Pictures of Today: Teluk Intan | Blog @thesharkox

Pictures of Today: Teluk Intan




Lebih kurang 20 tahun aku hidup kat pekan kecil yang bernama Teluk Intan
Dulu orang panggil Teluk Anson
Dulu pekan teluk Intan ni taklah hebat mana, harapkan Menara Condong tu dengan KFC ajer
Sekarang ni dah hebat dah, dah ada Pizza Hut, McD, Giant, dan jugak TF
Dan, Menara Condong tu masih berdiri dengan sengetnya di situ.

Mari lihat  "Pictures of Today: Teluk Intan"
1)  Menara Condong Teluk Intan



Ikon Teluk Intan dan juga Perak. Menara Condong ni ialah menara ke 2 tersenget di dunia, selepas menara PISA di Itali. Menara ni dah senget sejak 125 tahun yang lalu..Aku lahir-lahir je dia dah senget. Kawasan dataran ni dulu ialah padang rumput ragut lembu ajer, sekarang dah jadi dataran di mana mat-mat rempit dan mat kereta akan lepakking malam-malam di sini berbual kosong dan tak berfaedah sambil mengorat-ngorat aweks sampai ke subuh. Dan kadang-kadang boleh tengok mat gam layan hisap gam untuk rosakkan otak kat bawah menara ni Oh, pernah membuat kemunculan istimewa dalam Iklan Raya Kontroversi TV3 2010..kah kah kah 
Fakta: 24 tahun aku hidup, sekali pun aku tak pernah naik menara senget ni sampai atas..haha.


2) Farmasi Ang Teong

Ini adalah farmasi paling 'famous amos' bagi orang pekan Teluk Intan. Siapa orang Teluk Intan yang tak tau Ang Teong tu apa, memang nak kena buang daerahlah beliau, baik pergi ke Zimbabwe Selatan. Dulu masa kecik-kecik, kalau takut nak pergi klinik, bapak aku mesti pergi beli ubat kat kedai Ang teong ini.
Fakta: Aku sampai sekarang tak pernah kenal tokey dia yang nama Ang Teong tu..haha


3) Mastan Ghani
Ikon Mee rebus di Teluk Intan. Sebut je Mastan Ghani, mesti teringat mee rebus dia. Kira terbaeklah mee rebus dia. Dah berapa generasi dah mastan ghani ni jadi ikon mee rebus di teluk intan. Dulu ada satu ajer, sekarang kalau tak salah aku ada 3 cawangan dah. Tapi cawangan yang ini kira headquaters dia lah..
Fakta: Sama seperti tokey Ang Teong, Aku sampai sekarang tak pernah kenal tokey dia yang nama Mastan Ghani tu..haha


 4) Masjid Lama
Yang ini nostalgik sikit. Aku membesar selama lebih kurang 15 tahun kat kawasan ni. Rumah aku betul2 kat sebelah masjid tu. Aku masih ingat alamat rumah lama aku; No. 4, Kawasan Masjid Jalan Selat, 36000 teluk Intan..terlalu banyak kenangan kat kawasan masjid ni. Keadaan kawasan ni sama ajer macam dulu, tak berubah langsung.Oh, masjid ini juga lebih dikenali sebagai Masjid Lama
Fakta: Nama ajer dok sebelah masjd, tapi dulu jarang pergi sembahyang kat masjid..hehehe


5)Stesyen Bas Lama

Ini jugak ikon teluk intan. Stesen Bas Lama. Pernah masuk TV banyak kali jugak. Dulu masa kecik-kecik, aku selalu naik bas kat sini ikut mak aku pergi kerja. Selalu naik bas kaler hijau kat hujung tu. Tambang bas dulu, untuk 10 batu, 70 sen ajer. Sekarang aku tak tau, pasal tak naik bas dah.
Fakta: Penjual Kacang putih tu dah bergenerasi jual kacang putih dan maruku kat bawah pokok tu..

Sekarang ini balik Teluk Intan kalau ada cuti panjang ajer

21 comments:

xmegoox said... [Reply to comment]

lawa editing bang......

