Kos kau tu susah nak dapat kerja | Blog @thesharkox

Kos kau tu susah nak dapat kerja




Hoihoi..

Minggu ni minggu konvo kat UUM. Jadi kalau minggu ni aku asyik cerita pasal konvo ajer, kau orang jangan geli ketiak pulak ye? Biasalah, 'konvoseksyen' ini datang 2 kali ajer setahun. Aku pun tak pernah buat entri pasal konvo lagi kan? So, biarlah aku nak poyo buat pasal konvo ajer minggu ni..Oh, by the way, aku dah konvo lama dah. Kalau menurut gambar dalam kontestis Mortar Board, aku bergraduasi pada Mac 2009. tags;  konvokesyen UUM, Dewan Muadzam Shah, UUM, Topi konvokesyen, Majlis Konvokesyen UUM ke 23, Pesta Konvo UUM Ke-23,  Pesta Konvo UUM, UUM, peluang pekerjaan dalam bidang IT, masalah pengangguran dikalangan rakyat malaysia, peluang pekerjaan pada masa akan datang
Tapi sekarang buakan aku nak cerita pasal aku punya konvo yang dah jadi sejarah dah tu. Tidak. Cuma aku teringat kejadian pada tahun 2005 dulu, masa mula-mula aku dapat tau yang aku dapat offer buat degree ke UUM, dalam kos Multimedia. Waktu isi borang UPU dulu kos multimedia UUM ini aku letak sebagai pilihan ke 5-7. Memandangkan keputusan matrik aku sangatlah jahanam, maka aku tidak meletakkan sebarang kos berkaitan teknikal seperti engineering atau pun kos yang ada kaitan dengan matematik, fizik dan kimia.

Kerana apa? Kerana result matrik aku memang tak layak aku untuk apply kos-kos engineering ni. Memang dah takde nafsu syahwat dah dengan engineering (semua gara-gara result jahanam tu lah).Walaupun ada member yang cakap ko try ajer engineering, tapi aku taknak jugak. What for?? Untuk berasa bangga blia balik raya makcik-makcik tanya "kau mengaji kos apa kat universiti tu?", dan dengan kembang hidung beritahu "kos trigonometrik engineering maklang", macam tu?

Back to main topic. Bila aku tau ajer aku dapat jugak masuk U, aku balik terus aku buat sujud syukur (tak tipu). Bersyukur beb walaupun result matrik aku huduh dan hina dikalangan rakan-rakan sekelas, tapi aku dapat jugak masuk Universiti (walaupun dapat kos yang orang kata "kos lelong"). Lepas tu bila aku member aku sorang tu tau aku dapat masuk U, dia tanya

"Ko dapat U mana giler??" kawan
"Dapat UUM bro.." aku
"Kat mana tu giler??" kawan
"Kat Sintok, Kedah.." aku
"Ceruk mana Sintok tu?? Ko dapat kos apa giler??" kawan
"Kos Multimedia.." aku
"Kos apa ko dapat tu? Itu mesti kos lelong tu.." kawan
"Eh, taklah, aku ada apply la kos ni" aku lagi
"Ko tak payahlah masuk  kos multimedia tu. Kos IT, multimedia, komputer sains sekarang ni mana ada kerja. Budak-budak yang banyak menganggur banyak dari kos IT la giler " kawan.

He's just another Tipikal 'Malaysian' People. Sheet man..

Yep, aku memang down masa tu. Memang masa tu masyarakat asyik cakap kos IT ni dah tepu la, takde kerja la apa lah.Nak kerja apalah nanti, bla bla bla bla..Entah apa gampang yang  dia lagi complain aku pun dah lupa. Aku steady jugak, gagahkan jugak ambik kos tu. Kebetulan memang ada minat dalam dunia multimedia ni.

