik bulan depan

32 comments

Hoihoi..

Aku dok rasa harga monyet akan naik. Semuanya gara-gara seorang pemain bola yang kahwin dengan artis tu. Boleh pulak bawak binatang tu pergi kenduri dia. Munyet pakai baju Manchester United memang satu idea yang menarik untuk peminat MU. Nasib baik aku penyokong West Ham United. 

Siapa rasa nak kena tumbuk laju-laju?

19 comments

Hoihoi

Ha, oleh kerana minggu depan Chinese New Year, maka aku minggu ini sudah mula membuat persediaan ke arah itu. Langkah pertama ialah dengan menonton filem kungfu. Aku bukanlah peminat filem kungfu sejati. Hanya ada beberapa filem kungfu sahaja yang aku minat. Yang aku minat sekarang ini ialah cerita pasal IP Man (Yip Man), tok guru Bruce Lee. 


Adegan IP Man membuat tumbukan laju-laju ke arah kepala lawan dia adalah scene yang paling aku nanti-nantikan. Pergh.. Ianya begitu asyik sehinggakan aku terpengaruh. Hari-hari praktis untuk mendapatkan tumbukkan laju macam dia. Tak dapat buat penumbuk laju-laju pun takpa, dapat lempang pipi Fasha Sandha laju-laju pun dah cukup baik. 

Adakah korang pernah bercita-cita menjadi seorang ahli bomba?

32 comments

Hoihoi..

Lepas terbaca entri Hamzah si Terbang Tinggi-Tinggi, aku teringat pulak kisah aku. Aku dulu, waktu sekolah rendah, kalau cikgu tanya "Apa cita-cita awak?",  jawapan yang standard terpacul dari mulut aku ialah polis, askar dan bomba. Tapi aku selalu jawab "Nak jadi Bomba" lebih dari nak jadi polis dan askar. Kenapa bomba? Pasal tak ada pekerjaan lain dalam dunia ni selain bomba yang mana dalam pejabat dia ada lantai berlubang dan boleh turun ke bawah melalui lubang tersebut menggunakan sebatang tiang. 

Cool kan kerja bomba? 


Selamat Menyambut Ulang Tahun Superman Malaya!

27 comments

Pada 13 Januari 2008, seorang Superman yang memegang status warganegara Malaysia telah dilahirkan. Tapi beliau bukannya lahir di Planet Krypton dan di hantar ke bumi menggunakan kapsul seperti Clark Kent. Sebaliknya beliau telah dilahirkan semasa membuat show di sebuah pentas ketika ulang tahun ke-4 8TV. Kemudian pada 19 Januari 2008, Superman tersebut terpaksa berhenti menjadi penyelamat Malaysia selama 3 bulan kerana pandai-pandai tunjuk perut depan orang ramai masa show itu.

Oh, 19 Januari ialah semalam. Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-3 Abang Superman...

Ah...poyo la kau..

34 comments

Aku adalah orang yang menentang Mark Zukerberg dalam perihal menukarkan profail yang lama kepada profail yang baru tanpa kebenaran aku dan semua pengguna Facebook yang lain. Tapi dalam beberapa saat, aku menukar pendirian aku kepada menyokong Mark Zukerberg dalam penukaran ini. 

Atok beli apa tu??? (Bahagian 2)

14 comments

Jika anda berusia 60 tahun, memegang jawatan tinggi dalam syarikat yang bersepah-sepah, ada duit berguni-guni dalam bank luar negara, ada kereta mewah berderet-deret tapi haram satu pun tak pernah bawa,  berasa hidup dalam kesunyian dan mempunyai tubuh badan yang masih sihat zahir dan batin serta anda ingin kelihatan stylo mylo, bagaimana caranya? 

Aku suka baca novel Versus karya HLOVATE

58 comments

Hoihoi..

Aku mengaku, aku adalah seorang lelaki yang mempunyai perasaan tipikal terhadap novel-novel di pasaran sejak zaman sekolah lagi. Pada aku novel-novel tebal yang di baca kebanyakkan gadis tak lebih dari jiwang, cinta-cinta yang meleleh-leleh, dan hanya fantasi cinta si penulis semata-mata. Seingat-ingat aku, aku hanya baca Novel Perlumbaan Kedua ketika Form 4 dan Julia (Form 5). Itu pun kerana novel tersebut wajib di baca kerana masuk dalam paper Bahasa Malaysia ketika SPM. Kalau tak, haram aku tak baca. 

Tapi semua pandangan tipikal aku tentang novel berubah apabila aku secara tak sengaja terbaca novel bertajuk VERSUS karya HLOVATE. What can i say about this novel is "DAMN, THIS NOVEL IS VERY NICE..!!!!".  Walaupun aku ambik masa dekat 3 minggu lebih untuk habis baca, tapi aku puas hati. Seriously karya pertama HLOVATE ini betul-betul membuatkan aku ketagih nak cari novel dia yang lain.

Atok beli apa tu???

33 comments

Jika anda ada duit banyak, berkepuk-kepuk dalam poket, dan anda nak kelihatan stylo-mylo, bagaimana caranya? Caranya ialah dengan memperabiskan duit anda sebanyak RM250 ribu untuk mendapatkan gelaran DATUK. What The Fish bayar RM250 ribu untuk dapatkan gelaran DATUK??? 

Ritual Bakar Novel

29 comments

Hoihoi..

