Road to Bali: Nak Sembahyang pun kena bayar...haha | Blog @thesharkox

Road to Bali: Nak Sembahyang pun kena bayar...haha


Hahaha...ini memang tak boleh belah.
Nak sembahyang pun kena cas sampai 2000
Mentang2 lah kat Bali tak ada masjid 
(tak nampak lagi masjid setakat ni)
Nak lebih lawak, makcik yang jaga 'surau ni' beragama Hindu
Harharhar

Makcik tok siak surau..har har har
Ni terjadi masa singgah shopping kat tempat nama Pasar Seni Sukawati. Tempat ni macam Padang Besar di Perlis tu lah. Banyak barang murah dan murah dan murah. Kalau pandai tawar menawar lagi murah boleh dapat. Tapi malangnya, aku tak pandai tawar menawar..harharhar

Bila di tanya kat salah sorang pekedai kat situ, dia kata tempat nak sembahyang dekat ajer..kat hujung tu.
"Tempat nak sembahyang ada?"
"Ada mas, di ujung itu, ambil kiri ya"
"Ok.."

selepas 10 saat

"Err....nak tanya sikit lagi, tempat nak sembahyang tu kuil ke? kami ni Muslim"
"Haha..bukanlah mas, bukan kuil, itu tempat orang muslim sembahyang"
"Ok"

Harharahar..kalau tak sembahyang kat kuil la kot..

Sembahyanglah anda sebelum waktu habis
 Nak buat macam mana memang kat Bali ni 90% penduduk dia beragama Hindu. So, memang susahlah kalau yang Muslim ni nak sembahyang or cari makanan halal. Tapi, sembahyang tetap tak boleh tinggal.


p/s: Nanti aku update pasal tempat2 menarik..penat ni

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...