3 and half years later, aku konvo. Lepas konvo, ramai member-member satu kos dengan aku yang dah kerja. Even sebelum konvo lagi ada yang dah dapat kerja. Ada yang kerja dekat kompeni multinasional, ada yang kerja kat kompeni tempatan yang sedang meningkat naik, ada kerja kat sektor kerajaan, ada yang kerja sendiri, jadi usahawan, ada yang aku taktau cerita, tiba-tiba kata tahun depan kerja kat Amsterdam, macam-macam lagilah. Dan Alhamdulillah, aku tak dengar lagi cerita kawan-kawan satu kos dengan aku menganggur setakat ni. 

We are in BLUE

Inilah yang  member aku tu kata 3 tahun setengah sebelum tu "Kos IT, Multimedia, komputer sains sekarang ni mana ada kerja. Budak-budak yang banyak menganggur banyak dari kos IT". So now i want to prove him that his words are totally wrong. Ha, nah kau. Eat your words sampai lebam! 
Harharhar

Sebenarnya, orang yang cakap macam tu, adalah orang yang tidak berada dalam bidang tersebut. Dia cakap hanya berdasarkan apa yang dia dengar orang lain cakap, itu ajer. Aku ingat lagi masa minggu orientasi, kami kena dengar ceramah di fakulti masing-masing. One of the speaker at that time asked us "Siapa rasa masuk kos IT ni tak ada kerja?? Kalau kamu rasa tak ada kerja nanti, kamu boleh keluar dari dewan kuliah ni sekarang juga."

Dia bagitahu, sekarang, di dalam dunia yang berkembang dengan teknologi ni memerlukan IT sebagai penggerak bla bla bla.. Dia kata "percayalah, kos IT lah paling banyak akan memberi peluang pekerjaan pada masa akan datang selari dengan perkembangan teknologi yang serba cepat berkembang ni".

Last word from that speaker, "Orang kata kos IT ni takdak kerja, itu tidak benar. Orang kata bidang IT ni dah tepu, itu pun tidak benar. Tapi orang kata banyak penganggur dari kos IT, itu BENAR. Kenapa ramai pengganggur? Pasal yang menganggur itu adalah mereka dari golongan yang malas berusaha, malas belajar, malas segala-galanya..". Kata-kata ini yang aku pegang sehingga hari ini.
 
Pada akulah, kau masuklah kos apa sekali pun, waima kos tu tak famous pun, tak hebat macam engineering, tapi kalau kau rajin, InsyaAllah adalah rezeki tu nanti. Tak payahlah kau downkan orang lain hanya kerana dia dapat kos Human Resource, Public Management, Business, Pengajian Islam, Zoologi dan apa benda lagi entah kos yang tak glamour. 

Jangan setakat dapat masuk kos hebat-hebat, tapi kau malas study. Lepas tu dapat result suam-suam kuku.  Lepas tu bila cari kerja, kau tak dapat kerja, kau marahkan kawan kau yang dapat kerja. Ayat klise yang selalu keluar, "Ah, dia guna kabel bapak sedara dia, bolehlah.." Ppprrffhhhh...

Kejap nak tanya, dia pakai kabel apa? Kabel USB kot...


Harharhar

Cheers,
Have a nice Jumaatday

p/s: Curi kabel Telekom.

+Pictures (USB Cable) credited to
indiabroadband.net


51 comments:

CPFZ said... [Reply to comment]

tak kira study cos ape pun,
kalo dah rezeki bekeje,keje jugak...
yg tak berusaha dan nak senang idup tanpa susah payah je,yg rezeki tak sampai kat dia..

