Hoihoi..
Aku nak sambung pasal banjir, episod 4 kot. Semalam (11 Nov. 2010), satu hari suntuk aku pergi tolong supervisor aku, Prof. Fadzilah kat rumah dia kat Jitra. Pergh, rumah dia jangan cakaplah. Air naik dalam 1 meter lebih kot masa banjir hari tu. Serius sheet, memang teruk gilak babik jugaklah rumah dia tu. Banyak perabot rosak. Barangan letrik macam TV, DVD, komputer boleh dikatakan 50% jahanam. Memang setel. Habis semua masuk air.
Semalam aku pergi la tolong kemas-kemas rumah dia. Ini kira kali pertama dalam hidup aku menolong mangsa banjir ni. Sebelum ni aku tak pernah terlibat dalam banjir. Rumah aku kat Teluk Intan pun tak pernah banjir seteruk ini. Takat banjir takat buku lali tu ada la dulu-dulu. Tapi tu bukanlah kategori banjir pun.
Aku datang tolong pun kira dah lambat dah. Member aku, Shahrin, Megat dan Rajib start cuci rumah since hari Khamis minggu lepas lagi. Dia orang cakap kalau tengok hari 1st kemas hari tu, rasa nak menangis tengok keadaan rumah. Dah macam apa entah. Lumpur penuh satu rumah. Bau dalam rumah tak payah cakap la, macam-macam bau ada. Semalam pun still tak siap-siap lagi mengemas. Semalam pun sempat kosongkan 1 bilik tidur ajer. Ish ish ish.
Nak buang sayang |
Megat dan Rajib mencuci pakaian di rumah baru Prof. |
By the way, setelah tengok kerosakkan yang dialami Prof., baru aku sedar satu benda. Emergency saving beb. Pernah korang terfikir pasal emergency saving korang?? Serius sheet, selama ni memang aku tak pernah terfikir pasal benda ni. Selama ni aku mengumpul duit hanya untuk mendapatkan sesuatu benda yang selalunya tak berfaedah. Contohnya macam menabung untuk mendapatkan sport rim 16 inci untuk kereta aku. Memang bongok gila ah. Simpan duit untuk membeli set lengkap sport rim untuk kereta lama adalah tidak berfaedah langsung.
Tak pernah langsung nak pikir pasal tabung untuk kecemasan macam ni. Contoh macam banjir ni lah. Sekali banjir aku rasa beriban jugak duit nak pakai tu. Kalaulah kena kat aku, kan dahsyat gempak giler cun meletup tu. Dah la takde kerja, kena pulak tak ada emergency saving. Bayangkan kalau tak sempat nak selamatkan harta benda macam almari, meja makan, kerusi, TV, DVD Player, pinggan mangkuk, peti ais, katil, tilam dan seluar dalam. Berapa riban nak cover tu?. Tu nasib baiklah kereta tak tenggelam. Bayangkan kalau ada 3 bijik kereta, tiga-tiga tenggelam, tak ke mampos nak korek duit pergi overhaul enjin? Aisehmakman, sebut pasal enjin, teringat pulak motor aku. Entah apalah nasib beliau yang berada di Alor Setar tu. Hukhukhuk.
Keadaan rumah setelah 4 hari di cuci |
Oh, ada beberapa staf dari Fakulti datang untuk 'menolong' |
Tak pernah langsung nak pikir pasal tabung untuk kecemasan macam ni. Contoh macam banjir ni lah. Sekali banjir aku rasa beriban jugak duit nak pakai tu. Kalaulah kena kat aku, kan dahsyat gempak giler cun meletup tu. Dah la takde kerja, kena pulak tak ada emergency saving. Bayangkan kalau tak sempat nak selamatkan harta benda macam almari, meja makan, kerusi, TV, DVD Player, pinggan mangkuk, peti ais, katil, tilam dan seluar dalam. Berapa riban nak cover tu?. Tu nasib baiklah kereta tak tenggelam. Bayangkan kalau ada 3 bijik kereta, tiga-tiga tenggelam, tak ke mampos nak korek duit pergi overhaul enjin? Aisehmakman, sebut pasal enjin, teringat pulak motor aku. Entah apalah nasib beliau yang berada di Alor Setar tu. Hukhukhuk.