Sudah-sudahlah merungut pasal Ana Raffali menang AJL. Cukup-cukuplah cerita pasal artis berbikini kat Bali tu. Ketepikan sebentar benda-benda hiburan yang lagha tu. Cuba buat entri bersifat nasional sikit. Ok, dah bosan aku dok baca benda sama saja dalam blogsphere sehari dua ni. Ana Raffali, Bikini, Ana Raffali, Bikini. Sangat sedikit 'bloggers' yang nak cover pasal isu Novel Interlok.  

Aku malas nak ulas panjang pasal Novel Interlok ni. Kalau siapa-siapa yang tak tahu lagi haramjadah apa Interlok tu, bolehlah meng-GOOGLE Interlok lepas ni. Isunya di sini, kelmarin ada satu group kat Klang buat demonstrasi bakar novel berjudul Interlok ni pasal tak puas hati Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menjadikan novel tersebut sebagai teks komponen sastera untuk pelajar sekolah Form 5Yang tak puas hatinya pasal apa? Pasal ada perkataan PARIA dalam novel tu.  

Biarlah dia nak pakai bikini pun. Dia bukan suka pakai baju.

30 comments



Hoihoi..

Kecoh. Satu blog bukak cerita pasal minah ni pakai bikini, semua blog nak ikut buat benda yang sama jugak. Hadoi. Biarlah dia. Dia rasa pusat dia lawa, mestilah dia nak tayang pusat dia kat orang sana. Cakap banyak-banyak pun tak guna. Dia apa kisah. Pakai kostum penari gelek kat sini orang bising, pakai bikini kat Bali pun orang bising.. 

Aku dah agak dah Ana "Baju Kebaya" Raffali menang..hahahahahaha

41 comments



Well...As i said earlier in previous entry, saingan terdekat Cinta Sempurna ialah Tolong Ingatkan Aku dari Ana Raffali.. Well.. Aku memang ada kuasa psikik macam arwah Sotong Paul...  Congratz Ana.. Congratz to Yuna also. 

Faizal Tahir, ko cuba lagi tahun depan. Kalu tak menang jugak, cuba lagi 2 tahun akan datang..

Hahahahaharuan

Preview AJL 25: Good Luck YUNA..

16 comments


Hoihoi..


Kalau tahun lepas aku bajet lagu Dan Sebenarnya oleh si Yunalis Zarai boleh masuk Top 3. Tup-tup dapat Naib Juara. Tahun ni aku bajet benda yang sama jugak. Top 3 tu tak mustahil. Tapi serius banyak gila lagu-lagu yang aku rasa cukup kuat. Rival terdekat Cinta Sempurna pada pendengaran aku ialah Tolong Ingatkan Aku si Ana 'Baju Kebaya' Raffali

Hit keyword di hujung minggu pertama 2011

26 comments




Hoihoi...

2-3 hari ini keywords paling hot ialah gadis shawl melaram. Hahaharuan.. Aku taktau kenapa tiba-tiba ramai gadis-gadis dan sebilangan jejaka-jejaka hightlightkan benda ni. Blog yang mengutarakan isu tu memang antara blog yang aku follow lama dah. At first aku baca lepas dia publish, aku rasa macam takde apa pun. Lagi aku gelak adalah. Gelak pasal setuju dengan apa yang dia cakap tu. Betullah tu.. 

Aku yang Ketidak-fahaman dengan servis di Kaunter perkhidmatan Kerajaan

44 comments


Hoihoi..

Kadang-kadang aku sendiri pun tak faham dengan sesetengah servis di kaunter kerajaan. Bukan aku nak mengata kat semua kaunter kerajaan kat 1Malaysia ni, cuma 'sesetengah' servis kat kaunter kerajaan ni sangat pasif. Datang pukul 12.50 tengahari dah takdak orang dah kat kaunter. Jenguk sikit kat dalam, adalah sorang dua. Itu pun pura-pura sibuk, pura-pura tak perasan ada orang dok tercongok kat kaunter tu. Bila tanya "Person in charge mana?". Dengan selamba kodok menjawab "Awak datang balik pukul 2.30 petang nanti.."

Astro Liga Malaysia....wohoo..

24 comments

Aku antara makhluk yang agak terkejut apabila dapat tahu Astro akan menjadi penaja utama Liga Malaysia selepas TM tak nak teruskan tajaan untuk season ini. Aku teruja. Dengan tajaan sebanyak RM 55 juta setahun (sumber: Sokernet), diharapkan FAM gunakanlah untuk pembangunan bola Malaysia yang selama aku hidup selama ni,  suam-suam kuku saja. Sampai player Malaysia masa main kat Final AFF SUZUKI CUP 2010 haritu pun, ramai yang tak kenal lagi (selain KFCM).

Kronologi Mini Gath Utara tahun lepas

25 comments
Hoihoi..


Tahun lepas (25-12-2010) ada gathering untuk 'bloggers' utara. Ada lebih kurang 19 orang blogger tak termasuk aku, pasal aku bukan blogger. Baca header kat atas tu elok-elok. Pertemuan ini berlangsung di Bowling Apa Nama Entah di Star Parade, Alor Setar. Dianjurkan oleh Cik Gadis Kampung Separa Bandar

Dear TheSharkox readers,

26 comments

Terima kasih kerana menyokong aku. Kalau takde korang, aku pun tak bersemangat nak merapu. Teruskan sokongan anda supaya aku boleh merapu lebih lagi pada tahun ini. Kalau rasa nak klik-klik iklan pun apa salahnya..

Hahahahahahruan

Hidup Ikan kerapu masak stim...!! 

p/s: Aku nak pergi jogging, bye-bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...