Hoihoi..
Sudah-sudahlah merungut pasal Ana Raffali menang AJL. Cukup-cukuplah cerita pasal artis berbikini kat Bali tu. Ketepikan sebentar benda-benda hiburan yang lagha tu. Cuba buat entri bersifat nasional sikit. Ok, dah bosan aku dok baca benda sama saja dalam blogsphere sehari dua ni. Ana Raffali, Bikini, Ana Raffali, Bikini. Sangat sedikit 'bloggers' yang nak cover pasal isu Novel Interlok.
Aku malas nak ulas panjang pasal Novel Interlok ni. Kalau siapa-siapa yang tak tahu lagi haramjadah apa Interlok tu, bolehlah meng-GOOGLE Interlok lepas ni. Isunya di sini, kelmarin ada satu group kat Klang buat demonstrasi bakar novel berjudul Interlok ni pasal tak puas hati Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menjadikan novel tersebut sebagai teks komponen sastera untuk pelajar sekolah Form 5. Yang tak puas hatinya pasal apa? Pasal ada perkataan PARIA dalam novel tu.
So siapa yang tak puas hati tu? Agak-agak siapa yang terasa dengan perkataan PARIA tu? hehehe. Jalan senang nak tunjukkan ke-tidak-puas-hatian kepada KPM ialah dengan buat demontrasi bakar novel tu. Adalah dekat 100 orang yang join bakar novel tu. "Kita bakor...kita bakor..kita bakor". Sebijik macam dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Yang bestnya, yang mulakan isu ni ialah seorang yang berpangkat timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia rasa perkataan PARIA itu sungguh rasis dan menghina agama Hindu dan kaum India. Benda ini sekarang sudah jadi mainan politahik dah. Dan atas semangat 1Malaysia, lepas ini confirmlah ada yang akan pertikaikan benda ini even dia sendiri tak pernah baca paper berbahasa Melayu, apatah lagi novel Interlok yang dah berusia 40 tahun ni.
Habis tu takkan nak suruh KPM jadikan novel-novel [HLOVATE] jadi teks sastera kot? Mau kena smash dengan Prof. Diraja Ungku Aziz nanti. So, lantak kau oranglah nak bakar novel tu pun. Jangan bakar Quran dan bakar orang lagi lepas ini sudah.
Hahahaharuan...
Senyum,
Salam 1Novel
p/s: Sedang tersengih apabila Bean Moreno review blog ni..hehehehehehe. Thanks Bean
Tweet
27 comments:
lahhhh....
tapi mmg la agak sentap kan kalo letak paria tuh, tapi perlu ker smp bakar!
gila membazir.. adoii akai tarakk ka depa nihhh. haihhh!
neway aku mamak, rasa nak bakar blog ko pasal tulih perkataan PARIA. HAHAHAHAHAHA.
hurm???
paria tu hape?
Kalo ye pun x suka jangan lor g bakar, antar kat recyle centre pun dah ok. Kesian pokok kena tebang nak ganti kertas terbakar..
knp aku rasa perkataan 'paria' tu macam ada je dlm sejarah..dia blaja sejarah x..daripada bakar buku tuh,baik bagi aku
@rossoneri:
Memang tercatat dalam sejarah India.
Dorang cuba buang perkataan 'paria' sebab nak jaga status.
nape nak kena bakar2 smua..xptt la huhu
im following u :P
Meh singgah: Keduanyer Pergi untuk Selamanya.. :(
novel baru yang di tukarkan en ? haha so far tak baca lagi.. tapi cikgu cikgu kata boleh tahan...
*isu PARIA pun nak kecoh.. aduyai~
@AISHA INANI: heh..apa ni nak bakar2 blog ni??
@Atsuko: Hahaha..sila google
@ParkAir: Mana dia dapat novel tu entah
@Rosso: A ah..ada je..status paling bawah
paria tuh tak sentimen ke bro
kang diorang bakar blog ni..haha
betul2. berjg2 jugakla awk kalo nk buat novel ea, tak mahu dgr isu bakar quran !
novel nie publish thn 1971...
kenapa baru sekarang isu ini dibangkitkan..
kenapa baru sekarang nak dimansuhkan...
hurm...
nak novel interlok satu......
@syahrilhafiz: Nak bakar blog tu agak mustahil kot...haha
@Dayah: Saya novel pun malas nak baca, inikan pulak nak buat..
@-ROCKprincess-: Biasalah orang politik
@Mintak dengan KPM..hehe
ahehe, best baca pasal nih, n klakar baca kartun2 tu..
baru pagi semalam tahu pasal interlok nih, kat selamat pagi Mesia tv3..
