Hoihoi..
Waktu sekolah rendah dulu, waktu subjek Bahasa Malaysia, mesti ada silibus simpulan bahasa. Aku suka simpulan bahasa kerana aku sering menggunakan simpulan bahasa ini ketika membuat karangan 100 patah perkataan waktu peperiksaan akhir tahun.
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat serta padat dan kebiasaannya pelbagai objek atau binatang digunakan bagi 'melampiaskan' maksud bagi suatu perkara. Contoh paling mudah ialah objek ayam digunakan untuk dalam Ajak-ajak ayam.
Baiklah adik-adik, pada entri kali ini abang akan membicarakan berkenaan Simpulan Bahasa yang menggunakan ayam sebagai objek tapi pada hakikatnya ianya tiada kaitan langsung dengan umat ayam sedunia.
1. Ajak-ajak Ayam
Pernah anda lihat bagaimana seekor ayam mengajak ayam-ayam yang lain keluar makan padahal pelawaan itu tidak serius dengan harapan ayam lain tidak mahu mengikut?? Apa kaitan Ajak-ajak ayam dengan manusia yang tidak serius mengajak kawan-kawan?
2. Rabun Ayam
Pernah anda ambil tahu bagaimana seekor ayam boleh menjadi rabun?? Rabun biasanya dikaitkan dengan amalan menonton TV secara dekat atau terlalu banyak membaca buku dalam kawasan gelap. Tapi pernahkah anda melihat seekor ayam menonton TV di dalam reban secara dekat atau membaca buku dalam reban yang gelap? Apa kaitan Rabun Ayam dengan Manusia yang rabun??
3. Ayam Tambatan
Pernahkah anda melihat satu kumpulan ayam bermain bolasepak dan striker kumpulan ayam itu digelar ayam tambatan? Macam mana pulak dia nak skor gol kalau dia kena tambat (ikat)?? Apa kaitan dengan antara Safee Sali dan ayam sehinggakan beliau digelar Ayam Tambatan skuad Harimau Malaya? Sudahlah menjadi ayam yang ditambat, ada harimau pula..
4. Cakar Ayam
Selama ini ayam tahu menuliskah sehinggakan tulisan yang buruk macam aku digelar cakar ayam? Bila pulak ayam boleh mencakar? Setahu akulah, ayam ni mengkais saja. Macam peribahasa 'Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. So, dimanakah relevan-nya cakar ayam ini dengan tulisan buruk? Kuih cakar ayam pun takde kaitan dengan cakaran ayam
.
5. Ayeem Ayam
Ok, yang ini memang ada kaitan. Memang sangat-sangat relevan dengan manusia yang sentiasa berfikiran kuning (tapi dia claim dia hanya nakal sikit). Walaubagaimanapun simpulan bahasa ini belum didaftarkan lagi dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pasal tidak sesuai digunakan untuk pelajar sekolah rendah.
Sampai sekarang lagi aku masih konfius, apakah ke-relevan-an menggunakan ayam sebagai objek dalam membuat simpulan bahasa. Adakah kerana ayam sedap di makan? Wallahua'lam....
Seriusly, sila luangkan seminit untuk
VOTE TheSharkox
:)
37 comments:
haha simpulan bahasa ayeem ayam digunakan utk orang yg suka cerita lucah ke camne? haha
haha.okey, mmg kelaka
just part rabun ayam tu tok lebih spesifik bermaksud rbun waktu malam.
sbb, ayam mmg buta terus time malam
apasal tak pernah dengar Ayeem Ayam?
Er, saya ni dari planet mana.
Adoi =.=''
ayeem ayam ade header yg bahaya!
hahaha.. lwak la.. bapak ayam tak de pulak~.. XD
Ajak-ajak ayam ialah celaka.. hahaha...
ahahaha...aku nak ayam jugak! aku nak chick!
ye tak ye gak kan.. kalo pikir kan mmg takde kaitan.. tapi camne la bley ujud simpulan bahasa ni erk.. kena kaji ni..
Latest -
- Blogku Blogmu Juga
ahahaha..sian ayam jadi mangsa keadaan..nak buat mcm mane..dah glemer sgt kan..;p
lawak kot. first time tgk tajuk dh agak dh mesti ade ayeem ayam punya lah. xDDDD
@Ayeem Jemain: lebih kurang la..haha
@Gaban: Ooo..rabun malam untul rabun waktu malam..baru aku tau..
@Rafidah: ayeemayam.com tak pernah dengar? sah rafidah dari planet pluto
@Efyna: Hahaha..bahaya ke nakal?
@Ewan: bapak ayam takde dalam silibus BM sekolah rendah wan..bahaya
@Khuzrin: AHHAHA...ajak2 ayam memang nak kena penendang
@Abg Zam: chick? ahai..chick jalan chowkit mau?
