Kesian, motor jadi ikan | Blog @thesharkox

Kesian, motor jadi ikan





Hoihoi..
Ah, banjir di utara makin teruk. Serius. Hari tu mula-mula pekan Changlun tenggelam. Lepas 2 hari, banjir di Changlun sudah surut. Nah, banjir pindah pulak ke Pekan Jitra. Habis pekan Jitra lumpuh, air naik menggila. Rumah Prof. Fadzilah pun habis setel. Anak dia kata nampak bumbung ajer. Banjir kali ni memang serius sheet lebih teruk dari banjir tahun 2005 dulu. Banjir di Kedah makin buruk, banjir di Alor Setar, Alor Setar tenggelam, tenggelam kerana banjir, banjir besar 2010 di kedah, Kedah tenggelam kerana banjir, banjir 2005 berulang, gambar banjir di alor setar, gambar ketika banjir, gambar banjir
Kalau tahun 2005 dulu pekan Alor Setar tak kena sangat. Tapi tahun ni, sorry to say lah, Alor Setar sudah jadi Alor Banjir Setar. Semalam, dalam tak hujan, tetiba air naik. Sedar-sedar dah paras lutut. Itu yang sepupu aku, Syahirah bagitahu la..Wah, memang gilak ah dingdong lah banjir kali ni. 

Kebetulan pulak, semalam aku ada conference ICOQSIA 2010 kat P. Pinang. Rancangan Malaysia ke 10 asal, aku nak ajer pi P. Pinang naik bas dari UUM terus ke sana. Tapi bila jalan di kawasan Jitra tutup, pasal air naik takat pinggang pun ada, bas mana yang nak lalu kawasan tu?

So, aku pun tukar plan, pergi naik Motor Rempit aku ajer ke P. Pinang. Ah, steady ajer. Kalau Gadis Kampung Separa Bandar boleh bawak motor dia dari A. Setar balik ke USM naik motor, aku pun boleh apa. Setakat P. Pinang apa sangat, aku pernah berulang alik dari A.Setar- Teluk Intan Perak dulu naik motor yang sama jugak 

Untuk ke Alor Setar saja, aku kena ikut jalan jauh. Nah, ambil jalan ke Kangar, Perlis. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit dari UUM-A.Setar, menjadi 1 jam 15 minit apabila aku ambik jalan UUM-Kangar-A. Setar + hujan rintik-rintik. 

On the way ke Kangar, bendang (sawah) kiri kanan dah takde rupa bendang dah. Dah jadi macam laut colour  teh ais. Hampir 100% kawasan bendang yang aku lalu tu, penuh dengan air. Bukan air takat buku lali beb, aku rasa takat pinggang jugak tu. Nasib baiklah highway UUM-Kangar tu tinggi sikit, kalau tak, memang tak boleh jalanlah. 

Oleh kerana cuaca masa aku sampai di Alor Setar tu agak mendung, dan hujan rintik-rintik sedikit, so aku malas nak teruskan ke P. Pinang naik motor. Mau jahanam laptop aku kena air hujan nanti. Aku ambil jalan selamat, tinggalkan motor dekat rumah Mak Lang aku kat A. Setar, aku pergi P. Pinang naik bas. Ok, setel satu masalah. Di P. Pinang, cuaca OK. Bak kata Fateha, "Cuaca Indah Permai". Wah, indah permai gitu.

Then, lepas aku setel bagi presentation kat ICOQSIA tu semalam, aku bagitahu la kat Mak Lang yang aku nak balik A.Setar dalam pukul 6. Mak Lang kata apa??
"Along, rumah ayaq naik.. Tak hujan pun, tapi tiba-tiba naik. Satu taman tenggelam"

What??? Tak hujan pun air naik?? Masa tu aku ingat naik ok lah, maybe takat buku lali je kot. Apa sangat kalau air naik takat buku lali kan?  Tapi bila Mak Lang kata "La ni pun ayaq dok nak sama dengan lutut dah ni..Motor Along tak tau nak buat macam mana. Dok sumbat ekzos aja lah, takut ayaq masuk ekzos.."

Aisehmakman...Bila dia sebut MOTOR, baru aku teringat, motor rempit aku dekat rumah dia. Adoi la. Baru la aku ada perasaan nak balik selamatkan motor. Tapi nak selamatkan macam mana kalau air dah takat lutut, satu taman dah tenggelam. Aduh, nasib baik aku takde kencing manis.

Mak Lang tunggu apa tak tau
Tu dia, bot satu..

Siapa nak main buaian?
Yeah, model banjir 2010
Shell dan Esso
Ini masa baru takat buku lali. Masa air paras pinggang macam mana rupanya? Huk huk,

Aku bajet motor aku tu jadi ikan dah la dalam banjir tu.. Huwaaaa.. Malam tadi Mak Lang dapat arahan suruh keluar dari kawasan tu pasal air kemungkinan akan naik lagi dalam 2-3 hari ni. Huk huk..