fatin amirah shahar said... [Reply to comment]

bro!! TT______TT
i feel exactly the same
skang tgh buat foundie kat MMU cyber,
amek creative multimedia,
memang apply tu..
bukan pasal xdapat ipta
well hello i dapat ipta course senibina kat uitm,
tapi again,,HELLOOO minat mengatasi segalanya kan
buat apa nak jugak study dekat uitm(ipta kann) tapi dah kuar U bila keje tapi xde nafsu sebab tak minat kot senibina T___T
mungkin rasa bangga sekejap bila balik kampung, or jiran jiran kepoh tanya belaja mana?
then boleh la jawab ipta..
tp skang ni kalau diorang tanya,
then jawab study kat MMU(ipts) nak pulak study creative multimedia,
sume pakat bising plus ada lak yang senyum sinis TT__TT
bapak kolot ok mereka itu!
sedih la dengan mentaliti diorang ni TT__TT

p/s: sory emo pulak kat blog ni,,dah la first time masuk T.T

Fikri Misti said... [Reply to comment]

Amboi... Emo....
Nasib baik kos akauntan dia takde mention...

PutraRocker said... [Reply to comment]

rezki ado di mano2 boh..
hidup CS..hahaahah o_O

Ummi Nisrina Adni said... [Reply to comment]

yup2.. sy stuju.. Bgantung kpd individu sbenarnya..Course ape pun tak kesahla.. cth membe sy uum gak, dia konvo dulu dr sy awai setahun ke dua thn..amek course IT tp smpai skang tak dpt keje tetap sbb terlampau memilih keje..
vice versa memb sy sorang lg, amek IT gak tp keje berduyun menunggu..

ckynwan said... [Reply to comment]

tau xpe. kos ape2 pon ok janji usaha kena ada

klau kos meletup2 pon malas berusaha, tak kemana bai~

atieaizam said... [Reply to comment]

tapi bagi atie lak, pemilihan kos tu penting skrg ni.. kalau dah berlambak yang amik satu2 kos kan payah nak keje.. biasanya ada sbb seseorg tu amik satu2 kos tu..cyhnya kos kejururawatan.. sbb dia tau.. esok dia keluar keje menunggu dia.. macamtu jugak cikgu.. takyah susah2 nunggu spa.. nganggur, belum habis belajar lagi dah tau esok posting mana bila habis belajar..

jadi yang muda2 ni perlu plan masa depan.. untuk merealisasikan impian kita tu dah tentu usaha itu penting..

pilih lah kos yang diperlukan dipasaran 4 tahun ke depan.. buat kajian sikit.. tanye cikgu2.. pensyarah2 pendapat dorang kalau kita nak future study..

tu pendapat saya lah yer.. tkasih

OrenLimau said... [Reply to comment]

Hahahaha..siyes aku setuju dengan ko!!hahaha
lame oh semua xda2 kerja ni.semua yang penting usaha.rezeki ada kt mana2.usaha jek kena lebih.
kan.....banyak bunyi je pun x guna.

haha..aku ada gak cover pasal benda ni. Tapi ni kenapa semua org cakap 'doktor jek hebat'.hehe

nah,try tgok. :)
http://orenlimau.blogspot.com/2010/07/hebat-sangat-ke-jadi-doktorkerja-lain.html

noorafzan.blogspot.com said... [Reply to comment]

course ku engineering.
Alhamdulillah, semua course mate dapat kerja cepat.
paling2pun 2 bulan je nganggur kat umah.

eZmALiZa said... [Reply to comment]

kah3!! dalam pade tgh panas isu ni boleh letak gambar last! ape lak kabel USB?? :))))))))

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Fikri: Kacaknya!: Aben, biarlah dia nak emo2 kat blog aku..bukan aku marah pun..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Fikri: Kacaknya!: Aben, biarlah dia nak emo2 kat blog aku..bukan aku marah pun..

Weh, kos akuntan kan kos hebat dan glemer jugak..mana boleh masuk kos tak glemer

The Sharkox said... [Reply to comment]

@fatin shahar :): Emo anda diterima...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@PutraRocker: ni mat CS jugak ni eh...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@L.O.V.E hUnTeR: Aha..memilih kerja memang rugi...

@ Atie: Cikgu maktab senang, tapi kalau yang amik pendidikan kat U biasa ni, dengar cita kena tunggu jugak eh? dengar2 upsi pun kadang2 sangkut tang posting..dengar2 la..

