Nasik Lemak dan Kopi O kampung | Blog @thesharkox

Nasik Lemak dan Kopi O kampung




Hohoi..
Hari ini aku buang tabiat. Biasanya kalau cuti hari Jumaat ni, mesti aku bangun lewat sikit dalam pukul 9 lebih. Tapi hari ini aku bangun awal, dalam pukul 8 pagi. Asalnya malam tadi aku membuat perancangan untuk berjogging di pusat sukan lepas subuh, dengan harapan lepas jogging, 5kilojoule lemak akan terbuang.

Tapi hampeh.. Subuh ke mana, joging ke mana, lemak terbuang ke mana So, aku bangun jugak pukul 8. Aku fikir, menatang apalah aku nak buat pagi-pagi Jumaat ni..Terfikir nak buat benda yang out of  typical Friday morning routine

Tetiba datang benda yang tak pernah aku terfikir nak buat sebelum ni; pergi market. Ye, tanpa berlengah lagi terus aku mandi 2 minit dan kemudian bersiap dengan semangat berkobar-kobar untuk ke market, bukan untuk mencari ikan, tapi untuk mengushar awek-awek hot.

Harharahr

Serius sheet, aku tak ingat bila kali terakhir aku menjejakkan kaki ke market. Kalau dulu bila balik rumah time cuti, kalau bapak aku tidur lagi time pagi, mak aku mesti ajak aku pergi market; pasal aku sorang je ada lesen masa tu. Bila adik-adik aku dah ada lesen, so tugas driver ke pasar secara paksa rela, aku hadiahkan kepada adik-adik aku..Padan muka mereka!

So, pagi tadi adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Market Changlun. Gila ah,  sejak aku jadi warga Changlun ni dari tahun 2004, tahun 2010 baru aku sampai market ikan ni..Yelah, bukannya aku ada bini pun nak ajak gi beli ikan kat pasar.

Biasalah pasar ikan kan, mestilah ada ikan, ada kaki lembu tergantung, ada ayam kena sembelih, ada sayur-sayur, ada tomato dan mesti lantai dia basah..aku cukup tak gemar dengan keadaan lantai kat pasar2 ikan dalam Malaysia ni, tak pernah yang kering.Kau nak kering-kering pergi pasar raya dengan Osman Keringlah wei..

Kenapa ikan mati tak tutup mata? Pasal takdak bulu mata macam Rozita Che Wan..haha

"Kasut lembu ni juai tak?"  "Tak juai makcik oih, ni kasut NIKE ni, nak juai pun tak padan dengan kaki"

Di kampung kecil, d ayam kampung di bawa dalam sangkar menggunakan basikal. Di bandar besar, 'ayam kampung' di bawa ke sangkar menaiki kereta besar..

"Mat, aku ingat hang juai ikan ja, dengan kucing-kucing pun hang juai no..." "OK la tu dari saya juai orang.."

Lepas habis keliling pasar tu, aku pun pergi lah mencari breakfast. Singgah kejap kat kedai tepi pasar tu, beli nasik lemak. Bila tanya berapa harga nasi lemak ni, makcik tu selamba jawab  
 "Hat tu 7 kupang ja, sambal bilis dengan teloq.".

What?? 70 sen saja? Masih wujud nasik lemak berharga puluh sen puluh sen lagi kat Malaysia ni ? Di zaman minyak mahal ni?? WOW!! Aku bajet dalam seringgit pasal nasik lemak kat luar harga standard RM1

This reminds me to my school days lah. Back in 1996 when i was in standard 4, sebelum sampai at my school, i'll drop at a nasik lemak stall just around the corner, and beli nasik lemak sebungkus at price of 30sen.. Tak sangka selepas 14 tahun, masih ada nasik lemak berharga 70sen. Pekembar Pekena nasik lemak dengan kopi O kampung di pagi hari memang terbaiklah
 
70 sen+70 sen = 140 sen

Ada dua benda yang aku frust pergi pasar hari ni.
  1. Aku cakap nak ushar awek-awek hot, kan? Awek-awek hot tak ada..yang ada makcik-makcik dan nenek-nenek ramai. Bila aku kaji balik menggunakan formula trigonomatrik, baru aku dapat jawapan kenapa awek-awek hot takde kat pasar ikan masa tu; pasal dia orang tak bangun tidur lagi. Harharhar. Apa barang awek-awek hot bangun awal. Awek-awek hot kenalah bangun lewat, barulah remaja dan hot.
  2. Aku beli paper Berita Harian, time tengah makan aku rasa ada yang takde; section hiburan dengan automotif. DAMN!!!
Penebar roti canai perempuan, Aku rasa dekat 4 kedai di kawasan Changlun ni yang mempunyai penebar roti canai di kalangan makcik2..

Ha..itulah aku punya out of typical Friday morning. Kau orang ada buat out of typical Saturday or Sunday morning melainkan tidur sehingga 12 tengahari??