@Fariq: itu kena tanya pakar bahasa la..dorang yang pandai2 reka
@CikSha: sian ayam..tak pernah pulak dengar ajak2 itik, berkaki itik dengan cakar itik, ye dok?
@Vanilla: hahaha..standard
haha ayeem ayam bukannya tergolong dlm simpulan bahasa hahaha :D
mammary glands? hahahahahaha (LOL then LEL)
semua tu ada kaitan lah awk..
cakar ayam:cer tgk cakar ayam, mmg xcntek n kcau bilau..sma gak ngn tulisan kalo buruk n xleh nk bce kite pggl cakar ayam lah.
rabun ayam:cer awk kejar ayam malam2,konpem dia belah dinding!sbb die otometik xnmpk ble mlm.
ayam tambatan:klu ayam tu jaguh ble brsabung, kite pggl die ayam tmbatan sbb ditambat n same goes to safee sali..
correct me if im wrong :))
ajak2 ayam merujuk kepada perbuatan mengajak tanpa keikhlasan. maka jika yang diajak itu termakan dengan ajakan itu maka adakah mereka layak bergelar ibu atau bapa ayam....???
wah kegemaranku ayam goreng
popular ayam2 ni... pkataan 'chicken' pon dguna utk org pnakut...
ok guwa baru menyanta ayam goreng ...
weh "nasi ayam" bukan simpulan bahase ea.. hehe
Ayam ayeem tu fenomena... hahahhaa...
kalau bapak ayam? hahah
aku suka betul kalau nak guna simpulan bahasa yg nombor 5 tu!
HAHA
melayu dan ayam memang tak boleh dipisahkan. ambil contoh aku, memang tak boleh pisah dengan KFC kalau dapat free.
@Anonymous: heh, LEL tu menatang apa??
@ika: Wah, ini cikgu Bahasa Malaysia ke? hehehe..TQ for the explanationssssssssz
@Pia: err...boleh la kot..
@Eja: Yaeay..nak ayam goreng
@Sueperbs: haha..chicken penakut, kalau chicks aweks..
@K2r: Err...menyanta itu apakah benda plak???
@Khuzrin: Fenomena sangat ke? heheh
@FaizTapit: Bapak ayam ialah ayah kepada ayam2..ayam2 china..haha
@Javanese dove: Hahahaha...vote no 5
@Afro: Hoih, kalau free aku pun terima dengan senang hati
@Anonymous: heh, LEL tu menatang apa??
@ika: Wah, ini cikgu Bahasa Malaysia ke? hehehe..TQ for the explanationssssssssz
@Pia: err...boleh la kot..
@Eja: Yaeay..nak ayam goreng
@Sueperbs: haha..chicken penakut, kalau chicks aweks..
@K2r: Err...menyanta itu apakah benda plak???
@Khuzrin: Fenomena sangat ke? heheh
@FaizTapit: Bapak ayam ialah ayah kepada ayam2..ayam2 china..haha
@Javanese dove: Hahahaha...vote no 5
@Afro: Hoih, kalau free aku pun terima dengan senang hati
huahuahu...yang last tuh paling tak leh blah.. tapi betol la..hahahahha
gue rasa ada lagi...
mak ayam?
hahahahaaaa
hahaha anak ayam takde? ;p
sebab perangai ayam dan responsif ayam tu orang dulu-dulu suka perhatikan dan membuat perlabelan binatang dalam describe perbuatan manusia.
mamary glands? bukan mammary glands?? kelenjar susu???
dulu ada binatang ayam je kot..:P
part ayeem ayam tu,memang boleh dan sesuai digunakan untuk orang berfikiran kuning!hahah
p/s:ayam kampung ngan ayam bandar bezanya besar..ayam bandar satu jam beratus ringgit..ayam kampung,ayam yang kita wat makan~ahah
@syafiqstatichot: hehehehehehe
@mie: Mak ayam i like..
@FH: Anak ayam ada, tapi apa makna anak ayam dalam simpulan bahasa?
@Matahari: Kenapa tak pakai itik ke, burung ke, kucing ke?
@Wan: Loh, letih macam tu. itik, ikan kucing kan ada jugak
@Landax: betoi3
tak pernah dengar lagi ayeem ayam. adakah kerana aku ni terlalu suci? wakaka :P
Ayam red light district takde ke.
LOL! terbaik.. seronok aku menengoknya...
haha...
sy stuju yg ayeem ayam tu..
kah3..
serta merta aku google pasal mamary glands... haram jadah tol hahaha
lawak la entri ko nih..geli geliman baca
Post a Comment