@ Oren: Hyep, udah baca..kes lebih kurang sama, tapi tak serupa..

@ Afzan: Alhamdulillah..tapi ada juga my friends out there masih menunggu kerja yang betul2 engineering

@Ezmaliza: Nak senang kerja goverment kena ada kabel USB..haha

Rina Rossoneri said... [Reply to comment]

huhuhuuu..kalau amek kos yg org jarang dengar lagi ler, mesti ada je yg ckp 'kos tu nanti kerja apa.boleh dpt keje ke'...

linguistik, takkan xpenah dengar?..haish..

Lady SharpShouter said... [Reply to comment]

choiii.. rezki ade mana2 tau.tak kisahla kos ape pun, mcm mana bw diri tuh yg penting.sape2 yg ckp tuh kasi tempeleng sket dia punya kepala.haha.

MR S said... [Reply to comment]

haha biase la tu...sbnrnya x kisah kos apepun, kalo xmemilih mesti dapt keje...

Affan Ruslan said... [Reply to comment]

haha. aku rasa, kalau ambik course apa2 pun, bila grad dgn result baik, InsyaALLAH dapat kerja. huhu. buat apa yg kita minat lah. eheheh

fendi said... [Reply to comment]

pemikiran mesti positif, ramai je xde degree leh dapat 2-3ribu, ada org jual goreng pisang pun leh dapat 2ribu sebulan...

yang penting usaha :P

haysirzam said... [Reply to comment]

ko panggil kwn ko tu jumper aku........meh aku taji kepala dier.....
ko x ckp bdk2 multimedia uum power2..... geng2 aku pun sumer menjadi.........

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said... [Reply to comment]

hahahah cabel usb yg x tahan tu. hehe
balaja apa pun sama je. tuhan dh tentukan ape rezeki kite kn :)

The Sharkox said... [Reply to comment]

@rossoneri: Linguistik dalam fakulti bahasa kan? Kerja apa2 pun boleh..

@Lady SharpShouter: Tempeleng laju2..

@Mr S: Tapi masih ramai yang memilih, ada yg kata buat apa aku kerja lain sedangkan aku degree lain?

@Seringgit: :)

@ Haysirzam: Itulah..power beb..macam power root..haha

@Zama: haha..cable usb kena ada..

Ard said... [Reply to comment]

aku pon kos it. sgt down kene kondem. tp aku bahagie ngn kos ni.. hahha
ape2 pun rezeki.. malaysian typical mindset. blergh~

aNiS tHe BumbleBee said... [Reply to comment]

tahniah...mana2 course pun sama je.Kalau engineering pun,belajar malas,ke laut jugak,tol tak??



p/s:dah blaja kt sintok tu,pandai cakap kedah dak lagi?haha!

The Sharkox said... [Reply to comment]

@ard: Eh..takpe, biarkan dorang kondem..dorang bukan tau apa sangat pun

@Anis: Cek cakap utagha kemaih dah la ni...pis of kek...haha

Nurisya Edilysha said... [Reply to comment]

betol betol betol...typical malaysian je yg cakap camtu....keje mana2 ade...usaha & skill je kene ade....

haysirzam said... [Reply to comment]

wei aku igt lg......yg ckp tu dekan fakulti kt..... memg memberi semangat.....
time tu ader jgk member2 zero pasal komputer nie....tp skrg tip top siot.....

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Nurisya Edilysha: Ye...skill yang dicari. bukan kos apa yang ada...

@haysirzam: Ha...baru aku ingat, dekan. masa tu tak kenal pun dia..haha

Sang Gabriel said... [Reply to comment]

aku terpakse melepaskan engineering kerna addmath ku hancus...haha. Sekarang study Logistics, masyuk

Anis Azhani said... [Reply to comment]

*teringat zaman matriks result hampeh jugak.

i so love this post! aceyh. true story nih, happens to most Tipikal 'Malaysian' People.

