Road to Bali: Jadual CIMSim2010 | Blog Komik oleh @thesharkox

Road to Bali: Jadual CIMSim2010



27hb ni kena pergi Conference Computational Intelligence, Modelling and Simulation (CIMSim2010)
CIMSim tahun ni dorang buat di Bali, Indonesia.
Tadi check kat website dia, dah keluar dah jadual presentation
Oh, aku kena present hari pertama rupanya


Tajuk: Digital Image Classification for Malaysian Blooming Flower

Dalam tema Neural Networks (Nama bapak aku tu..haha)

Hari pertama kena present...oh yeah!


Ni kira conference pertama kali aku nak pergi ni. Member aku ada yang dah banyak conference dah dorang pergi. Dan ini kiranya pertama kali aku nak pergi oversea ni.. Rasa jakun ada, rasa cuak pun ada..hehe.

Kos boleh tahanlah mahal, sampai nak gugur jantung rasa bila supervisor aku kata yuran dia USD450..lepas convert kepada duit kita, rasa buah pinggang pulak nak gugur ke lantai, pasal ada dekat RM1.5k ++ lah jadinya yuran tu..

itu baru yuran penyertaan beb, tak masuk tambang kapal terbang dengan hotel dengan makan minum apa semua lagi. Memang pergi sana pakai duit geran, tapi duit geran pun tak dapat lagi ni.

Hai, janganlah pulak masa nak pergi tu nanti geng Bendera nak buat pasal pulak ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...