Blog Komik oleh @thesharkox: October 2010

Friday, October 29, 2010

Kos kau tu susah nak dapat kerja

49 comments



Hoihoi..

Minggu ni minggu konvo kat UUM. Jadi kalau minggu ni aku asyik cerita pasal konvo ajer, kau orang jangan geli ketiak pulak ye? Biasalah, 'konvoseksyen' ini datang 2 kali ajer setahun. Aku pun tak pernah buat entri pasal konvo lagi kan? So, biarlah aku nak poyo buat pasal konvo ajer minggu ni..Oh, by the way, aku dah konvo lama dah. Kalau menurut gambar dalam kontestis Mortar Board, aku bergraduasi pada Mac 2009. tags;  konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23,  Pesta Konvo UUM, UUM, peluang pekerjaan dalam bidang IT, masalah pengangguran dikalangan rakyat malaysia, peluang pekerjaan pada masa akan datang
Tapi sekarang buakan aku nak cerita pasal aku punya konvo yang dah jadi sejarah dah tu. Tidak. Cuma aku teringat kejadian pada tahun 2005 dulu, masa mula-mula aku dapat tau yang aku dapat offer buat degree ke UUM, dalam kos Multimedia. Waktu isi borang UPU dulu kos multimedia UUM ini aku letak sebagai pilihan ke 5-7. Memandangkan keputusan matrik aku sangatlah jahanam, maka aku tidak meletakkan sebarang kos berkaitan teknikal seperti engineering atau pun kos yang ada kaitan dengan matematik, fizik dan kimia.

Kerana apa? Kerana result matrik aku memang tak layak aku untuk apply kos-kos engineering ni. Memang dah takde nafsu syahwat dah dengan engineering (semua gara-gara result jahanam tu lah).Walaupun ada member yang cakap ko try ajer engineering, tapi aku taknak jugak. What for?? Untuk berasa bangga blia balik raya makcik-makcik tanya "kau mengaji kos apa kat universiti tu?", dan dengan kembang hidung beritahu "kos trigonometrik engineering maklang", macam tu?

Thursday, October 28, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

15 comments
tags; CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly, konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23,  Pesta Konvo UUM, UUM,
Hoihoi..
Musim konvo datang lagi.Oh yeah.. Musim konvo hanya akan tiba sekitar bulan Mac-April dan juga Oktober-November. Sekarang ni pihak-pihak universiti awam kat Malaysia ni dok giat nak berkonvo. Uni aku jugak nak join juga bab-bab konvo ni. Mana boleh dibiarkan. Uni lain konvo, uni kita pun kena konvo jugak. Uih, tapi entri ini bukan untuk cerita bab konvo, tapi cerita bab gambar konvo.

Ok, masa jalan-jalan cari pelempang tadi, aku terjumpa satu kontest ni. Macam menarik dan menaikkan nafsu pun ada. Nama dia  CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly. Serius sheet, aku tak faham kenapa ada Cantik Dalam Huduh tu. Rupa-rupanya blog tu punya tagline..ish ish ish..

Maka nak dijadikan filem, oleh kerana aku pernah konvo dulu, aku pun decide nak join kontest ni . Si pembuat kontest ni, encik bernama Daniel Zaidi telah mengarahkan si pen-join kontest dia ni upload gambar, lepas tu nanti dia nak bagi hadiah spek Rayban seketul. Takde siapa-siapa pun yang tag aku suruh join. Ah, aku ni POSER jugak bab-bab kontestis ni, so dengan murah hati  dan jugak kehenseman, aku JOIN ajer.

Tuesday, October 26, 2010

P. O. S . E. R Gila!

21 comments



Hoihoi..
Tadi masa aku jalan-jalan kat Facebook kawan-kawan aku, aku redah sana, terjah sini, korek sana, korek sini, haa, aku terjumpalah kawan kepada kawan aku punya kawan. Tak kenal rapat pun, nama pun taktau sebelum ni, kenal-kenal gitu ajer. Bak kata Mat, roomate aku dulu, "kenal-kenal anjing".

Bila tengok dia, aku rasa nak tergelak pun ada. Yelah..dengan dressing ala-ala budak Indie pulak sekarang ni..macam gampang. Siapa dia ni, biarlah aku rahsiakan. Dia ni memang POSER sikit dengan aliran muzik. Main ikut ajer apa yang trend sekarang ni.

Dulu waktu tahun 2002,  Too Phat tengah meletup-letup dengan Anak Ayam. Too Phat Ya aa auww, dia pun Ya aa auww jugak. Dress up bagai, dengan seluar baggy, pakai cap mesti senget, cap Bulan Sabit Merah adik dia punya pun dia tibai, baju mesti jersi Hoki Ais Amerika jenama FUBU berkilat-kilat,  kasut mesti Nike Air dan Adidas Lo-Fi yang beli dekat bundle kasut. Breakdance dekat Menara Condong, wajib, walaupun masa tu tengahari terik. Tuala putih mesti ada kat poket belakang dan leher. Ini semua terpengaruh dengan Too Phat punya pasal.