Btw, congrats on your 2009 graduation :D

The Sharkox said... [Reply to comment]

@gabanMorka: Logistik tu tak ramai yang buat...tapi permintaan ada, rite?

@Anis: Tipikal "Malaysian" People eh...hehe

Rina Azam said... [Reply to comment]

oh..dh graduate rupanya..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Rina Azam:Yep...tapi still ada lagi kat sni

fya zainal said... [Reply to comment]

ohhh betul2..tiba2 rasa suka topik ni cos aku pun amik cos yg sama n my lec yg amik cos ni dr UUM juga..skrg sda jd lecturer ^^

The Sharkox said... [Reply to comment]

@fya zainal: Hehe.. say hai to IT

nUmara... said... [Reply to comment]

hehs... salam..
satu je yg terlintas akhirnye, kawan kamu tu kerja ape skang? ehehhe

The Sharkox said... [Reply to comment]

@nUmara...: Oho..dia meneruskan pengajian...tapi dalam kos dia ada jugak subjek IT..dan dia sangat suka buat website..hahahaha

IT dah tepu kan????? LOL

nUmara... said... [Reply to comment]

w0h0h0... die terlupe barangkali, assignment yg berkeping2 tu menggunakan barang IT.. *xkan tulis tgn kowt...*
dan jika barang itu rosak, org yg membaikinya nk kene belajar tentang alat2 IT...
urm.. website tu saye rase IT thingy jgk kan kan??
*e'ehh.. byknye IT... =p

jgn pndg rendah ape yg diciptakan TUHAN... kite xpnah leh predict our future... redah ajer.. =p

sharkox;entah2 die pon duk giler new gadgets mcm iPhone, samsung galaxy, mp4... ish.. sume tu org yg pandai IT buat.. isk isk isk... =p

@-te@-q@h said... [Reply to comment]

For me, yg pntg, jgn pilih kerja.. Kalau nk tggu smpai bjggut tp x dpt jugak keje dlm bidang kite, xkan nk mnggnggur je? Better fill up the 'waiting moment' dgn keje kat tempat2 lain wpun xde kaitan lgsung dgn bidang.. dpt tambah experience and improve skills.. tp jgn trus x apply keje dlm bidang kite.. One more thing, jgn lupe, rezeki tu sume, Allah yg tentukan..:)

successinfinity said... [Reply to comment]

ceburkanlah diri dlm bidang bisnes...9 drpd 10 punca rezeki dtgnya dari bidang perniagaan...
skrg zaman moden,ngadap PC pn dpt duit.byk bisnes online yg terjamin.


kalau x percaya klik ni

http://formulaluarbiasa.com/recommends/successinfinity

sy dpt duit walaupun sdg menonton tv!

Dorky Guy said... [Reply to comment]

bullshit kawan ko tu..haha sorry baru baca blog lama..kehkeh

aku dulu kos teknology industry.. major in food technology(food engineering).. Universiti Sains Malaysia..

kawan aku punya dialog:
"hoi jahanam! dapat u mana?" kawan
"USM penang ja" aku
"oh kos apa eh?" kawan
"food tech je" aku
"eh masak masak ke? erk.. kos lelong tu eh?" kawan
"bukan masak-masak. Kos lelong? aa mungkin la kot. tapi tu 1st choice aku" aku
"erk. Kos lelong tu. tak pernah dengar pon. aku dapat uitm, kos matematik" kawan.
"eh lelong ka? tapi minimum qualification dia nak pointer matrix/stpm minimum 3.8. lelong ka tu?" aku
"erk!" kawan
"pointer hang berapa?" aku
"T_T" kawan

yes, they are being such a douch bag..kehkeh a typical malaysian. macam tu lah. aku tak pernah nak kata kos tu senang kos tu susah. semua kos pon. kalau tak study, tak pandai jugak kan?

