Hoihoi..
Apa macam dengan hujung minggu korang? Penuh dengan kenduri kan? Mesti perut penuh dengan nasik minyak dengan air sirap. Samalah macam aku. Aku minggu lepas pergi kenduri best friend aku. Selamat pengantin baru kepada IRA dan laki dia, HANIF. Tapi bukan pasal kenduri aku nak cerita, aku nak cerita pasal konduktor bas muda.
Korang pernah jumpa konduktor bas umur 20-an? Aku sebelum ni memang serius tak pernah jumpa sebelum ni. Biasanya konduktor ni berumur tahap pakcik-pakcik. Paling muda pun 30-an. Tapi Jumaat lepas masa aku naik bas nak balik ke Alor Setar, konduktor dia seorang remaja. A TEENAGER! I think he's just around 18-20 years old something-lah.
Siapa kata kerja jadi konduktor bas tak cool?? |
Masa itu aku ingatkan dia ni passanger bas tu jugak. Bila aku duduk, dia keluarkan la papan tiket dia tu. Aku dalam hati cakap "Wooo...this mamat is cool lah jadi konduktor bas". Iyelah, zaman blog, Facebook dan Twitter macam sekarang ni mana ada budak nak jadi konduktor bas kan?. Tak standard dorang cakap. Di kala kawan-kawan lain sibuk modified motor nak jadi Mat Rempit malam-malam, tapi dia memilih untuk kutip duit tiket dalam bas. Aku tabik habislah kat budak tu. Aku sendiri tak pernah terfikir nak jadi konduktor bas lepas SPM dulu.
OK, tamat satu kisah. Tapi lepas tu ada cerita lain pulak. Kebetulan bas yang aku naik hari tu, air-cond rosak. Jadi, pertengahan jalan, kita orang tukar bas dekat Lye Huat Garden, Jitra. Bas ganti tu air-cond memang tak boleh belah. Kuat gila, macam duduk dalam peti ais. Tapi bukan pasal air-cond aku nak cerita. But this time, the bus conductor is younger than previous one.
Kali ni konduktor bas tu budak kecik!! Aku rasa baru habis darjah 6 kot. Respek-lah aku kat budak kecik tu. Kecik-kecik dah belajar cari duit sendiri. Takdelah buang masa main guli je. Aku dulu darjah 6 tahu perhabiskan duit mak bapak aku ajer kat CC, main chit-chat. Tapi dia ni dah pandai berdikari cari duit. Kagum aku. Budak-budak dua orang ni aku rasa satu hari nanti boleh bukak syarikat bas sendirilah..Tabik!!
Kontrol Comel |
So, apa laga? Cepat la apply jadi konduktor bas. Kot-kot boleh masuk kat blog orang lain pulak macam budak dua orang ni.
Cheers,
Selamat naik bas..
p/s: Bas ekspress selalu sangat eksiden sekarang ni..
Tweet
33 comments:
kat perak macam-macam konduktor bas ada, tua muda, kecik besar, pak cik makcik.. macam-macam dah aku tengok.. semua tu tak kisah sangat sebab kokduktor bas kerja dia tak complicated..hehe
keja susah nk cari kot skarang, emmm tah la..
Pemandu Rapid KL, makcik tua pakai tudung..siap drift lagi..kagum kagum kagum
@Izzat Aziz: Oh ada eh? Aku tak pernah nampak pulak pasal aku pun dok perak..hehe
@BUdak Botak: Isi masa lapang la tu kot
@Syarima: Iye? Dia driver ke kondaktor??
kat sabah ni dah kira perkara biasa...
entri best:
makcik letak kaki di celah kangkang apek itu
penah naik bas yang dipandu oleh driver bus muda...dan ish xsuka,sbb dia gatal
cuti sekolah..budak cari duit lebey kot..!!
sekurang-kurangnya dorang xde la buat aktiviti yg tak berfaedah
@miya: Yeke..tak tahu pulak..hehe
@Rosso: Hahaha...standard la tu...
@Ain: Mungkin dan maybe
@Zik: takde la merempit
Fuyooo! Mudanya. Dah lama tak naik bas awam. Last masa ke Bahau dari Seremban pergi rumah keluarga angkat kat FELDA. Awek tua yg jadi konduktor bas tu kalau tak silap. Dressing nak macam sarung nangka je. Hahaha.
Tabiklah budak muda rajin cari rezeki dan berdikari.
uik bas apakahhh ?
abang ku pernah bercita2 dulu nak jadi konduktor bas
katanya duit banyak
hehehehe
P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 40
kesian la pulak tgk budak kecik tu...kecik2 dah kene kerje..aku dulu kecik2 pandai main jerk..
serius tak pernah jumpa lagi tuh.
p/s: jangan lupa ke bukit jalil malam esok
wah2 muda2 kan...
@Mohd Shahrul Hafizi: Awek tua dressing macam saung nangka..hahaha
@Fadz: Bas apa entah..lupa nama
@Hans: Memang banyak duit pun...kot
@Pija: Ha ah..tapi tengok dia macam hepi je bila dapat duit
@EElobor: OK..bukit jalil di astro..hehe
@Ladyzul: Muda2
kerja senang kot konduktor bas..
Malaysia boleh bro ^_^
nice la...maybe dia tolong bapak dia kot..kot2 bapak dia tu dribar bus
dia tolong bapak dia cari duit kot. kan skrg time cuti skolah.haha
baguslah dia keje halal kan :)
@Wan Gerrard: Senang ke? tak jugak kot..ingat senang nak ingat berapa hengget dari A ke B?hehe
@ Afendi, JRY: Aku pun rasa mcam tu la
dah lama tak naik bas! hu
hahaha selalu bas y aku naik pakcik2 je jadik konduktor, bagus la tu hehe
betull tu.. memang tabik spring toing..toing!!
Ko minat ke awek tua bersarung nangka? MILF ke apa ni? Hahaha.
@Syeeda Sobbihi: Belajar2 la naik bas balik..
@CKYNWAN: pakcik2 standard la
@Mis J: kuat spring tu
@Sharulhafizi: HAHAHAHA....bergantung kepada keadaan..muka cun takpa..
biar betik. budak darjah 6? pergh. hang naik bas apa bro? bas mara liner ke hbr? haha.
@RedBoys: bas satu lagi tu...darulaman citi kot nama bas tu..
bagus r camni...rezeki halal.lebih baik dari jadi mat rempit then ragut org...
@The Sharkox: haha. darulaman citi. adeh. bas yg x leh blah. pastu ganti dgn bas apa plak?
@RedBoys: Ganti dengan bas darulaman citi jugak..hahahaha
@The Sharkox: haha. asal x naik bas mara. tmbh2 yg baru punya. pergh. best naik. sejuk je. darulaman city bus x best. haha. lebih kurang HBR je. haha
isabel marant
tods shoes
parajumper outlet
juicy couture outlet
uggs for sale
jimmy choo outlet
uggs on sale
manolo blahnik sale
polo outlet online
ysl shoes
woolrich jackets
canada goose jacket
pandora charms uk
cheap uggs
gucci outlet
pandora charms
uggs on sale
coach outlet
prada outlet
ray ban sunglasses
oakley sunglasses
official michael kors outlet
michael kors handbags clearance
uggs outlet
uggs outlet
ugg boots cheap
barbour uk
balenciaga handbags
nike roshe run
michael kors outlet online
kate spade outlet
mbt shoes
Post a Comment