Pergi Toilet Perempuan kejap | Blog @thesharkox

Pergi Toilet Perempuan kejap




Hoihoi..
Semalam masa tengah buat kerja (konon), supervisor aku, Prof. Fadzilah kata dia nak pergi meeting. Oklah, dia pun pergilah. Dalam masa tak sampai 300 saat, dia call..

"Eh, saya tertinggal staff card sayalah, awak tolong ambilkan"
"Boleh, kat mana?"
"Kat toilet perempuan"
"Hah????"

Aku blur kejap.Ini kerja gila ni namanya.

"Biar betul Prof? Takkan saya nak masuk toilet perempuan??"
"Alah, masuk je, bukan ada orang pun. Awak tolonglah kejap, saya dah sampai kat office ni.."


Ah sudah..aku pun sebagai student yang baik dan hensem, menurut perintah. On the way ke toilet yang jaraknya 15meter(entah, aku tibai je), macam-macam aku fikir. Yelah, kena la fikir, kang tetiba masuk ada lecturer dalam tu, mau dia tuduhnya aku ni pengendap ataupun pengskodeng ataupun sex maniac. Kalau lecturer tu report, mau kena smackdown aku dengan Unit Keselamatan.

Macam-macam aku pikir. Masa on the way ke toilet tu, aku cari-cari jugaklah budak perempuan yang boleh aku jadikan mangsa untuk masuk ke dalam, tapi hampeh, takde.Sheet!

Ok, tinggal beberapa langkah saja lagi sebelum aku menjengah masuk ke dalam toilet..Dup dap dup dap..tak penah2 aku masuk toilet staff perempuan ni. Tiba-tiba telefon aku berbunyi..

Troot troot..troot troot..

"Ya Prof, saya baru nak masuk ni"
"Eh eh, tak payah tak payah, saya dah jumpa dah"
"Ha? Dah jumpa dah? Kat mana??"
"A ah, saya dah jumpa dah, ada tergantung kat leher saya ni. Saya tak perasan dia tergantung ke belakang"
"Errkkk????"

Toilet kat hotel masa di Bali
Selamat aku dari kena smackdown dengan Unit Keselamatan..

Harharhar...


Cheers,
Have a nice Tuesday

p/s: ......

25 comments:

Miss PIJAOSIX said... [Reply to comment]

pernah gak tersilap masuk tandas....tp aku laju2 kuar balik...hehehe

The Sharkox said... [Reply to comment]

@~ PIJA ~: Haha...sama..pernah jugak aku masuk salah tandas..heran, mana tempat urinari kat dinding tu takde..haha

CPFZ said... [Reply to comment]

hadoi...
macam2...
hak hak.....
:p

Unknown said... [Reply to comment]

nama prof tue cam nk sama jer ngan lect time aku study dulu.
sian bro kne buli

The Sharkox said... [Reply to comment]

@shark: Bro, bukan kena buli..memang dah lama kerja dengan dia ni..esok dia jugak yang bagi markah, elaun tiap2 bulan pun datang dari poket dia, so takde masalah pun sebenarnye..hehe.

oitgal said... [Reply to comment]

haha... kat opis ni.. pernah jer org tak prasan label ladies, pi taram masuk ladies nyer toilet. pastu dgn slumbernyer, tidak laa menutup pintu toilet.. huuhuhu.. siap aku jerkah, "Uit salah toilet laa".. hohoohho tapi aper nak buek. pas dier tutup pintu, terpaksa la jugak langsaikan aper yg mau dier keluarkan.Huuuh! Hati2 laa bila nak masuk toilet tuuu

wannurfazrini said... [Reply to comment]

HAHAH, ke prof u kene kan u? haha :p

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Aida: Haha...langsaikan yang besar ke yang kecik??

Fadz: Taklah..dia bukan buli i..i sukarela..haha

FiqaSaleh said... [Reply to comment]

ehhehehe.. 1st time landing kat sini.. terus je gelak baca entry ni.. hehehhehe..

Fnd Rocka said... [Reply to comment]

Tergantung kat belakang..macam gmpang

The Sharkox said... [Reply to comment]

@FiqaSaleh: Aha..teruslah landing kat sini sokmo...

fndrocka: LOLzz

Amirez said... [Reply to comment]

prof tu nak uji agaknya eheh

ckynwan said... [Reply to comment]

ahahahahahahahahahahahahahaha selamat lah kamu ye?

huda said... [Reply to comment]

rugi beso la xdan can nk masuk..bukan sng nk masuk

The Sharkox said... [Reply to comment]

@cKyN WaN: Selamat...haha

Huda: kalau bagi biskut pun, taknak aku

Wan Gerrard said... [Reply to comment]

haha tak pernah tersilap masuk tandas lagi, tapi pernah ternampak toilet perempuan yang ada tempat buang air berdiri =P

tersilap buat toilet kot.haha

Anonymous said... [Reply to comment]

Ni bleh bt short movie ni...

noorafzan.blogspot.com said... [Reply to comment]

hampeh je lecturer tuh..
kah kah!

The Sharkox said... [Reply to comment]

@noor afzan:Eh..jangan le cakap gitu..dia tu baiklah...susah nak cari prof macam dia..dia betul2 jaga student dia tau.hihi..

LuPorTi said... [Reply to comment]

Haha. Everything is a shock ya.

Miss Bluepinkiey said... [Reply to comment]

comel la citer nih..hahahhhaha..cam citer lawak je..hahahhaha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Love is Life:Comeyl? Tang mana pulak comel..haha..

Anonymous said... [Reply to comment]

dlm hati u msti ckp 'ah, terlepas peluang nak skodeng' kan? haha. kidding :P

panda putih said... [Reply to comment]

haha..

Anonymous said... [Reply to comment]

uggs outlet
burberry outlet
ugg boots sale
michael kors purses
ugg sale
moncler outlet
beats by dre black friday
the north face outlet
ugg outlet store
louis vuitton outlet
kate spade
ugg outlet
ugg boots uk
burberry outlet
uggs for cheap
uggs on sale
ugg black friday
guess outlet
canada goose jackets on sale
marc jacobs handbags
canada goose black friday
gucci outlet
nike air max
kd shoes
air max 2014
reebok shoes
cheap beats by dre
uggs outlet online
woolrich jackets
air max 90
coach outlet
p90x workout

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...