btw, kawan aku masuk uum gak. kos multimedia. dia masuk time session 2006/2007. khirul nama dia. orang panggel keown. masuk dari lepasan diploma. saja mention.kekeke

Anonymous said... [Reply to comment]

hurmmm .saya un result matriks hamapeh gak .n apply course multimedia as my first choice .alhamdulillah dpt .mang saye minat un kos uw .tpi tdi saye tjumpe pengetua kola saye .dy ckp mcm2 a.panas jugak dengar .dy kate' kalo stakat bidang IT ni tak pyahla.takde keje.ramai amek bidang IT ni menganggur .yelah dpt kos lelongg .helloo ,sye apply kayh bukan ske2 jea dpat .dy suro saye amek nursing .saye mang tak minat jge2 owg ni .jge komputer agy senang .lpas uw dy kate ,' alaahhhh ,kalo stakat maen komputer uw saye un pndaii .EHHH .EXCUSE ME ! TRY TENGOK WAT WEBSITE.ANIMATION OR PROGRAMMING ?? GOYANG TAKK ? NAK TGOK JUGAK HASIL KERJE OWG YG TERER SGT KOMPUTER NII .. anyway ,hope saye bjaye dlm bidang ni .doakan ehh .baru nak amek degree intake sept2012 ni .:)

sarangtebuan said... [Reply to comment]

kawan baik aku senior ko la..dia masuk batch 2001..tp masuk bukannya pakai result matrik pun..dari stpm aliran sastera jer..tp amek subjek ekonomi..sekarang kerja apa aku tak tahu la dia..last time jumpe dia jadi ajen insuran..tak abeh dia nak jual insuran kat aku..skrg dah lost contact..aku lak masuk degree penddikan tak abeh berenti amek diploma jer kat uitm..rindu kat kawan2 aku tu mesti dah jadi pegawai dah kot..

Anonymous said... [Reply to comment]

Bukan kos IT yg x ke mne tapi org yg sombong,angkuh,dan berlagak yg x ke mne.......memang btol ckp admin org yg dari kos engineering ni selalu suke rendah2kan kos org lain......padahal die x tau nnti bile kerja dieorg lah yg paling byk dpt tekanan....dieorg bukan tau pasal rmai yg menyesal amik kos engineering sebab Masa kerja nnti akan terima byk tekanan

Anonymous said... [Reply to comment]

Sy x tau knpe sy rasa nk menangis bila baca blogpost ni...it reminds me of the mistakes I've made because I so badly wanted to be in par with my other relatives who are science graduates. I'm lucky that I'm still young and I've realized my mistakes soon enough. Now, I will not try to be like everybody else. I will be myself because only I know my own strengths and weaknesses. I will leave Science behind and pursue my dreams as an artist in Creative Multimedia.

Unknown said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Unknown said... [Reply to comment]

Salam...kalau kita xada diploma multimedia, tp ada basic sikit pasal komputer nie, mcm photoshop, sony vegas..rasa2 dapat ke bawak smpai tamat belajar

Unknown said... [Reply to comment]

act..semua course pun tkde keje kalau jenis manusia yg pemalas...kalau rajin ..confem dptnye keje...attitude baik..ni klau kelas pun malas...asgmt tk wat..main2 ..disiplin tkde..sapelah nak ambik awak keje dik..okla.pd yg negatif2 tu jgn dihiraukan..adik2 yg nak study bidg pendd awal kanak kanak bole roger akak 011-16930576-akak sudi jawab kalau tye..

Nurul Nisa Nabila said... [Reply to comment]

Maaf ganggua nak Tanya,dgn course ni Kita boleh minyak kerja apa?dapat course ni tapi Tak tau macam Mana nanti..

yanmaneee said... [Reply to comment]

kyrie shoes
yeezy
supreme clothing
hermes handbags
kyrie shoes
kevin durant
pandora jewelry
supreme new york
yeezy 380
balenciaga

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...