Paria = Gelaran paling rendah untuk kaum India kalau tak silap..
ikat perut nk beli novel, de bleh bakar lak! dasar...
@KiN:beli ke????????
:) :) :)
terbaeekkk!!!!
Jengjalan dari mknace unlimited
actually bangsa Malaysia terlalu sensitif...Benda dah lama apasal masa 1971 tak nak bangkitkan isu ni!
Aku sokong Bean dan Izzat. Benda ni sebenarnya takda apa pun. Cuba kalau takde siapa ambik peduli dengan 100 orang ni, tak buat cover up dalam berita, takde jadi hal punya... dah ini kita pun layan dengan geng2 macam tu payah la... kena plak 1Malaysia pak najib nim lagi la galak mintak
sekarang ini semua benda mahu di politahik kan. sampaikan masa depan diri sendiri pun nak di politahik kan. sadis giler!
saya seorang warganegara malaysia,memohon minta maaf kalau comment saya menyingung perasaan orang lain..!
Bukan bakar pasal ape dah.,ini pasal rasist la brader..,buku ini buku kesasteraan melayu, buat ape nak ungitkan pasal india pula...?mmg betul, paria itu kasta paling rendah dlm golongan hindu,tapi sekarang ianya semakin dilupakan dan kita org hidup tanpa bezakan antara 1 sm lain.
cartoon atas mmg kelakar,tapi bukan kita orang india tak pandai cakap melayu...tapi u orang sendiri..,org kelantan ckp semcm..,org perak semcm..org kedah semcm..hehehe :P
Utk pegetahuan semua,kami boleh survive dkt semua tempat,contohnya UK,USA,CANADA...etc., tapi u semua mcm mn...? bahasa inggeris kat sekolah pun susah mcm naik gunung everest..! sampai kerajaan pun tarik balik pelan belajar sains dn matematik dlm bahasa inggeris!malu tak malu.......!
mmg u orang betul...saya sokong fakta yang india dan cina adalah pendatang...!cuma kamu rewind blk sejarah melayu..!ahhh....u org kan suka2 modified sejarah..!Parameswara yang dtg dr timur dan memperkenalkan daulatan raja juga sudah modified, smp skrg tak boleh jumpa nama dia dlm buku sejarah...ok,msk cerita blk....>>> utk pengetahuan kamu,hanya orang2 asli yang boleh buat dan bagi comment pasal dia yang patut panggil bumiputra...KENAPA??? dia la pemilik muka bumi ini...!kaum melayu pun pendatang juga, u org dtg indonesia...!
smpi hal2 makanan pun takde pendirian langsung..!yong tau fu,tau fu fa,kuih athiresam, murukku..,chak kuih..aduiii....semua kebas dr orang lain!
universiti tempatan takde tempat utk bkn orang melayu..,kenapa ye? sebab kite org boleh belajar kat private.contohnya..india, indonesia, rusia, dll... tapi u org mn boleh,..! kerajaan kene support ma...!
beli kereta,beli rumah,beli isteri ade discount bumiputra...knp tak blh bayar full amount ah,macam org lain...1 ape dah...tengok lah belakang u org dulu,baru la tengok kite punyer...
sekian.terima kasih..!
macam-macam gaya ada,
novel tu dah ditukar versi lain, kan..
ini kes tak berfikiran terbuka dan pentingkan bangsa dari agama..
Recent post:
Template Ringan untuk Blog
aish ad2 jer depa nih
yg bikin racist ialah diri mereka sndri cuba bngkit2kan isu sebegini..
hurm
isabel marant
tods shoes
parajumper outlet
juicy couture outlet
uggs for sale
jimmy choo outlet
uggs on sale
manolo blahnik sale
polo outlet online
ysl shoes
woolrich jackets
canada goose jacket
pandora charms uk
cheap uggs
gucci outlet
pandora charms
uggs on sale
coach outlet
prada outlet
ray ban sunglasses
oakley sunglasses
official michael kors outlet
michael kors handbags clearance
uggs outlet
uggs outlet
ugg boots cheap
barbour uk
balenciaga handbags
nike roshe run
michael kors outlet online
kate spade outlet
mbt shoes
replica bags on amazon learn the facts here now b7e02b1p10 replica bags from china free shipping look at here now t8d43t7m13 Ysl replica handbags replica bags south africa right here j1g07n6u71 replica bags buy online replica bags london
Post a Comment