Sekarang ni Mak Lang aku ada kat Shah Alam. Dia tak duduk kat pusat penempatan. Aku pulak takde tempat lain nak pergi. Kawan aku yang jadi mangsa kat Jitra kata, even jalan kat Jitra air dah makin kurang, tapi bas kat Alor Setar tak boleh nak jalan jugak, pasal air naik. So, nak pergi A. Setar tak boleh, nak balik UUM pun tak boleh. Maka dengan ini, aku mengisytiharkan aku balik la sambut Depavali kat rumah aku, Teluk Intan Perak. Sian kat motor aku. Tak pasal-pasal jadi ikan. 

p/s: Nasib baik la motor, kalau kereta aku yang jadi ikan?? Selamat Deepavali..


+Picures Credited to
Filzah



26 comments:

LuQs said... [Reply to comment]

pehh.. moto pon byk kos gak tu..

Ummi Nisrina Adni said... [Reply to comment]

ni kat sek sultanah bahiyah kan? perhhhh, dlm gak air.. skang tgh ujan lebat blek.. risaunya air smpai ke selatan....waaaaaaaaaaaa!

Rina Rossoneri said... [Reply to comment]

wah macam syok je naik buaian atas air

bigdot82 said... [Reply to comment]

Kalu Motor hang jadi ikan; keta hang jadi IKAN PAUS la bro.. hahaa
takpenyer keta hang kan bumblebee celop... dia transform jadi itik.. sama2 kuning mcm anak itik.. huhu

wannurfazrini said... [Reply to comment]

best tak mandi banjir ? wakakak

The Sharkox said... [Reply to comment]

@LuQs: Doa2kan lah tak jadi apa2

The Sharkox said... [Reply to comment]

@L.O.V.E hUnTeR: Yep...jalan sultanah,taman uda..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@L.O.V.E hUnTeR: Yep...jalan sultanah,taman uda..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@rossoneri: Syok apa, buaian pun tak leh gerak

@aKuan: Haha...
@Fadz: Uih...best tak hengat..haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply to comment]

ceh...

ingatkan naik motor terus penang....

memang banjir aloq staq..

ni gua dah larik balik penang

syahril hafiz said... [Reply to comment]

pergh...susah la yer bro nak buat benda lain..
paras pinggang kira pecah rekod gak la taun ni erk...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr: Haha...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@syahril hafiz: pecah rekod tahun 2005 sekali

zikeryhassan said... [Reply to comment]

abg ipar aku yg kat jitra, pegi keje di jemput oleh landrover

The Sharkox said... [Reply to comment]

@zikeryhassan: Haritu ada dengar parents UUM yang nak pi konvo depa bawak pakai black maria..lagi kool..haha

cikpia said... [Reply to comment]

aku dengaq kata depa terpaksa bukak empangan sebab dah tak tertampung..... tu yang ayaq naik lagi walaupun tak ujan....

taman uda kena teruk gak no????

Unknown said... [Reply to comment]

awat yea....
ada sebab-seba,kenapa air naik mendadak tahun ni?

Ard said... [Reply to comment]

kawan aku stuck kt alor setar.

The Sharkox said... [Reply to comment]

@(One) SiTi*: 1- Hujan lebat 2 hari berturut2 tak berhenti

2- Air empangan terpaksa di lepaskan
3- Air pasang

cik ciput said... [Reply to comment]

sama la nasib kita no..mangsa banjir..huhu..nasib bek aku sempat selamatkan motor aku..

cik ciput said... [Reply to comment]

@(One) SiTi*: nk jawab gak..huhu..lagi 1 sbb, air bnjir dri thailand jgk salah satu pnyebabnya..slalunya bila musim bnjir, empangan timah tasoh di perlis dibuka 3 ke 4 pintu sj..tpi kali ni, 6 skali bukak!so bayangkan la na..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@cik ciput: Thanks atas penambahan...hehe

edaolala said... [Reply to comment]

hahah tajuk u tak boleh blaa. motor jadi ikann ;p kesian kann banjir.. mesti susah nak kemas rumah balik nanti. haih

eZmALiZa said... [Reply to comment]

hahahaa..model banjir tu sape la agaknye..sian dye punyer muke masuk belog ni...ape la sharkox ni...hahahaa... :D da balik uma lum sharkox?

The Sharkox said... [Reply to comment]

@edaolala: Uih...berlumpur macam kuala lumpur..haha

@Ezma: Eh, tu my cousin la..takpe, dia tak marah punya..haha. belum, ujung minggu ni baru nak kemas kot..hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

ugg sale
new balance sneakers
ugg clearance
tory burch bags
belstaff jackets
cheap uggs
clarks outlet
burberry sale
fitflops sale
marc jacobs handbags
burberry outlet
furla bags
air max pas cher
coach handbags
canada goose outlet
coach factory outlet
belstaff outlet
longchamp outlet
cheap kevin durant shoes
burberry sale
nike free 5
ugg boots for men
chi hair straightener
tory burch handbags
canada goose black friday sales
cheap christian louboutin
zumba workout
ugg boots sale
nike basketball shoes
fit flops shoes
kate spade sale
ugg boots outlet
uggs outlet online
oakleys sunglasses
tory burch handbags
tory burch sale

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...