//Blog @thesharkox: TheSharkox dan Tempahan Karekter// Blog @thesharkox
Showing posts with label TheSharkox dan Tempahan Karekter. Show all posts
Showing posts with label TheSharkox dan Tempahan Karekter. Show all posts

Karekter: MudahAlih.my

13 comments

Ok, snapshot di atas di ambil dari Facebook Page MudahAlih.my. Nampak tu, karekter perempuan comel yang pakai tudung warna oren dan baju kaler hijau tu sambil pegang mobilephone tu? Nampak? Sama tak dengan yang bawah ni? Sama kan?


Mestilah sama pasal budak akulah (@thesharkox) yang buat karakter tu. Hehehe.. Tempahan karakter ini di order oleh pihak MudahAlih.my setelah di-rekemen-kan oleh sesorang. Tidak pasti siapa orang itu tapi yang pasti aku nak ucapkan Terima Kasihlah kepada siapa yang rekemen tu. Pihak MudahAlih.my minta aku lukis 2 karakter, satu lagi karekter lelaki. Lama jugaklah nak menyiapkan tempahan ini akibat kekangan masa. 

Untuk makluman anda, MudahAlih.my merupakan sebuah website yang menjalankan pengiklanan dan penjualan peranti dan gajet terkini seperti handphone, smartphone, tablet dan gajet lain mudah, terus melalui laman mereka. Makna kata, kalau nak cari latest gadjet, boleh terus cari di laman web tersebut. Senang. Untuk review yang lebih handsome, boleh baca di Amanz.my dengan meng-kelik pautan ini

Thanks MudahAlih.my!

Karekter: @ejamothman dan @azrijohan

18 comments

Ini ialah karekter Ejam Othman (Manchester United) dan Azri Johan (Argentina), pemenang giveaway dari AffanRuslan. Kedua-duanya hensem, tapi kalau nak dibandingkan dengan aku, aku hensem lagi. Affan Ruslan pun hensem jugak, tapi tak capai tahap kehenseman aku. HAHAHAHAHA.

Sepatutnya ada sorang lagi pemenang GA ni, tapi contact dia tak berbalas. Still menunggu beliau. Karekter ni dah siap dari minggu lepas lagi. Nak mintak maaf kepada kedua-duanya pasal lambat gila nak siapkan pasal kekangan masa yang amat sangat. 

p/s: Hmmm..Affan Ruslan dan Ariff Alfian Rosli nama macam nak sama..adakah orang yang sama?

Siapa mahu Give Away Karekter dari TheSharkox.com?

6 comments

Siapa mahu karekter percuma?? Siapa pula yang tidak mahu??? Siapa mahu kena klik imej di bawah untuk penerangan lebih mendalam... Affan Ruslan jadi penganjur, aku jadi penaja..hahaha


OKBai

Tempahan Karakter: Hazwan Danial

3 comments

Tempahan kali ini datangnya dari seorang jejaka bernama Hazwan Danial. Dia siap bagitahu awal-awal jangan letak gambar dia, tapi yang pasti dia ada bibir yang seksi dan ada tahi lalat manis dia antara dagu and bibir dia tu..Hehehehe.. Aku tidak pasti samada dia mempunyai blog atau tidak kerana dia tidak sertakan bersama. So Hazwan Danial, kalau ada blog sila bagitahu, ok?

Sesiapa rasa nak tempah karakter, boleh klik dekat <<SINI>>.

Tempahan melukis karakter TheSharkox style dibuka

22 comments

Hoihoi.. 

Dah lama tak menaip dalam Bahasa Malaysia. haha..

Ok. Oleh kerana aku nak beramal jariah sikit (sambil buat modal isi minyak kereta), sekarang aku buka tempahan untuk siapa-siapa yang berminat nak karakter untuk Blog, Facebook atau avatar twitter. Kira macam doodle la. Tapi ikut acuan TheSharkox. Hohoho. 

Aku ikut harga standard pasaran. Tak mahal dan tak boleh murah sangat. Tak boleh murah-murah pasal harga ni pun dah kira murah dan susah nak lukis. Berikut adalah senarai harga. 


1 Karakter  = RM 15
*Item tambahan = RM3-RM10 (bergantung kepada saiz dan komplekstiti)

  Contoh
www.azrarahman.com

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...