The Sharkox said... [Reply to comment]

@xmegoox: Bese2 je bro...nak pakai kamera mahal mahal ko tak mampu lagi..hehe

Leyaa said... [Reply to comment]

teluk intan :D
dulu i sch situ . smk abd rahman talib . thu ?
but now da pinda sch kl

ahaa
menara condong : pena naik sekali
mastan ghani : pena mkn situ kea ? *ta egt . haha
masjid lama : ta pena pegy
busten : nak pegy balik asrama msti pegy situ dulu la yea tak . haha

kenangan :)

Mimie.Candy Cane said... [Reply to comment]

gile klasik stesen bas..memang down to memory lane abes..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@faraleya: SMART, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menegah Batu 4, sebelah dengan Sekolah teknik teluk intan, dekat dengan hospital, dekat dengan my school, Seri Perak...haha..welcome to teluk intan!!

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Mimie.Candy Cane: tambah dengan lumut2 di dinding dan bumbung menjadikannya lebih klasik...hehe

Anonymous ® said... [Reply to comment]

beb..nak tanye sket. dengar cite menara condong tu makin condong setiap tahun..betul ke?

p/s:aku x smpi ke sana lg..duit bas x cukup lagi..ahaks

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Rizuan Ismail: Hah? siapa cakap makin condong setiap tahun? tak sure la pulak pasal sepanjang 24tahun aku hidup, aku tengok macam tu jugak condongnya..kalau dulu mungkain la kot pasal dulu tanah lembut ajer, tapi skrg dah ada dataran konkrit..wallahua'alam

Unknown said... [Reply to comment]

wah bestnya dah lama xmerayap n melepak kat teluk intan,dulu ada billion n fajar but sekarang dah tutup

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Nor: Eh, fajar tak tutup. cuma tukar pengurusan jadi The Store. Billion masih berada di situ, tak tutup jugak..Eh, ex teluk intan jugak ke???

Unknown said... [Reply to comment]

dulu nama fajar = sungei perak supermarket.... kira hebat le tu...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Taufikur Rahman: Sungei Perak..masa kecik2 itulah tempat yang heaven untuk bershopping kat teluk intan..haha

DonFaresh said... [Reply to comment]

woit..pasal ape gambar sekolah ko xde dlm ni..holly metodis n sri perak..kekekeke..pastu kelas kite kat masjid tu cool gak kalo ko taruk beb..kekeke

The Sharkox said... [Reply to comment]

@DonFaresh: Haha...kelas agama rakyat tu memang cool..tapi aku tak sempat snap lah...ikutkan hati satu teluk intan aku nak snap..haha

suehazrie said... [Reply to comment]

mmg nostalgik...

menara condong : pnah naik 2 kali...
famasi ang teong : pnah bli ubat kt situ tok arwah atok dlu..lame dh..
mastan ghani : baru je try 30/10/2010 setelah 22 tahun mnjadi orng t.i..huhu
stesen bas : selalu naik time dok kt kolj dlu2...
majid : biase lalu je..tp xpnh singgah...hehehe..

T.I sntiasa dalm ingatan....

The Sharkox said... [Reply to comment]

Yeah..peace to teluk intan!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

caya bro.............

mscoffeecat said... [Reply to comment]

TELUK INTAN dh maju dh skrg..hahah..tp rsenye prefer dia kekal cm skrg je kot..maju sgt nnt xbest jgk..:)

mscoffeecat said... [Reply to comment]

btw, sy linkkan post ni ke blog sy ye...tq for posting this :)

Anonymous said... [Reply to comment]

celine handbags
ugg boots clearance outlet
mac cosmetics wholesale
mac cosmetics
cheap uggs
nike roshe run
gucci outlet
ugg boots sale uk
furla handbags
ray ban outlet
louis vuitton outlet sale
ugg clearance
woolrich jackets
genuine uggs
burberry outlet
gucci bags
canada goose jackets
mbt shoes
cheap ugg boots
canada goose sale
furla handbags
prada handbags
salvatore ferragamo shoes
canada goose jackets sale
ugg outlet online
tory burch outlet online
nike outlet
nike outlet online
roshe run
joe new balance outlet

Unknown said... [Reply to comment]

investigate this site louis vuitton replica useful reference replica louis vuitton right here good quality replica bags

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...