Cap Senget, Baju FUBU, Seluar Baggy, dan Kasut NIKE Air. Hip Hop habis

Tapi itu tak lama. Dalam 2 tahun lepas tu, scene hiphop ni mula slow. Masa tu skinhead tengah naik.


Friday, October 22, 2010

Nasik Lemak dan Kopi O kampung

21 comments



Hohoi..
Hari ini aku buang tabiat. Biasanya kalau cuti hari Jumaat ni, mesti aku bangun lewat sikit dalam pukul 9 lebih. Tapi hari ini aku bangun awal, dalam pukul 8 pagi. Asalnya malam tadi aku membuat perancangan untuk berjogging di pusat sukan lepas subuh, dengan harapan lepas jogging, 5kilojoule lemak akan terbuang.

Tapi hampeh.. Subuh ke mana, joging ke mana, lemak terbuang ke mana So, aku bangun jugak pukul 8. Aku fikir, menatang apalah aku nak buat pagi-pagi Jumaat ni..Terfikir nak buat benda yang out of  typical Friday morning routine

Tetiba datang benda yang tak pernah aku terfikir nak buat sebelum ni; pergi market. Ye, tanpa berlengah lagi terus aku mandi 2 minit dan kemudian bersiap dengan semangat berkobar-kobar untuk ke market, bukan untuk mencari ikan, tapi untuk mengushar awek-awek hot.

Harharahr

Tuesday, October 19, 2010

Pergi Toilet Perempuan kejap

25 comments



Hoihoi..
Semalam masa tengah buat kerja (konon), supervisor aku, Prof. Fadzilah kata dia nak pergi meeting. Oklah, dia pun pergilah. Dalam masa tak sampai 300 saat, dia call..

"Eh, saya tertinggal staff card sayalah, awak tolong ambilkan"
"Boleh, kat mana?"
"Kat toilet perempuan"
"Hah????"

Wednesday, October 13, 2010

Kami ada DSLR, kau ada???

33 comments



Hoihoi....
Sudah, cukup-cukuplah kisah Eksiden 101010
Kali ini aku nak buat entri pasal mereka yang ada DSLR
Mereka hebat kerana mereka ada duit beli kamera mahal-mahal
Tapi orang macam aku ini, tak berduit, pakai kamera handphone 1.3MP pun jadilah
Harharhar

Sekarang ramai budak-budak berangan nak ada jugak DSLR ni. Pasal apa? Pasal makin ramai budak2 dah pakai DSLR, so kita kenalah ada jugak supaya dapat kelihatan cool dan bergaya dikalangan rakan-rakan. Apa barang kau pakai kamera Compact Digital Camera 10MP beb, tak layanlah. Mana boleh buat 'bokeh' pakai kamera digital, buat micro mode boleh lah. Itupun nampak sengal ajer. Tak cukup hensemlah kalau tak ada DSLR..

Aku pun memang dulu pasang niat nak angkut jugek DSLR ni sebijik, tapi itu 2 tahun lepas lah, masa tu tak ramai lagi orang pakai DSLR ni. So, aku pun apa laga, memasang angan-angan untuk membeli menatang DSLR ni. Siap kumpul duit lagi. Lepas 2 tahun, aku berjaya jugak untuk tidak memiliki DSLR, pasal duit simpanan banyak digunakan untuk repair kereta..Lagipun, dah ramai sangat pakai DSLR ni, macam tak bestlah pulak (ayat cover).

Tak apalah, orang takde duit buat cara tak ada duit. Pakai Compact Digital Camera 10MP pun masih boleh mengambil gambar bogel

Harharhar

Monday, October 11, 2010

Gambar-gambar kemalangan bas ekspress 10.10.10 dan keterangan saksi yang hanya selamat 5 saat dari kejadian

46 comments



Hoihoi..
Semalam, ini panas punya berita, hari pun masih panas lagi
Kawan aku, Mazri kata kawan kepada kawan dia hampir-hampir menjadi mangsa kemalangan semalam!
Cuma  5-10 saat awal dari kemalangan tu...berpantang maut sebelum ajal!

Berikut adalah gambar-gambar dan kenyataan yang di tulis sendiri oleh kawan kepada kawan dia yang hampir menjadi mangsa tu.

Saturday, October 9, 2010

Cara-cara nak hilang kawan dalam Facebook..haha

19 comments



Baru beberapa hari lepas terbaca entry Khai Hassan pasal Facebook
Aku pun rasa benda yang sama jugak,
Tapi aku malas nak tulis panjang-panjang macam dia 
Baru 8 bulan aku ada akaun Facebook ni. 

