Hoihoi..
Mula-mula aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada roomate aku sekarang ni,
Tenh Hock Kuan (Little Ant 99). Semoga tahun arnab ni bawak bawak ONG kepada Ah Kuan. Ye, sekarang ini aku ber-roomatekan seorang Cina beragama Buddha yang menyambut Tahun Baru Cina. Tiada masalah pun pasal kerana dialah aku ada bilik sekarang ni. Tapi aku masih tak dapat angpau dari dia pasal dia tak kahwin lagi. Bila dia nak kahwin entah.
Aku dulu masa kecik-kecik memang aku sukaTahun Baru Cina. Suka pasal aku dan kawan-kawan aku yang masih hingusan lagi pada masa itu akan keluar pagi-pagi dan berkumpul beramai-ramai depan KFC pasal nak tengok tarian singa. Masa tu aku panggil Tarian Singa tu 'Tarian Naga' pasal tak tahu nak beza naga dengan singa. Hahaha
Best bila dapat tengok orang yang jadi kaki depan dan kaki belakang singa tu melompat-lompat atas tiang-tiang, angkat kaki depan, pusing kanan pusing kiri atas tiang tu tapi tak jatuh. Last-last mesti singa tu makan apa entah yang mereka gantung kat tiang yang paling tinggi dan diakhiri dengan main mercun papan saiz XXXL. Lepas tu dapat limau free. Hui.. teruja beb masa tu.