Hoihoi..
Minggu ni minggu konvo kat UUM. Jadi kalau minggu ni aku asyik cerita pasal konvo ajer, kau orang jangan geli ketiak pulak ye? Biasalah, 'konvoseksyen' ini datang 2 kali ajer setahun. Aku pun tak pernah buat entri pasal konvo lagi kan? So, biarlah aku nak poyo buat pasal konvo ajer minggu ni..Oh, by the way, aku dah konvo lama dah. Kalau menurut gambar dalam kontestis Mortar Board, aku bergraduasi pada Mac 2009. tags; konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23, Pesta Konvo UUM, UUM, peluang pekerjaan dalam bidang IT, masalah pengangguran dikalangan rakyat malaysia, peluang pekerjaan pada masa akan datang,
Tapi sekarang buakan aku nak cerita pasal aku punya konvo yang dah jadi sejarah dah tu. Tidak. Cuma aku teringat kejadian pada tahun 2005 dulu, masa mula-mula aku dapat tau yang aku dapat offer buat degree ke UUM, dalam kos Multimedia. Waktu isi borang UPU dulu kos multimedia UUM ini aku letak sebagai pilihan ke 5-7. Memandangkan keputusan matrik aku sangatlah jahanam, maka aku tidak meletakkan sebarang kos berkaitan teknikal seperti engineering atau pun kos yang ada kaitan dengan matematik, fizik dan kimia.
Kerana apa? Kerana result matrik aku memang tak layak aku untuk apply kos-kos engineering ni. Memang dah takde nafsu syahwat dah dengan engineering (semua gara-gara result jahanam tu lah).Walaupun ada member yang cakap ko try ajer engineering, tapi aku taknak jugak. What for?? Untuk berasa bangga blia balik raya makcik-makcik tanya "kau mengaji kos apa kat universiti tu?", dan dengan kembang hidung beritahu "kos trigonometrik engineering maklang", macam tu?
Tweet