Ok, yang belah kiri tu Megat, tapi yang belah kanan tu siapa? |
Abang Man (suami Prof) pulak tetiba remind kami pasal insurance. Dia kata budak-budak muda macam kami ni patutnya ada insuran. Bukan apa, boleh buat back up katanya . Tak kiralah life insurans ke, insuran bencana ke atau insuran apa-apa pun, at least kalau apa-apa boleh pakai duit insuran yang dok bayar tiap-tiap bulan tu. Aku mengaku, aku ambik remeh pasal insuran ni.hehe. Ni rasa nak pergi buat insurans.
Hari ini pergi tolong lagi. Nak kasi setel bilik anak dia pulak. Ok, siapa nak support aku bayar insurans, angkat ketiak..
Harharhar
Have a nice Wednesday
p/s: Sediakan duit sebelum banjir
35 comments:
owh..banyak2 bersabar kpd yg terlibat..
mmg sekse kalau banjir. aku dah penah ade pengalaman ngeri dengan banjir. even duk s.alam dah 2 kali umah kene naik air.
kereta aku 2 kali masuk air. sedih wo....:(
rajin nowh? baguih2...
kesian kepada mereka yang kena bencana ni..harap dapat gak tolong
hmmm.baguslah tolong menolong kan amalan mulia..naseb baik la kolej kediaman kat unimap tak naik air..kalo x..I dah panggil volunteer ni utk tolong...hahahahaa... :)))))
pasni tolong pi cuci2 umah area umah tok aku plak ek!!!!! dia kat aloq staq..... =)
Haa..betul gk tu.skrg aku pun baru nak tergadah sket.thanks remind..moralnya.kna menyimpan dan berinsurans.kalau x kerana bencana alam pun..maybe kesihatan kita lak nak pakai duit.ye dak.
semalam 11 nov.
arini baru 10 nov.
terbaek ah !
banjir ooo banjir, insurans?
insurans takaful ikut syariah elok,
yang lain konvesnional lak
http://wansiti.blogspot.com/2010/11/jom-jadi-follower-gadis-kampung.html
siannya.. mmg penting simpanan untuk kecemasan dan ambik insurance tu.. so apa lagi, mulakanlah langkah dari sekarang.. nnt esok2 senang.. nak beli sport rim lagi pun senang..
@~ PIJA ~: Shah alam pun banjir? Suruh la Ahli parlimen shah alam tu cakap kat MB selamgor..
@ GKSB: Hehe..rajin la sikit2
@~eZmALiZa~: Haha...volunteer d\ni area jitra sahaja..masuk unimap kena bayaq la upah..haha
@.s.o.f.i.a.: OKeh, set!
@..huSni...,: Hoi..betul lah, kat kedah awal beberapa hari
@Hanis Azla: Haha...sport rim tu sandarkan pada kenangan ajer la..
Memang kesian kat mangsa banjir.Moga lebih ramai insan yg menghulurkan bantuan kepada mereka..
teringin nak tolong mangsa2 banjir
oh..dugaan semua tu bro..
bah dah surut time to clean3 la kan..hehe
betul gak tu bro.
kang tiba2 emergency, susah gak tu.
*bukan setakar banjir, kalau dah ada family, kalau anak ttbe sakit, pun nak pakai duit. huhu
okey jom gi buat insurans sekarang :)
@E.d.Y: Hah, balik china meh la tolong kemas
@syahril hafiz: Nak mengemas dan mencuci ni memang kena tabah bro..tension pun ada
@Affan Ruslan: Setuju!!
@Zikery: Ha, nak sapot ke?? hehe
keadaan rumah lepas air surut memang perrggghhh!! aku tak tau nak gambarkan perasanku waktu tu..
nurul xsuke banjir...xsukeeeeeeee
Tolong menolong tu amalan mulia.
MUdah-mudahan ko A+ lah dalam subjek yang ko amik dengan dia. hehehe
kesiannya tgk rmh2 masing2
penat nak mengemas dgn lumpuh nye lagi,perabot rosak lagi...kesian.huhu
@birakbatu: memang perghh lah keadaan
@Nurulbadiah Lai: Hai future lawyer... :)
@shaharil: Mudah mudahan....
@ Wanie: Lumpur ye..bukan lumpuh..hehe
relax2 slow2..tak mo tension2.=)
huuuuu teruknya...
selamat mengangkat barang dan mengemas..
Teruk jugak kesan dia lpas kena banjir ye
tolong aku basuh rumah pun bagus sharkox oi..aku pon mangsa bnjir jugak..huhu
@cik ciput: Haha...boleh2...tapi kena bayar la..sejam rm25 hengget...haha
Post a Comment