Harharhar

Cheers,
Have a nice Jumaatday

p/s: Konon : bangun awal nak jogging nak buang lemak
      Kenyataan: tambah lemak lagi ada).

tags; Changlun, Pekan Changlun, Pasar Ikan Changlun, Penebar roti canai perempuan, Roti canai perempuan, Nasi Lemak Kopi O, Rancangan Nasi Lemak Kopi O, Nasi Lemak murah, Nasi Lemak sedap, TheSharkox, Osman Kering, Ayam Bandar, Ayam Kampung, Pusat Sembelihan ayam di Kedah, 

22 comments:

Miss PIJAOSIX said... [Reply to comment]

lame tak makan roti canai yang orang melayu buat. susah sgt nak cari..yang ade pun mamak jer..

p/s : selere sungguh nampak nasi lemak 70 sen tu..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply to comment]

tambah lemak+makan nasi lemak = naik lemak hang nowh

hahaha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@~ PIJA ~: Eh..kat sini banyak je roti canai melayu..

GKSB: Naik lemak takde..lebihan lemak, iye..haha

Fikri Misti said... [Reply to comment]

Aku slalu lepak kedai makan dpn market tu dgn jiham, dan wan, rumet aku. Pekena roti canai hat yg ada kuah dal + sambal. Siok weh situ....

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Fikri: Kacaknya!:Ya...disitulah tempatnya....nostalgik bukan?

Fikri Misti said... [Reply to comment]

Bapak ah... Konvo ni mesti aku nak lepak makan 3 tempat.(1) Roti canai pasar changlun. (2) Naslem Kg Darat. (3) Nasi kandaq subaidah.

Hahahahahahha.

Unknown said... [Reply to comment]

hhoho
aku suka gambo kamu bro
gambo tucin tu mmg baik punya candid

LuPorTi said... [Reply to comment]

Shark, your blog always have so many comments.

The Sharkox said... [Reply to comment]

@LuPorTi: no lah...u jangan cakap ini macam la..blog orang lain lagii ramai kasi komen, beratus-ratus..

noorafzan.blogspot.com said... [Reply to comment]

nasi lemak kat utara nu memang murah la.
kat KL camtu RM1.50 beb.

Sang Gabriel said... [Reply to comment]

friday ko lagi bagus dari friday aku..haha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@noor afzan: Haha...itulah seronok dok kat utara ni..murah2..

@Gaban: ini pun sekali sekala ni..minggu depan tak tau nak buat apa pulak

Mimi Saidi said... [Reply to comment]

laa...lu dok changlun ke.tpt ak zmn dolu2..
picca nasi lemak ngn kopi o u smart la
awek hot bgun lewat tu agree 100% okay!

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Mimi Saidi:Yessss... ada juga mengaku dia tergolong dalam golongan awek hot bangun lambat...haha

Rina Azam said... [Reply to comment]

market mana ni :)

LuQs said... [Reply to comment]

pehh..makcik tebar roti canai

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Rina Azam:ni market changlun...

@Luqs: Haha..teluk intan mana nak dapat makcik tebar roti..

huda said... [Reply to comment]

shaq: last year, nasi lemak kat chglun ngn jitra baru 5kupang..tp, thn ni bru naik..bru2 ni sgt je aku rasa..sbb b4 posa ari tu, still 5kupang (mcm dlm gambo) tu..tp, bru2 ni aku g beli kat area umah aku ni..dah 6kupang..7kupang tu, kategori mahal dah la tu kat chglun..sbb, selalu aku beli msti 2bungkus utk aku..sehiggit bru..tp, kenyang xagak2..skang kena tmbh lg la 'kupang-kupang'..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@huda: Yeay...5 kupang..ok la masih kupang2 lagi..mana nak dapat tempat len..

Ms J said... [Reply to comment]

Perasaan bila pekena nasi lemak dengan kopi O mmg HEBAT!

Ur typical Friday sama dengan aktiviti kite di hari Ahad.. konon nak nak bangun awal pegi jogging..sudahnya jogging atas tilam je.. hehe..

Anonymous said... [Reply to comment]

ugg uk
tory burch outlet
nike factory outlet
nike outlet
cheap jordans for sale
discount uggs
canada goose jackets
north face outlet
beats by dre black friday 2014
ugg boots sale
michael kors uk
zumba dvd
pandora charms
ugg boots sale
air max 2013
moncler jackets
cheap nike shox
tiffany & co
canada goose jackets
coach bags
coach factory outlet
nike store
brazilian butt lift workout
babyliss flat iron
juicy couture handbags
lebron james shoes
replica ray bans
north face sale
dansko shoes
fendi bags
tory burch black friday sale 2014
nike air yeezy
north face jackets sale

Anonymous said... [Reply to comment]

off white
golden goose sneakers
off white nike
kd shoes
kobe byrant shoes
jordan shoes
birkin bag
alexander mcqueen outlet
golden goose sneakers
supreme clothing

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...