Ada orang putih buat kajian pasal Facebook baru-baru ni. Orang putih tu kata kebanyakkan pengguna laman sosial ni boleh hilang kawan pasal kawan dia tu BORING dengan dia  pasal dia kerap sangat dok update status entah hapa-hapa

Ko boleh hilang kawan pasal kawan ko boring dengan ko? Boleh bro. Orang putih tu siap guna istilah Defriending-hilang kawan dalam laman sosial.

Harharhar..

Friday, October 8, 2010

Mat dan Blazer Konvo

14 comments



Tadi dapat mesej dari Mat

"Bro, kena ada blazer pulak nak konvo ni"
 "Apahal pulak kena ada blazer Mat? Buat apa blazer tu?"
"Blazer tu nak buat cuci kereta ko la, takkan nak pakai kat badan pulak kot.." 
"Harharhar....ko kelakar la Mat, kelakar macam tupai!"

"Ko buat tak tau ajer Mat..merepek gila nak konvo kena ada blazer. Aku dulu tak payah pun blazer-blazer bagai ni. Buat bodo ajer dowh"

"Tak boleh bro, dia tulis dalam buku panduan tu, suruh pakai menatang blazer"

"Ko tak payah dengar Mat. Buang duit ajer tu..ko cakap la ko famili miskin, nak beli karipap inti kelapa pun tak mampu, inikan pulak beli blazer. Lagi pun apajadah ko nak pakai blazer padahal masa tu ko sarung jubah besor kaler biru tu nanti..Zaman aku dulu takde pulak mengada2 dia orang nak suruh pakai blazer" 

"Itulah..macam gampang kan? Ko dulu konvo pakai baju tidur steady ajer kan?"
"Hoi agak-agak la Mat, bila masa aku pakai baju tidur? Aku pakai baju mandilah time tu"
"Eleh, ko nak tipu konon,..entah la bro. Naik pening aku . Macam haram ajer peraturan nak konvo ni. Peraturan nak berkonvo lebih dari peraturan nak SEMBAHYANG!!

Harharhar...

Wednesday, October 6, 2010

The real reason why Rooney dropped by Coca Cola

6 comments



Why on earth, Coca Cola remove Roo's image from their Zero Diet campaign?
Do you think it's because of his sex scandal??




Nope..
The sex scandal is just to cover up the truth

The truth is..

Tuesday, October 5, 2010

Pinokio Hidung Panjang Berdiri

9 comments

Aku dalam kondisi yang sangat malas untuk menulis thesis
Boleh siapa-siapa bagitau macam mana nak buang keMALASan ini????



Monday, October 4, 2010

Kurt Wenner yang cool!

5 comments



Kenal Kurt Cobain?? Yes, he is a Nirvana rockers dude, but he's died already because of Drug
Kenal Kurt Wenner? Nope...who is he?

This is Kurt Cobain
Dia suka pakai kasut Converse


and

This is Kurt Wenner.

He is a Talented Artist who is suka melukis di Jalan raya, di dinding and he is Damn Crazy man!!
Just want to share with u guys lah..

Jangan dok tengok Aksi terlampau di Bali ajer...hehe

Sunday, October 3, 2010

Aksi terlampau di Bali !!! (18SX)

9 comments



Hoi, aku tak tahan ni
Aku nak jugak kasi share benda ni dengan korang
Korang tau lah kan, kat Kuta Beach tu, macam-macam orang dok ada
Mat Salleh memang ramai, uih, berbaring-baring kat tepi pantai macam ikan kering kena jemur
To get a tanned skin-lah konon nyer

So, tipulah kan kalau aku kata pi Kuta Beach tu aku tak curi2 tengok "pemandangan menarik"
Ahakss...(keluar tanduk)
Dalam mata dok melilau "menikmati" pemandangan matahari terbenam
Akhirnya dapat jugek aku snap sorang budak ni..
Tapi bukan mat salleh, budak Indonesia jugek kot, ok lah kan, dari tak ade langsung

Uih, budak ni, selamber ajer dia togel kat tepi pantai tu
Buat macam dalam bilik air sendiri
Siap berlari-lari lagi
Ahaa..aku pun apa laga
Terus aku memaksimumkanlah fungsi kamera Panasonic Lumix aku yang cool ni

Tapi, budak tu agak jauh sikitlah dari aku
Oleh kerana Panasonic Lumix aku ni tak ada menatang zoom macam DSLR korang yang mahal tu
Maka, kualiti zoom gambar aku ni macam haramjadah sikitlah..
tambah-tambah pulak dia sedar aku ambil gambar dia, terus dia cabut lari, malu lah tu..ahakss

Tak ada hal, janji aku dapat, korang dapat ke?

Harharhar...layanzz

p/s:Jangan sampai hidung korang berdarah dengan aksi terlampau ni ye..

Saturday, October 2, 2010

Road to bali: Hari ke 3, Shopping sampai pokai..

8 comments
Maaf, post ini sudah hilang..DAMN!